Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 29, 2012

Jenazah Bob Kuman Disemadikan di Rantau, Negeri Sembilan

Jenazah Bob Kuman Disemadikan di Rantau, Negeri Sembilan Hari ini baru saya mengetahui berita kematian Bob Kuman.  Rujuk entry ini.  Sambil blogwalking membaca kisah sedih ini saya terjumpa entry seorang blogger tentang Jenazah Arwah Bob Kuman Disemadikan di Rantau.
Terbayang kalau diri ini yang berada di tempat arwah sekarang.  Adakah bekalan dah cukup? Muhasabah untuk diri sendiri...  Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah adalah mengingati mati.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
Perbanyakkanlah mengingat-ingat perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan (maut). Sebahagian ulama berkata : ``Sesiapa yang banyak mengingati mati,
maka ia akan mengutamakan tiga perkara iaitu segera bertaubat, berhati tenang dan rajin beribadah. Manakala sesiapa yang melupakan mati, ia akan menderita tiga perkara iaitu menunda-nunda taubat, tidak rela hidup sederhana dan malas beribadah. Sumber: Kematian
Hayati dan selami sedalam-dalamnya lirik lagu dari Opick dibawah, terasa mengalir…

AL-Fatihah Untuk Bob Kuman | Entry 4 Mei 2012

AL-Fatihah Untuk Bob Kuman (HUSNI BIN MOHD RAWI) Sedih nak bercerita disini.  Baca laporan lengkap kematian Bob Kuman dari blog Mazidul disini.

Kita yang masih hidup sama-samalah bersedia kerana kita juga akan mengiringi arwah...

GA Lelaki Kacak RM100

GA Lelaki Kacak RM100 - 10 Kelebihan Sertai Giveaway Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Jom sertai Giveaway Lelaki Kacak RM100.  Kenapa RM100? adakah nilai kekacakan anda hanya pada RM100? Nak tahu jawapan? baca sini.

Kelebihan sertai segmen
Pelik? Kenapa saya suka sertai Giveaway, Contest, Segment, atau yang seangkatan dengannya? Tak takut ke blog kita kelihatan tak profesional? Atau Nak hadiah sangat ke? Mungkin juga, tapi banyak yang tersirat disebalik entry-entry seperti ini.  Antara yang saya tahu adalah:
Promosi! Anda boleh promosi blog dan membina jenama anda secara tidak langsung dikalangan komuniti yang menyertai segmen ini.Backlink percuma! Kita akan dapat backlink percuma bila link entry kita diletakkan didalam blog penganjur. siapa yang tak mahu benda percuma  kan? tambah-tambah blogger yang anjurkan mempunyai pagerank yang tinggi.  Nak beriklan di blog dia pasti mahal bukan?Support each others! Kita hidup bermasyarakat, sama seperti dunia luar bila ada ora…

Kata Kata Hari Jumaat @ Salajuhumairah

Kelebihan Hari Jumaat Assalamuaalaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tiada kata kata hikmah yang indah untuk saya berkongsi pada penghulu segala hari ini (Jumaat), melainkan bicara tentang kelebihan-kelebihan hari jumaat dan keistimewaannya.  Telah diketahui umum hari jumaat umat islam (lelaki khususnya) wajib menunaikan solat jumaat di masjid.  
Tahukah anda, hari jumaat juga mempunyai banyak kelebihan-kelebihan.  Dibawah, saya senaraikan 6 kelebihan-kelebihan yang saya telah baca melalui sebuah blog. Semoga kata kata bicara yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada semua...

1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:

    “Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :

    “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Ha…

Kata Kata Hikmah @ Salajuhumairah | Salahudin Al-Ayubi

Kata-Kata Hikmah
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Lama sungguh saya tidak berkongsikan Kata-Kata Hikmah bersama semua.  Imbas kembali, tujuan saya kongsikan kata-kata hikmah ini adalah untuk memberi motivasi kepada diri sendiri dan semua pembaca untuk meneruskan perjuangan ini yang makin lama makin hampir kepada penghujungnya.
Kata Kata Hikmah kali ini adalah petikan daripada kata-kata Salahudin Al-ayubi yang saya terjumpa dari enjin carian google.  Sedikit sejarah tentang Salahudin Al-ayubi.
Semuanya saya ambil dari wikipeda. Maklumat lanjut tentang beliau, boleh ziarah ke sini.
Salahuddin al-Ayyubi (Bahasa Arab: صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurdi: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê EyûbîBahasa Parsi: صلاح الدین ایوبی, Bahasa TurkiSelahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasra…

Notahati | Pakej Lengkap Blog Informasi

Notahati [Bicara Tentang Hati & Perasaan] | Pakej Lengkap Blog Informasi  Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,


Selamat Hari Pekerja buat semua.  Saat entry ini ditulis beberapa minit lagi tarikh bertukar ke 1 Mei 2012 merangkap tarikh kelahiran blogger Notainsan (My Older Brother).
"Apakah tujuan anda melayari internet?"
Jika ditanya persoalan ini kepada diri sendiri, pasti pelbagai 1001 jawapan yang kita sendiri akan terima.  Tak perlu lah saya nak highlight satu persatu jawapan-jawapan tersebut kerana anda sendiri tahu. 
Bermacam-macam perkara yang kita buat bila mula melayari internet.  Tetapi, ada juga rakan saya pernah berkata, "bosan betul online, tak tahu apa nak buat"
Bagi saya, belum lagi ada perasaan bosan melayari internet.  Terlalu banyak benda yang ingin di explore semasa dialam maya.
Kembali kepada persoalan tadi, semua jawapan yang mungkin kita jawab dapat saya simpulkan dalam satu perkara sahaja iaitu Maklumat.
Ya, itulah sebenar-benarn…

Hadiah Topup RM10 dari Akademi Denaihati

Hadiah Topup RM10 dari Akademi DenaihatiAssalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Terima kasih, blogger Denaihati.
Tak sangka, baru malam tadi tadi dapat email dari blogger profesional terkenal Denaihati.  Rujuk gambar dibawah:

Dengan usaha yang sangat kecil mempromosikan entri Seminar WordPress anjuran Akademi Denaihati dan juga Majlis Sepetang Bersama Blogger #Jumpa Denatihati... boleh dapat Topup Percuma bernilai RM10.  
Siapa nak bagi kan?  Bagi saya ia sangat bernilai kerana blog picisan ini (saljuhumairah) mendapat penghargaan dari blogger terkenal yang sangat jauh beza tarafnya.
Entry ini diterbitkan sebagai ucapan terima kasih kepada tuan blog Denaihati.
P/S: Kepada yang masih belum kenal, Denaihati adalah blog yang sangat bermurah hati dengan sentiasa menganjurkan peraduan dan segmen dengan menawarkan hadiah-hadiah yang sangat lumayan.  Apa lagi, jom terjah blog Denaihati.

Kisah Ozlyn Serang Johan

Kisah Ozlyn Serang Johan Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Heboh dah cerita ni.  Tapi sebelum tu, Siapa Ozlyn? Mungkin ada yang belum kenal.. Ozlyn adalah isteri Johan....salah seorang artis (pelakon) tanah air yagn agak terkenal...

Saya bukan suka menyebarkan fitnah atau menceritakan perihal masalah keluarga orang lain.  Tetapi sekali-sekala layan sketsa pagi Johan di Era memang lawak. Terbaik!  Mungkin boleh menghilangkan stress anda.  
Nak tahu apa cerita Jozlyn (Johan + Ozlyn) layan sendiri...



Hahaha... LOL... itu jer yang dapat digambarkan.... mungkin ada yang rasa tak lawak... terserah...
Ada hikmah sekiranya difikirkan dalam-dalam.... Mungkin, gimik Radio Era, Ozlyn terjah Johan..... Jangan Buat Fitnah bukan-bukan sudah... yang penting memang Ozlyn serang Johon tanpa dia sedar..Menang spontan... Pandai pulak Johan cover...

