Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 1, 2012

Dinner at Restoran D'MINA

Restoran D'Mina. Lokasi pangkalan chepa, kelantan. Makan malam di Kelantan tak perlu gelabah. Disini banyak sangat pilihan. Restoran ni nak pegi mudah jer, jalan menghala ke airport.
Published with Blogger-droid v2.0.2

Samsung Galaxy S 2 vs Galaxy S vs Nexus S vs HTC Desire HD vs Samsung Omnia 7

Samsung Galaxy S 2 vs Galaxy S vs Nexus S vs HTC Desire HD vs Samsung Omnia 7  Nah! Perbandingan 5 generasi telefon bimbit.  Yang mana best? Layan video nih.  Tapi, nak terus terang, jangan guna perisaan window mobile (Samsung Omnia 7).  Anroid terbaik setakat ini.




p/s: Perbandingan ni nak tengok yang mana cantik jer...

Share|

Cara Betul Ajar Anak | Traditional Method Untuk Ibu-Ibu | Penuh Kata-Kata Hikmah

Saya terjumpa video ni secara tak sengaja.  Video spontan tanpa lakonan.  Memang terbaik lah... Video ni dari Utara Semenanjung, rasanya made in Penang kot.  Tapi tak tahulah sama ada Kedah atau Perlis pun boleh jadi jugak.

Video ni pun boleh dijadikan nostalgia bila budak ni dah besar dan berjaya nanti. Jom, tengok sampai habis...



p/s: Apa komen korang? Atau anda ada pengalaman tersendiri?  Atau, makcik ni tak sepatutnya bertindak macam ni.  Ada yang tak puas hati?

Tapi bagi saya, cara tradisional ni banyak melahirkan manusia-manusia yang berdedikasi, tegas dan berjaya.  Akhir nanti, budak ni akan mengaku apa yang mak dia buat adalah betul.  Anda setuju?

Share|

E-Book Percuma | Siapa Nak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  "Membaca adalah amalan mulia."  Ingat lagi kata-kata cikgu Malik, guru cemeralang subjek sejarah waktu sekolah rendah dulu.
Saya pegang kata-kata semangat beliau sehinggalah sekarang.  Malangnya, saya sukar untuk menelaah buku pelajar, sebaliknya buku-buku komik hongkong, majalah ujang, komik jepun Dragon Ball dll bahan picisan yang menjadi pilihan.
Tetapi, amalan membaca yang diterapkan walaupun bermula dengan bacaan biasa, lama kelamaan tahap pembacaan kita semakin meningkat.  Tidak dinafikan yang ketagih membaca komik tetap sukar ditinggal.  Namun, sekiranya diri kita telah dibiasakan membaca maka ia akan berterusakan meningkat tahap bacaan kita.
Dulu, orang yang mengusung buku kesana-kesini di cop "ulat buku".  Malu pun ada. Ada jejaka hensom yang segan-segan menyelak novel cinta semasa menunggu bas untuk ke kelas tuisyen.  Tapi, dah minat dan ketagih terpaksa tebalkan muka jugak.  Saya lah tu.
Suatu peringkat, saya mula memina…

Perbandingan E-Book Reader

E-Book Reader kurang popular di Malaysia.  Mungkin kerana tak ramai yang suka membaca.  Atau ia hanyalah gadget yang hanya berfungsi sebagai alat membaca sahaja.  Ia adalah teknologi yang mengubah budaya membaca Masyarakat.  Boleh dikatakan ia adalah gadget yang menggalakkan budaya suka membaca.

Ia mungkin sedikit asing di Malaysia kerana kita lebih didedahkan dengan smartphone dan tablet PC yang boleh dipelbagaikan fungsi.

Kelebihan E-Book Reader berbanding smartphone dan table PC adalah jangka hayat bateri yang lebih lama dan screen yang lebih cerah untuk bacaan dalam pelbagai situasi termasuk ditengah cahaya matahari panas terik.

Banyak syarikat yang mengularkan E-Book Reader ini.  Maklumat berikut dijumpai di laman Wikipedia.

Boleh rujuk artikel berikut:
Comparison of e-book readersComparison of Android e-book reader softwareContoh-contoh E-Book Reader


The larger Kindle DX with a Kindle 2 for size comparison An e-book reader is a portable electronic device that is designed primarily …

wordless wednesday @ Saljuhumairah

Setiap hari rabu Saljuhumairah hanya posting entry dalam bentuk gambar sahaja sama seperti blog-blog lain.

