oIS2fYbWQ2DeA6S7iNSKMc-18dE

Buku Terbaru Untuk Di miliki

IKLAN BERBAYAR

Pengikut

Apesal Tak Baca?

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumlah Kunjungan

IKLAN BERBAYAR. BERMINAT? EMAIL: inersisham84@gmail.com

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kisah Sebenar Di Sebalik Pertemuan Abby Abadi, Memey dan Norman Hakim

Kisah Sebenar Di Sebalik Pertemuan Abby Abadi, Memey dan Norman Hakim

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Hidup kita ada turun ada naik.  Ada suka ada Duka.  Kisah Abby Abadi dan Memey telah berbaik tersebar dengan meluas di blog-blog.  Saya sendiri telah menerbitkan satu entry yang memaparkan gambar-gambar mereka bersama.  Rujuk sini.

Kisah sebenar pertemuan mereka telah diterbikan oleh mStar Online. Baru lah tahu macam mana perkara ini terjadi.  Semoga kebahagian yang mereka rasa berterusan sampai ke syurga. 

p/s: Rasa bahagia melihat kebahagian orang lain.

Norman Hakim Sebak Lihat Memey & Abby Berpelukan 

 

 
Norman bersama bekas isterinya, Abby (kiri) dan Memey kelihatan gembira selepas persengketaan yang selama ini terjadi dapat diselesaikan dengan baik. Foto kiriman Norman.
 
PETALING JAYA: Insiden Memey Suhaiza dan Abby Abadi berpelukan sambil menangis merupakan saat paling bermakna apabila kedua-dua mereka mahu menamatkan persengketaan yang terjadi selama ini.

Norman Hakim berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia bersama isterinya, Memey mahu mengambil anak-anak yang berada bersama Abby di sebuah lokasi di Shah Alam.

"Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam bertujuan untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau nak ikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi apatah lagi Memey.

"Dan apabila sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis.

"Saya agak terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit 'yeay! Mummy dan mama dah baik!". Terasa macam filem Hindustan pula. Ia adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini," ceritanya ketika dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.

Foto Norman dan Memey berbuka puasa di rumah Abby bersama anak-anak. Gambar petikan Twitter milik Abby.
 
Tambah Norman, keadaan itu juga membuatkan dia begitu sebak dan bersyukur kerana doanya untuk melihat bekas isteri dan Memey menghapuskan sengketa terlaksana dan seterusnya dapat menyatupadukan keluarga.

"Saya ada juga tanya kepada mereka, apa yang membuatkan kedua-duanya kembali berdamai? Mereka cakap ' ini rahsia perempuan'.

"Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit," tuturnya.

Menceritakan pula detik mereka berbuka puasa bersama-sama di rumah Abby pada Rabu lalu, Norman telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) meminta kebenaran untuk berbuka puasa di rumah Abby dan dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu.

"Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa bersama-sama. Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu.

"Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama," tuturnya.

Ditanya adakah perdamaian itu membuka jalan untuk Norman mengambil semula Abby sebagai isteri, pelakon itu hanya menyerahkan perkara tersebut kepada takdir.

"Saya tak tahu nak cakap apa. Lagipun saya tak tahu apa status Abby sekarang ini. Cuma saya mengharapkan yang terbaik selepas ini dan akan sentiasa berdoa serta berusaha untuk menjaga keharmonian keluarga.

"Memey pula sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri.

"Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan," katanya.

Abby dan Norman pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.
Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Sumber: mStar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger