oIS2fYbWQ2DeA6S7iNSKMc-18dE

Buku Terbaru Untuk Di miliki

IKLAN BERBAYAR

Pengikut

Apesal Tak Baca?

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumlah Kunjungan

IKLAN BERBAYAR. BERMINAT? EMAIL: inersisham84@gmail.com

Isnin, 6 Ogos 2012

Overload Mencinta Manusia | Indahnya Bercinta Lepas Akad

Overload Mencinta | Indahnya Bercinta Lepas Akad

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Ihsan Gambar dari : aenarasa


Kita telah diasuh oleh orang tua sejak kecil lagi supaya bersederhana dalam apa jua perkara.  Berlebih-lebihan akan mengakibatkan bencana keatas diri sendiri dan orang lain.  Banyak kisah-kisah orang yang berlebih-lebihan yang sengsara dalam kehidupannya.  

Contohnya, pengidap penyakit obesiti adalah berpunca dari kaedah pemakan yang berlebih-lebihan.  Lebih gula, lebih lemak, lebih garam, lebih protein, dan macam-macam lagi.

Dalam hal bercinta saya telah menghadkan diri saya supaya tidak terlalu extreme.  Sejak awal perkenalan dengan bakal isteri saya telah meyiksa beliau dengan kelakuan pelik yang merisaukan beliau sehingga peringkat pertunangan. Kami kenal, tetapi berlaku tarik tali. Kenal yang tidak betul-betul kenal.  Kami kawan tetapi tidak betul kawan.  Masing-masing play safe kerana takut terlebih memberi.

Tak perlulah saya cerita berlebih-lebihan di sini cukup sekadar yang saya pernah membiarkan beliau kaku keseorangan tanpa sebarang perhubungan telefon, surat, email dan lain-lain. Seolah-olah kami langsung tidak kenal sehinggakan beliau terasa yang tiada hubungan pertunangan. 

Saya telah memahami diri sendiri dari segi daya ketahanan iman.  Saya lakukan perkara tersebut kerana ingin menikmati perasaan bercinta selepas kahwin.  Ada kalanya beliau berputus asa dan menyerah segalanya kepada takdir.  Itu yang saya inginkan.  

Takdir bagi saya bermakna kita percaya Allah menentu segalanya.  Memang saya mencintai tunang saya, cuma saya tak mahu beliau berharap kepada cinta saya dan melangsungkan perkahwinan kerana cinta yang saya berikan.  

Tambahan sekiranya cinta tersebut berlebih-lebihan pula. Percaya kepada manusia sepenuhnya akan mengakibatkan kekecewaan yang melampai jika ada perkara yang tidak kena pada perasaannya.

Selepas proses pernikahan kami mula saling kenal-mengenali sikap dan perangai masing-masing.  Semua benda baru bila mana pendapatan yang berbeza.  Masing-masing punya kefahaman berdasarkan latar belakang ilmu yang tidak sekata.  

Apa yang kami buat, adalah muzakarah atau berbincang dalam segenap perkara.  Bersabar dengan kerenah dan perangai yang berkenan.  Belajar kenal latar belakang keluarga yang sebelum ini langsung tidak pernah kami bicara.  Semua ini berlaku selepas perkahwinan.  Kami buat banyak perkara bersama seperti orang yang baru dilamun cinta.  

Cemburu jangan dikatalah.  Namun, ia tetap tidak berlebihan seboleh-bolehnya.  Kerana saya takut rasa berserah kepada Allah hilang diganti dengan bergantung kepada manusia. Kan masalah bila manusia bisa menentukan?  So, kami cipta dunia cinta kami sendiri tanpa perlu terikut-ikut trend bercinta anak muda sekarang.

Kami bermohon setiap hari supaya diantara kami dapat saling faham memahami. Kalau ada perselisihan lebih baik diam dan berdoa kerana dia itu menyebabkan muncul perasaan rindu.  Sehingga kemuncal proses diam, masalah yang timbul akan reda dan dilupakan.

Saya bersyukur kerana Allah memberi perasaan bercinta selepas kahwin.  Tanpa perlu membandingkan pasangan bercinta yang lain kerana pasangan lain punya cara mereka sendiri yang mungkin tidak sesuai dengan kami.  Walaubagaimana pun, tidak dapat dinafikan muncul juga perasaan ingin membandingkan dengan orang lain, tetapi kami oleh ia menjadi penanda arasan dalam alam percintaan kami.

Kami bahagia bercinta setelah berkahwin.  Kami berhati-hati supaya tidak extreme / overload mencintai walau telah menjadi suami isteri yang sah. Kerana cinta itu adalah anugerah Allah kedalam hati kami.  

Ia kepunyaan Allah, bukan milik kami, bila-bila masa Dia boleh mengambil semula perasaan cinta yang mengalir dalam diri kami.  Saya sering nasihatkan beliau supaya menjaga anugerah tersebut dengan bersederhana.  Allah lebih berhak untuk di cintai.  

Apa yang saya percaya, bila mencintai Allah sepenuhnya, saya boleh memohon kepada Nya sentiasa. Mencinta manusia sepenuhnya tiada apa yang boleh diminta kerana manusia tidak punya kuasa.  Saya sendiri tidak berupaya memenuhi apa jua permintaan isteri melainkan berdoa kepada kekasih abadi yang sejati Allah, supaya saya dapat memenuhi permintaan isteri.  Sekiranya saya tidak berjaya Allah yang tidak memberi.  Sekiranya berjaya, Dia jualah yang memberi.  

Dialah kekasih kami yang perlu kami penuhi tuntutanNya.  Allah lah yang menyatukan kami dan membahagiakan kami.  Dia juga memberi ujian dan salah faham kepada kami.  Persamaan kami adalah kami adalah kami saling mencintai kekaksih sejati kami.  Kami dan kita semua berkongsi Dia.  

Dia hanya satu tiada yang lain. Tiada tuhan melainkan Allah.  Kami risau jika kami berlebihan mencintai diantara kami, kami akan melupakan kekasih yang menyatukan kami. Kami bahagia hingga terasa kasih dan sayang yang telah kekasih kami kurniakan.

p/s: Jangan overload mencintai manusia, kerana cinta itu bukan milik kita.  Dia yang lebih berhak kita cintai bagi menagih rahmatNya bagi kebahagian dalam diri.  Maafkan jika ada yang salah kerana kami ingin terus belajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger