Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 22, 2012

Perhatian! Pelajar Ijazah UiTM

Assalamualaikum w.b.t. Dan Salam Sejahtera,
Selamat kembali dari bercuti.  Terasa sunyi pulak bila pelajar-pelajar ijazah tak ada seminggu lepas.  Petang tadi berbaris-baris jugak kenderaan di hadapan pintu pagar UiTM ibu bapa yang menghantar anak mereka.  Tapi jumlah pelajar ijazah tidak lah ramai sangat, mungkin separuh dari mereka tinggal Di luar.  So, tak adalah meriah sangat.
Masa last day kelas hari tu laju je tengok usung beg tarik pergi ke kereta, tadi tengok slow motion jer naik tangga kolej.  Biasalah, itu lumrah alam.  Nak bagi petua sikit.  Zaman study adalah zaman paling lapang sekali.  3 tahun saya study dulu, terasa sangat jauh beza dengan alam pekerjaan.  Lapor diri hari pertma kerja sampai lah sekarang, sangat sukar nak cari masa lapang seperti zaman study.  So, zaman study ni lah korang Cuba enjoy atau dengan erti kata lain hayati dengan apa yang korang buat.  Gunakan ruang yang ada ni. InsyaAllah, zaman study akan menjadi saat paling indah untuk korang kenang.  Ye lah…

Pentingnya SEO untuk Penulis Blog | Thanks Ariffshah.com

Ujian SEO blog  SaljuhumairahEntry tadi (Bersih 3.0 | Hayati dan Selami), saya cuba-cuba nak bermain SEO dengan isu semasa.  Tak sangka, blog ini berada di page pertama google search.  Ranking ke 12 pulak tu.  Tengok hasil carian google Bersih3.0disini. Walaupun, blog ini sekadar menggunakan domain percuma blogspot ia masih mampu berada sebaris dengan blog lain menggunakan domain berbayar.
Saya nak ucapkan jutaan terima kasih, kepada ariffshah.com dan denaihati.com yang banyak mengajar ilmu tentang SEO.  Banyak peningkatan blog ini terutama kunjungan traffik setiap hari setelah mengaplikasikan ilmu-ilmu yang mereka ajar.  Walaupun terlepas sehari dua tak update blog masih lagi ramai yang berkunjung ke sini dengan bantuan SEO.
Tapi, sejauh manakah ia mampu bertahan? mungkin sekejap nanti ia akan turun. Ilmu SEO ini berubah-ubah dari masa ke semasa.  Banyak yang mengajar SEO di forum-forum, tetapi ia terlalu teknikal bagi blogger yang baru mengenali dunia blog.  Dulu saya langsung tak am…

Bersih 3.0 | Hayati dan Selami

Bersih 3.0 Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,



Tertarik dengan pandangan dan pendapat bro Denaihati.com yang menceritakan perihal Bersih 3.0 (Bersih 3.0 pulak) yang menjadi isu semasa negara kita sekarang.  Terasa nak bagi pendapat peribadi pasal Bersih 3.0 ni.

Tapi, fikir-fikir balik siapalah diri ini untuk mengulas isu semasa.  Ilmu yang ada pun tak sempat-sempat nak beramal.  Pasti ada orang telah dipertanggungjawabkan untuk memikirkan hal ini.  Setiap kita punya tanggungjawab masing-masing untuk dilaksanakan dan difikirkan.  Begitu juga hal politik, ada manusia yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengurusnya.

Semak semula, adakah kita benar-benar melaksanakan amanah yang sedang kita tanggung sekarang dengan betul? Adakah kita benar-benar faham dengan apa yang sedang kita buat? Adakah kita benar-benar kenali dan selami diri kita? Peringatan untuk diri sendiri.  Semoga ia, memberi manfaat untuk semua...

Pandangan peribadi tentang perihal Bersih 3.0. melalui …

Keputusan Peperiksaan Akhir Mac 2012 Diploma UiTM

Semak Keputusan Peperiksaan Akhir Mac 2012 Diploma UiTM
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Hari ini Keputusan Peperiksaan Akhir Mac 2012 bagi pelajar diploma UiTM diumumkan.  Pelajar-pelajar boleh semak melalui email atau student portal.  Bagi pelajar yang tidak dapat semak melalui email, pastikan adakah alamat email anda telah dikemaskini sebelum ini?  Bagi pelajar yang langsung tak boleh nak semak markah, mungkin tidak melakukan penilaian pensyarah SuFO sebelum ini.  Boleh rujuk dengan kaunter HEA kampus masing-masing.