Semoga keluarga mereka bahagia sampai ke syurga... Selamat Hari Pekerja Esok untuk semua.... ( 1 Mei 2012) Juga tak lupa, untuk abang long &q…

Perhatian Pelajar Intersesi | Download Jadual Waktu Peperiksaan Intersesi Mac 2012

Jadual Waktu Peperiksaan Mac 2012 UiTM Cawangan KelantanAssalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera
Entry ini khas untuk pelajar diploma yang sedang menjalani kelas intersesi di UiTM Cawangan Kelantan.  Masa tinggal hanya dua (2) minggu untuk pelajar-pelajar Intersesi (diploma) bersedia menghadapi peperiksaan.  Peperiksaan tersebut akan bermula 14 - 18 Mei 2012.
Jadual Waktu Peperiksaan Mac 2012 bagi UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang beserta tempat telah siap.  Pelajar boleh download disini dan rancang waktu ulang kaji anda.  Atau boleh terus ke laman web rasmi UiTM Cawangan Kelantan.  Sila rujuk gambar dibawah untuk melihat dimana link jadual tersebut.






Ada pelajar yang mengambil lebih dari satu (1) subjek sila pastikan subjek-subjek yang anda ambil tidak bertembung.  Sila maklumkan dengan segera ke Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM Cawangan Kelantan dengan segera sekiranya ada.

Baca juga entry semalam pasal tentang Proses dan Prosedur Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) UiTM.

J…

Proses dan Prosedur Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) UiTM

Proses Rayuan  Meneruskan Pengajian (RMP) UiTM Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera
Baru-baru ini saya ada posting entry berkenaan Keputusan Peperiksaan Akhir Mac 2012 Diploma UiTM.  
Beberapa soalan muncul di Group FB Rakan HEA UiTM Kelantan berkenaan Proses Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) bagi pelajar yang gagal dalam keputusan.  Saya harap entry ini dapat membantu pelajar-pelajar berkenaan. Jenis-jenis gagal (Diberhentikan) Gagal disini bermakna diberhentikan daripada pengajian.  Merujuk Buku Peraturan Akademik UiTM Perkara 2.20.4 muka surat 26 diberhentikan terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:

Bagi pelajar yang mendapat keputusan seperti diatas Proses dan Prosedur Rayuan adalah seperti berikut:

Perkara penting yang saya ingin highlight disini adalah:  Pelajar yang berada dalam kategori gagal dan diberhentikan D1 dan D2 tidak layak membuat rayuan.Rayuan boleh dibuat dalam tempoh empat belas hari (14) hari selepas keputusan diumumkan. (Jangan rujuk tarikh diat…

Travelog ke Muzim Terengganu | Catatan Peribadi

Travelog Muzium Terengganu, Kuala Terengganu  Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Entry malam ni adalah entry bergambar perjalanan ke Muzium Terengganu.  Dah lama nak buat, malam ni baru ada kesempatan.   Sebenarnya, lawatan ke muzium ini tidak disengajakan selepas pulang dari urusan rasmi ke UiTM Terengganu, Kampus Dungun dalam bulan Mac lepas bersama kakitangan HEA UiTM Cawangan Kelantan.
Note: Gambar-gambar untuk entry ini menggunakan smartphone Samsung Galaxy W (Wonder). 5 Mega Pixel jer.
Saya berkunjung ke sini tepat jam 12.00 tengahari bersama 2 kakitangan HEA UiTM Cawangan Kelantan En. Nazran & En. Tarmizi.  Tak ramai sangat orang waktu ni, mungkin hari bekerja (Ahad - Hari bekerja bagi negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah)

Mula-mula sampai sini, kami agak keliru dengan pintu masuk utama sehingga tersesat ke pejabat pengurusan muzium sehinggakan terpaksa bertanya kepada pengawal dimana pintu masuk muzim.  Sebab kawasannya sangat luas.  Tak silap saya, mu…