Salam Nuzul Quran | Petua Keluarga Bahagia
Nuzul Al-Quran
Hari ini adalah cuti umum bagi negeri Kelantan dan beberapa negeri yang lain sempena Nuzul Quran.
Bagi negeri-negeri yang tidak bercuti selamat bekerja sebab korang dah cuti hari pertama Ramadhan dulu kan. Saya menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga seharian. Kalau pergi shoping, mesti jem teruk di jalan raya dan di kaunter pembayaran shoping kompleks...
Bukan senang nak dapat peluang begini, main dengan anak yang dah tumbuh 4 batang gigi. Mesti dia marah bila saya asyik bekerja.
Lapangnya dada, langsung tiada gangguan dari masalah kerja.
Bukan senang nak dapat peluang begini, main dengan anak yang dah tumbuh 4 batang gigi. Mesti dia marah bila saya asyik bekerja.
Lapangnya dada, langsung tiada gangguan dari masalah kerja.
Nuzul Al-Quran bagi saya adalah hari bagi memperingati bahawan Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. Secara jelasnya dan terperinci anda boleh rujuk di sini (Sejarah Al-Quran)
Tazkirah Ramadhan
Nak kongsi sikit info yang saya dapat baru-baru ni.
Perkongsian ini bukan sebab saya seorang yang baik sangat, tapi rasa ingin jadi baik dan kalau boleh orang lain sama-sama jadi baik.
Kat luar nun... ramai lagi yang terbaik.
Setiap hari Ahad dalam bulan Ramadhan, UiTM Cawangan Kelantan akan mengadakan Tazkirah Ramadhan di setiap pejabat-pejabat bahagian/unit.
Masa yang diperuntukkan untuk program ini hanyalah 1 jam sahaja. Bermula jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Tazkirah pertama dah berjaya di adakan minggu lepas yang telah membicarakan tentang solat-solat sunat.
Maaf sangat-sangat, tak sempat nak berkongsi disini. InsyaAllah, kalau rajin, ada ruang dan keizinan Nya saya post nanti
Ok, Fokus!
Tazkirah ramadhan kedua minggu ni (Ahad), telah disampaikan oleh seorang ustazah UiTM Cawangan Kelantan yang bertemakan Al-Quran. Sangat sesuai dengan sambutan Nuzul Al-Quran hari ni.
Beliau merupakan seorang pensyarah Bahasa Arab. "Mesti dia faham maksud semua ayat-ayat Al-Quran"

Tazkirah beliau ringkas dan mudah.
Tetapi padat dengan ilmu-ilmu dan hujah-hujah. Isi-isi penting yang saya ingat merangkumi Sejarah Al-Quran, hikmah penurunan Al-Quran dan Fadilat membaca Al-Quran.
"ada buat salinan, tapi tertinggal di pejabat"
"ada buat salinan, tapi tertinggal di pejabat"
Banyak soalan dari kakitangan berkaitan Al-Quran telah diajukan kepada beliau. Mentang-mentang boleh bertanya. Kesian pulak.
"Tapi baguslah, malu bertanya sesat jalan - kata orang-orang tua."
"Tapi baguslah, malu bertanya sesat jalan - kata orang-orang tua."
Ustazah menjawab semua soalan dengan tenang. Semua berpuas hati dengan jawapan beliau.
Sebelum program tamat, beliau mengingatkan semua yang hadir supaya meningkatkan amalan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan ini terutamanya. Sekurang-kurangnya sekali sehari kerana setiap ayat didalam Al-Quran ada kelebihan tersendiri dan besar pahalanya.
Baca juga 3 Amalan Terbaik Bulan Ramadhan.

Tips / Amalan / Petua Keluarga Bahagia
Menariknya minggu ini, Ustazah sudi berkongsi petua/tips/amalan bagi membina keluarga bahagia.
Petua ini sangat mudah tetapi sangat berat.
Iaitu, membaca surah yasin dengan penuh ikhlas hanya kerana Allah dan setelah tamat bacaan ditiupkan kedalam air kosong. Kemudian air tersebut boleh digunakan dalam campuran masakan atau terus diminum. Jadikan amalan biasa seharian dalam keluarga.

InsyaAllah dengan izin Allah, apabila kita makan atau minum yang baik-baik Allah akan membahagiakan keluarga kita.
Yang penting, berdoa dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. Mohon doa supaya Allah mengurniakan keikhlasan tersebut ke dalam diri kita.
Sedikit sambungan dari petua yang dikongsikan.
Sedikit sambungan dari petua yang dikongsikan.
"Sains telah membuktikan kehebatan Al-Quran"
Beliau menyatakan satu kajian di Jepun telah dibuat terhadap air yang dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran dengan air biasa. Apabila dibandingkan keuda-duanya berlaku perubahan molekul terhadap air yang telah dibacakan dengan ayat Al-Quran tersebut. Setiap bentuk molekul berbeza-beza apabila ayat yang berbeza dibacakan.
Hebat bukan? walaupun Al-Quran dah lama turun, baru sekarang manusia jumpa.
Orang jepun hebat. Kita? hehe... kena tanya diri sendiri
Hebat bukan? walaupun Al-Quran dah lama turun, baru sekarang manusia jumpa.
Orang jepun hebat. Kita? hehe... kena tanya diri sendiri
Berdoalah
Beliau juga menegaskan berkali-kali, ikhtiar tersebut hanyalah sampingan sahaja. Perkara pentinga yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas membaca surah Yasin adalah berdoalah kepada Allah s.w.t. sebanyak-banyaknya kerana Allah suka kepada hambaNya yang sentiasa memohon.
Berdoa adalah satu kaedah yang diajar dalam agama islam untuk melatih manusia bertawakkal dan berharap hanya semata-mata kepada Allah.
Setiap perbuatan (usaha) kita seharian dari bagun tidur sehingga tidur semula perlu dimulakan dengan berdoa. Sekurang-kurangnya dimulakan dengan bacaan bismillah.
Bukannya usaha dulu baru berdoa. Semoga keluarga kita bahagia.
~~~~~
Majlis tamat dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih kifarah.
Ya Rahman, Ya Rahim..... Subhanallah...
Ya Allah, Aku memohon supaya Engkau tetapkan hati aku semata-mata kerana Mu Ya Allah...
p/s: Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada diri saya dan untuk semua.