Keputusan sebagai ujian Apa jua keputusan anda, saya nak ucapkan tahniah.  Itu adalah hasil usaha anda sendiri dan hakikatnya, anugerah yang telah dikurniakan olehNya.  
Berjaya atau tidak?
Maksud berjaya sangat subjektif.  Sama seperti cantik, ia berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing.  Ada yang lulus dengan pointer bawah 2.50 dah rasa ok. Ada yang tidak mencapai pointer 4.00 dah rasa gagal. Kecewa.  Susah untuk menentukan siapa yang bena…

Salam Takziah Buat Sahabat

Salam Takziah Buat Sahabat
Entry hari ini hanya petikan dari wall status facebook saya.  Ucapan Takziah buat Encik Imran Mohamad sahabat sekerja saya yang baru kehilangan bayi lelaki beliau.

Wall 
Imran Mohamed Alhamdulillah... Ikram selamat disemadikan +- jam 11pm tadi. Ikram 2.83kg lahir jam 3.25pm dgn keadaan yg lemah dan bertahan sehingga 5.29pm. Mas Ayu masih di wad 12, HRPZ2. Keadaannya beransur pulih selepas pembedahan tadi. Semua dah selesai dan selamat utk hari ini..... terima kasih atas ucapan dan sokongan.

Sama-sama kita berdoa semoga beliau tabah dengan ujian dan dugaan yang dihadapi.  Penuh hikmah disebalik yang tersembunyi.


Hishamudin Mohamad TwonTawi 2 hours ago · 

Starter Pack Broadband SKMM Celcom Kembali | Hanya RM25.00 Sebulan

Starter Pack Broadband SKMM CELCOMAssalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Sebelum ini saya pernah menjual Starter Pack SKMM Celcom.  Permintaan produk ini sangat tinggi sehinggakan saya terpaksa menjual pack skmm saya sendiri kerana tersalah pelanggan.  Bagi saya ia memang produk yang sangat hot dipasaran online.  Kenapa? saya sendiri terpaksa membalas massage sekurang-kurangnya 15 sehari bertanyakan produk ini setelah saya mengelurkan entery ini, ini dan ini.
Mesti ramai yang tertanya-tanya dari mana kah asalnya Starter Pack SKMM ini. Sebenarnya, ia adalah pack yang disediakan bersama-sama dengan netbook yang dijual di sekolah-sekolah. Bermakna ia adalah pakej bersama-sama netbook dan starter pack. Berapa harganya? Saya tidak pasti.  
Memandangkan ada yang tidak habis dijual, maka dealer terpaksa menjualnya di pasaran biasa.  Beberapa kali, pihak celcom mengeluarkan amaran kepada pembeli starter pack yang memiliki produk ini bukan melalui dealer yang sah, mereka tidak akan…

IKLAN JAWATAN KOSONG UiTM CAWANGAN KELANTAN 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG UiTM CAWANGAN KELANTAN 2012

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,


Suatu ketika dahulu sebelum saya berhijrah ke Kelantan dan berkhidmat di UiTM Cawangan Kelantan, saya pernah berkhidmat sebagai seorang pensyarah bagi program Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat di salah sebuah IPTS di Gombak.  Walaupun, tempoh tersebut tidak lama kenangan menjadi seorang pensyarah sangat manis.  Terutama setelah milihat pelajar-pelajar yang saya ajar berjaya menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Mudah (ISM) atau bekerja. Malah, ada dua orang yang pernah menjadi pelajar saya dahulu telah menyambung ke peringkat ISM di tempat saya bekerja sekarang.
Setahun, bagi saya adalah masa setahun adalah tempoh sangat berharga untuk saya meningkatkan keyakinan dalam dunia bekerja.  Alhamdulillah, pengalaman setahun menjadi pensyarah menyebabkan saya tidak kekok untuk bergaul dengan pelajar-pelajar di sini.  

Bagi graduan yang sedang mencari pekerja dan sangat berminat dengan akademik dan p…

Bukti Kekuasaan Allah S.W.T | Seorang Penyembelih

Bukti Kebesaran Allah S.W.T Asssalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Saya berasa begitu terkesan apabila menonton video ini.  Perkataan arab yang kita sebagai muslim biasa sebut seharian adalah bukti kepada kebesaran Allah S.W.T.  Merujuk kepada surah Al-Fushshilat ayat 53 ada menyebut:-




“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” [QS. Al- Fushshilat]

Kesan membaca bismillah. 

Kekuatan menyebut nama dapat digambarkan dalam video dibawah, iaitu seorang tukang penyembelih kambing yang sentiasa mengamalkan bacaan Bismillah Allah Hu Akbar sebelum menyembelih binatang tersebut menyebabkan ia menyerah diri.  Tanpa perlu menggunakan tali atau orang yang ramai, beliau berjaya menjinakkan beberapa ekor kambing yang sebelumnya meronta-ronta.
Menurut beliau, semua makhluk didunia ini …