Tak Kenal Maka Tak Cinta
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Semalam saya lihat bulan purnama mengambang penuh. Sangat cantik. Malam yang gelap bercahaya disinari cahaya bulan yang dipantulkan dari matahari. Sedar tak sedar, ramadhan sudah menghampiri pertengahan. Bermakna, kita telah habis fasa pertama ramadhan dan berada dalam fasa yang kedua. Semoga amalan-amalan kita diterima oleh Nya.
Entry kali ini saya ingin berkongsi senaskah buku digital. Perasan tak iklan banner yang dipaparkan diatas dan disebelan kanan blog ini. Tak Kenal Maka Tak Cinta - Tips Menguasai Komunikasi Berkesan. Sebuah buku motivasi yang dihasilkan oleh pendakwah terkenal di kalangan blogger melalui media baru - Abu Saif. Blog beliau saifulislam.com sangat dekat dengan pelayar-pelajar internet.
Sebelum ini beliau telah menghasilkan 8 buah buku fizikal yang menjadi best seller. Salah satu buku beliau yang sangat terkenal adalah Aku Terima Nikahnya. Buku baru ini merupakan buku pertama yang dihasilkan dalam bentuk digital atau lebih dikenali sebagai e-book. Buku ini boleh didapati secara pakej dalam fomat pdf, video MP4 dan audio MP3 yang memudahkan pembaca membaca, melihat video dan mendengar melalui komputer atau gadget.
Buku ini memaparkan Tips Menguasai Komunikasi Berkesan yang bertemakan "Masihkah ada jurang antara kita?"
Apa yang menarik tentang buku ini adalah kosep dakwah moden yang memaparkan Ilustrasi kartun. Ia tidak membosankan malah sangat mudah untuk kita faham dan ingat. Ianya santai Sedikit petikan daripada buku tersebut boleh didapati dari sampel yang disediakan. Boleh download disini.
Video penerangan oleh beliau sendiri:
Ebook "Tak Kenal Maka Tak Cinta" adalah merupakan sebuah ebook ilustrasi yang memberikan "Panduan & Tips di dalam berkomunikasi dan membina hubungan mesra sesama insan".Komunikasi Hebat & Efektif adalah penting untuk menguasai situasi dan menangani konflik serta jurang yang wujud antara dua pihak. Tidak kira sama ada komunikasi antara isteri & suami, ibu-bapa & anak-anak, guru & murid-murid, bos & pekerja, mahupun dengan rakan-rakan serta jiran-jiran... semuanya ada dikupaskan di dalam ebook ini.Motivasi dan inspirasi yang dipersembahkan dalam pelbagai ilustrasi unik dengan lebih 50 watak-watak kartun dan sketsa masyarakat ini, bakal membuka dimensi baru di dalam pemikiran ummah ke arah mendepani cabaran dunia tanpa sempadan.
p/s: Dapatkan segera buku ini sebagai ilmu yang bermanfaat kepada kita. Semoga ianya berguna.