Share|

Punca Utama Traffik Naik Memuncak | Membongkar Rahsia Semalam

Entry sebelum ini dirujuk.  Siapa yang belum baca, boleh rujuk sini.   Saya sendiri berfikir, apa yang telah saya buat malam contdown...2011 semalam? eh Ustaz Azhar Idurus cakap CountUP....hehe...
Apa-apa pun boleh lah.  Entry ini, adalah untuk membongkar rahsia semalam.
Sebenarnya tak adalah rahsia sangat.  Semua orang boleh dapatkan traffik yang tinggi.  Yang penting kerja keras dan rajin berusaha.  Tapi, yang utama adalah worksmart.  Kita perlu bijak.  Jangan rajin tak bertempat.  Jangan pulak buat masalah.  
Logik.  
Kita menulis blog.  Hasil tulisan blog adalah produk.  Produk yang kita hasilkan untuk dipersembahkan kepada audience.  Berjaya atau tidak produk kita adalah bergantung kepada traffik.  Ada ke blogger yang tulis blog tak mahu orang lain baca atau tengok? Ada ke yang tak mahu traffik blog dia meningkat? kalau ada tolong maklumkan ye....
Pasar Malam?
Kalau kita tengok dipasaran luar, produk-produk yang dihasilkan perlu dipromosikan.  Dengan kata lain diheboh-hebohkan.  T…

Statistik Nuffnang Untuk Tahun Baru 2012 | Permulaan Cemerlang

Kehangatan semangat tahun baru masih terasa bahangnya.  Seperti yang saya jangkakan, pelbagai berita panas yang muncul hasil sambutan tahun masihi 2012. Terjah laman akhbar Metro. Tak kisahlah.... eh... sepatutnya kita semua perlu kisahkan... semua yang berlaku sekeliling kita ada kaitan.  Kita bukan hidup dengan kera dihutan... 
Tiada kuasa nak halang, cakap jer apa yang betul... tapi nak cakap pun tak ada ilmu... berdoalah semoga kita semuanya diberi petunjuk dan cahaya.... Ujian dan dugaan adalah sebahagian dalam kehidupan... kita, kita? eh! lebih kepada saya sendiri, kita semua sering menolak semua bencana dan hanya bergembira dengan nikmat yang dikurniakanNya.  Sedangkan bencana juga sebahagian dari kehidupan dan apa kita perlukan sentiasa bersyukur dengan kehidupan....
Balik kepada tahun baru.  Gembira jugak, tak sangka tahun 2012 permulaan yang cemerlang untuk dunia blog. Harapan, semoga ia berterusan sepanjang tahun dan terus meningkat.  Paparan statistik ni bukan suka-suka nak …

2011 KE 2012 – SEBELUM DAN SELEPAS

Ini adalah segmen ke-2 selepas entry sebelum ini.  
2011 KE 2012 – SEBELUM DAN SELEPAS


Penghujung 2011.
Saya mengadap laptop sambil mengemaskini dokumen, file dan folder tahun 2011 yang bersepah.  Hampir berjam-jam mengadap masih belum selesai.  Jam 11.35pm 31/12/2011 perasaan bosan mula bersemadi dalam diri.  Berhenti. Buat entry pertama untuk tahun 2011 berkenaan azam.  Rujuk sini.  Masuk tahun baru terus posting ke blog.
Awal tahun 2012.
Masih lagi mengadap laptop.  Baca entry-entry blog orang lain.  Blogwalking. Berhenti di blog hasrulhassan.com sebab tertari dengan segmen yang di buat. Cipta entry untuk segmen tersebut dalam entry sebelum etnry ini.  Rujuk: Jom Tambah Follower Awal Tahun 2012
Kesimpulannya, hujung dan awal tahun mengadap laptop.  Memang gila laptop, dah berubah tahun masih mengadap laptop.  
p/s: nak join segmen ini? klik sini.
Share|

Jom Tambah Follower Awal Tahun 2012

Follower? Follower sangat penting dalam membina kredibiliti blog.  So, target follower untuk segmen pertama bagi tahun 2012 ini dapat menjadi 600 sudah memadai.  Saljuhumairah bukanlah siapa-siapa....
Kepada yang sedang membaca, sudilah kiranya "follow" blog ini. Bukan paksaan, tetapi sekadar jemputan. 
Kepada yang ingin turut serta bersama segmen dari blog hasrulhassan.com ini boleh ke sini.

p/s: hari ini dalam sejarah... entry ini adalah segmen pertama yang disertai bagi tahun 2012.


Share|

Entry Pertama Tahun 2012 | Pelaburan Terbaik 2012

Assalamualaikum w.b.t. dan salam tahun baru masihi 2012.
Secara rasminya detik 12.00 tengah malam semalam telah menamatkan tahun 2011.  Pelbagai kisah menarik pasti muncul di dada akhbar hari ini.  Boleh rujuk Mymetro kalau tak percaya.  Saya tak mahu terlibat dengan kisah-kisah pelih akhir zaman yang sangat merunsingkan generasi masa depan.  Ketidaksihatan isu sosial negara kita semakin meruncing.
Sudahlah, sekarang adalah masa untuk kita memperkemaskan dan memperbetulkan diri kita. Kerana negara yang ama bermula dari keluarga yang bahagia.  So, saya ingin menyumbang kepada keaman negara supaya rakyat jelata dapat beribadat dengan sempurna.
Ini adalah entry pertama untuk blog saljuhumairah bagi tahun 2012.  Entry ini ditulis sebaik sahaja memasuki tahun 2012.  Ia disengajakan sebagi nafas baru dalam mengambil semgangan untuk terus menulis blog. 
Tiada apa yang hendak dicoretkan, cuma senarai semak azam bagi tahun 2012.  Ramai blogger yang telah menyenaraikan awal-awal azam tahun baru mer…