Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Agaknya harga getah sekarang makin meningkat disebabkan musim hujan hujung tahun.
Sebab tu perbezaan harga harga tayar sekarang berbanding 4 bulan yang lepas sungguh ketara.
Sebelum ini saya telah menukar tayar kereta kedua, Produa Kelisa yang sama saiz dengan kereta Myvi iaitu 14" dengan harga RM156. Dalam tempoh empat (4) bulan jenama dan saiz yang sama dijual dengan harga RM195.
Kata jurujual harga tayar bergantung kepada harga pasaran getah. Mungkin? Teorinya bila harga getah mahal, harga tayar juga akan meningkat.
Masalahnya, adakah harga tayar akan turun sekiranya harga getah jatuh?
Erm...
Menukar tayar tidak boleh sesuka hati. Atau tak boleh juga beli untuk simpan stok waktu harga murah.
Kalau boleh dah lama saya beli waktu murah kemudian jual semula tayar-tayar tersebut.
Negara kita adalah antara negara yang menghasilkan getah. Namun, harga getah dikawal oleh Negara Barat yang langsung tidak mengeluarkan getah. Tanam pun tidak jugak. Apa kes? Bagaimana ia berlaku?
Bagi saya,
Faktor permintaan dan penawaran juga memainkan peranan penting dalam menentukan sesuatu barang. Ianya hukum asas bagi pelajar-pelajar ekonomi.
Tayar merupakan barang pelengkap bagi kereta. Jika jumlah jualan kereta meningkat maka permintaan terhadap tayar juga bertambah.
Mohon pakar ekonomi untuk betulkan jika saya tersalah teori. Dah lama tinggalkan buku ekonomi asas. Hehe...
Situasi sekarang sungguh berbeza dengan dahulu. Ramai orang mewah.
Rakyat nak beli kereta sangat mudah. Loan boleh disiapkan tak sampai 24 jam. Kereta boleh dikeluarkan tanpa sebarang downpayment. Kadang kala sebelum lulus pinjaman pun syarikat dah boleh benarkan kereta bergerak diatas jalan raya.
Pelajar Universiti tahun pertama pun dah boleh memiliki Myvi sebuah.
Jika dahulu, rakyat terpaksa mengumpulkan jumlah wang yang besar bagi menyelesaikan downpayment. Kemudian, baru boleh melakukan permohonan pinjaman.
Adakah ia petanda yang baik bagi ekonomi?
Mungkin memudahkan urusan jual beli kereta bagus, tetapi menggalakkan rakyat berhutang ada kesan jangka panjang.
Berikut adalah hasil carian dalam forum berkenaan Harga tayar terkini 2012.




I wanted to thank you for this excellent read!
BalasPadam! I certainly loved every little bit of it. I have got you book-marked to look at new things you post…
My web site - comprar perfume
Size 14 je ?? Penat je nengok.. letak la smpai 18. Mencari pricw list size 15. 16
BalasPadam