Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 18, 2012

Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.
Nak share dengan anda majlis ilmu blogging pasal wordpress oleh blogger popular. Denai Hati.
Dibawah adalah petikan dari blog beliau.  Perkongsian seminar ini di blog anda akan diberikan percuma top-up RM10.
Assalamualaikum dan salam satu dunia, kini Denaihati mengorak satu lagi langkah baru dalam dalam industri blogging dengan memperkenalkan Akademi Denaihati. Di akademi ini kami menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja di internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan.
Untuk merealisasikan projek ini, pihak kami memperkenalkan Seminar WordPress sebagai kursus awalan untuk mereka yang berminat menyertai Akademi Denaihati. Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:
SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATITEMPATHotel Singgahsana, Petaling JayaTARIKH14 – 15 April 2012MASA9 Pagi – 6 PetangYURANRM 250 (Mendaftar s…

Tiba-tiba Nuffnang Naik??? | Pelik!

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Saya pun tak pasti kenapa tiba-tiba ia naik semalam... apa-apa pun alhamdulillah, ada jugak orang bertandang ke halaman.  Sebenarnya ini yang meningkat motivasi untuk mencari idea bagi kelangsungan blog ini.
Bukan nak expose lebih-lebih, ramai lagi blogger-blogger lain yang lebih hebat.  Buat malu jer tunjuk kat orang lebih-lebih...  Tetapi dengan paparan analisa traffik ni, kita boleh pantau sejauh mana kemajuan blog kita untuk terus ke next level.  Boleh jugak analisa keyword atau entry-entry yang mungkin memberi impak.  Kalau tak simpan kat sini nak simpan kat mana lagi...
Korang nak tahu kenapa tiba-tiba semalam ia boleh meningkat mendadak? minggu depan saya bagitau...
Selamat malam dan jom ke ekspo Selangkah ke UiTM esok


Share|

Resepi Mudah Love Fruits Cocktail

Asalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,


Malam Jumaat ini, saya ditemani bulan bintang terang.  Sungguh indah!  Mengendap keluar tingkap terasa syahdu bila angin malam menghembus pipi... diiringi lagu "Malam bulan Dipagar Bintang" dendangan aku sendiri...


Pergh....! Ceh!.... layan jiwang la pulak...


Saya nak kongsi sedikit ilmu.  Kan tok-tok guru duk sebut dalam pengajian "sampaikan oleh mu walau sebaris ayat..." lebih kurang lah...saya tak hafal sangat....


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan mudah untuk cari balik bila lupa... ilmu ini adalah ilmu masakan paling susah di Planet Zargus.  Sebenarnya resepi ini saya belajar dari seorang blogger pink yang sekarang dah bergiat aktif berniaga online melalui blog peribadi beliau eduraeverlynn.  (Jom terjah sat, tengok apa yang dia jual?)


Resepi yang akan dikongsikan ini baru jer tadi apply. Memang menjadi.  Memandangkan tuan empunya resepi tak bagi nama, so saya letak nama resepi ini "Love Fruits Coctai…

KSU LETAK JAWATAN???

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera.

Tadi, agak terkejut bila terbaca salah satu tajuk seorang blogger terkenal "Semua KSU Diminta Letak Jawatan".Dalam hati ini pasti kes sbpa. 

Rupanya hanya sekadar tajuk.  Betullah kata orang tua, baca sampai habis, jangan dengar cerita orang jer.  Bila cari cerita sebenar di Utusan Baru faham.
Jawatan JUSA, Turus akan diubah KUALA LUMPUR 27 Nov. – Skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian. Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.
KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah …

Persoalan Berkenaan Bil Bayaran Pelajar UiTM

Saya kongsikan persoalan yang sering ditanya pelajar UiTM berkenaan bil bayaran.

Sumber: Bendari UiTM Shah Alam.


1.Dimana saya boleh dapatkan dan cetak Bil Pengajian saya?

Sila layari di http://bursary.uitm.edu.my/bilpelajar/ bagi mendapat dan mencetak bil pengajian.2.Apa yang perlu saya buat jika Bil Pengajian saya tiada didalam web ?

Sila semak carta alir dihttp://bursary.uitm.edu.my/bilpelajar/cartaAlir.htm bagi tujuan diatas.3. Saya pelajar tajaan (MARA/KPM/KPT dan sebagainya), adakah saya perlu
hadir untuk pendaftaran dan membuat bayaran?

Pelajar yang ditaja perlu menyerahkan satu salinan surat perjanjian ke Zon Kewangan 16. Pelajar perlu membayar yuran pengajian kecuali dinyatakan di dalam surat perjanjian bahawa pihak universiti perlu menuntut daripada penaja. Pelajar ini perlu hadir ke Zon 16 bagi tujuan pengesahan penajaan. 4.Saya Cuti Khas (CK), di Gantung Pengajian atau menangguh pengajian
semester lepas, adakah saya perlu membuat bayaran pada semester ini?

Pelajar yang diluluskan…

11 April cuti umum pertabalan Agong

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

11 April ini semua rakyat Malaysia cuti untuk meraikan pertabalan Agong baru. Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, tersebut akan diadakan pada Rabu, 11 April ini di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Walaupun negara kita semakin maju, alhamdulillah kita masih mengekalkan sistem beraja. Sistem lama yang menggunakan konsep khalifah.

Berita selanjutnya: Utusan.



Share|

Ekspo Selangkah Ke UiTM Sasar 30,000 pengunjung

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,


Sumber: Utusan Malaysia


Warganegeri Kelantan jangan lupa Ekspo Selangkah ke UiTM di Kota Bharu.  Baca jugak .JADUAL EKSPO SELANGKAH KE UiTM SETIAP NEGERI 2012 dan Khas Pelajar Lepasan SPM 2012 | EKSPO SELANGKAH KE UiTM | UiTM KELANTAN





ARKIB : 20/03/2012

Ekspo Selangkah Ke UiTM sasar 30,000 pengunjungSHAH ALAM 19 Mac – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia menyasarkan 30,000 pengunjung akan hadir ke Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) kampus Shah Alam selama dua hari bermula 24 Mac ini.
Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Pengambilan UiTM, Mohd. Nizam Nordin berkata, ekspo edisi kelima membabitkan 24 buah fakulti itu diadakan bagi memberi penerangan dan maklumat terperinci mengenai program-program pengajian sedia ada dan baharu yang ditawarkan oleh UiTM.
“Kami berharap pihak yang berminat terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi, dan…

SEMAK KEPUTUSAN SPM 2012 GUNA HANDPHONE

Hari ini adalah hari keramat bagi pelajar-pelajar SPM 2011.  Teringat 12 Tahun lepas.  Berdebar-debar masuk pintuk pagar nak tengok keputusan SPM.  Macam-macam perasaan muncul.
Sekarang dah mudah calon boleh semak keputusan SPM secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.  Mungkin debaran perasaan dah sama macm dulu.
Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888 Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Apa-apa pun saya nak ucap tahniah kepada yang berjaya (jangan lalai dengan kejayaan anda) dan yang gagal, ini bukanlah penamat kehidupan untuk mencipta kejayaan.

Share|

KEMPEN PENGURANGAN KOMPAUN SAMAN LALULINTAS

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera.
Entry ini khusus untuk warga UiTM Seluruh Malaysia.  Saya sempat membaca iklan yang dipaparkan di Pejabat Polis Bantuan Kampus Machang pagi tadi.  Dari jauh nampak macam tawaran hebat.  Macam promosi produk pun ada jugak.
Sampai dekat rupanya, Kempen Pengurangan Kompaun Saman Lalulintas UiTM. Tempoh yang diberikan singkat jer iaitu 5 - 16 Mac 2012. Dah habis dah pun...
Cuma ada perubahan semenjak dinaiktaraf menjadi Polis Bantuan UiTM.  Tahniah.



Share|

2 Program Kerjaya di UiTM | CaIREx Expo 2012 & Career Attack

OPEN TO FINAL SEMESTER AND GRADUATES UiTM ONLY (Alumni UiTM encourage to apply) Program 1 : Career Attack
PARTICIPATION & INTERVIEW SCHEDULE Pre-Registration form for Career Attack *Please Pre-register with us by submitting the Pre-Registration form to jobshopuitm@gmail.com ** For the latest information, please visit www.jobshop.uitm.edu.my orwww.facebook.com/pkkuitm from time to time or contact Interview Secretariat at 03-55443211/2394/3488 Employers who wish to participate and to get information Career Attack kindly please download attachement below: Participation Form
Program 2 : CaIREx 2012 Employers who wish to participate and  know more about CaIREx kindly download the attachement below: Feedback Form CaIREx Phamplet CaIREx

Share|

JADUAL EKSPO SELANGKAH KE UiTM SETIAP NEGERI 2012

JADUAL PENUH EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2012 SELURUH MALAYSIA .

Mohon untuk sebarkan jadual ini keseluruh negara.




Share|

Khas Pelajar Lepasan SPM 2012 | EKSPO SELANGKAH KE UiTM | UiTM KELANTAN

Assalamualaikum w.b.t.& Salam Sejahtera,

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. ~ Berita Harian.

Mesti ramai yang tak sabar-sabar nak semak keputusan SPM2012.

UiTM yang merupakan Universiti terbesar tempatan mengambil langkah drastik bagi menyampaikan maklumat kepada calon-calon lepasan SPM dengan menganjurkan EKSPO SELANGKAH KE UiTM.  Ekspo ini adalah tahun yang ke Empat perlaksanaan.

Salah satu aktiviti menarik didalam eskpo ini adalah sesi kaunseling oleh pensyarah-pensyarah UiTM Sendiri kepada calon-calon.  Sesi ini menawarkan khidmat nasihat dan panduan kepada calon didalam memilih program-program pengajian di Universiti.

Butiran program adalah seperti berikut:

EKSPO SELANGKAH KE UiTM 
TARIKH : 23 - 24 MAC 2012
MASA: 9.00 PAGI - 4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN PERKUMPULAN PEREMPUAN KELANTAN (PPK),  KOTA BHA…