Abby Abadi Jawab Isu "Norman Pegang Bahu"
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.
Seronok juga ikuti perkembangan kisah Abby Abadi yang semakin hangat dibincangkan hingga masuk surat khabar.
Selepas heboh berita yang di terbitkan oleh mStar Portal bahawa Abby Abadi telah berbaik semula dengan bekas suaminya Norman Hakim dan Memey, timbul pula isu Norman pegang bahu bekas isterinya Abby Abady semasa bergambar bersama memey. Baca entry sebelum ini.
Nampaknya ramai peminat Abby Abadi yang mahu beliau terus jadi baik. Bersyukurlah Abby kerana Dia menegur melalui orang ramai.
p/s: Setiap kejadian yang berlaku sekeliling kita pasti ada hikmahnya untuk difikirkan bersama bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Kadang kala ia berlaku adalah untuk memberi ilmu kepada orang lain bagi yang mahu berfikir dengan hati yang dalam. Pelik juga kenapa ada yang pertikai itu atau ini, sedangkan dia tidak mengambil ia sebagai pengajaran.
Pesanan ini untuk diri sendiri juga.
![]() |
| Gambar yang telah dijadikan isu |
Walaubagaimanapun, Abby telah menjawab isu ini dalam Sinar Harian. Sumber : Sinar Harian
Norman pegang Bahu Abby pula jadi isu
SHAH
ALAM – Selebriti Abby Abadi meneruskan entri menerusi twitter berkenaan
‘peristiwa berbaik semula’ dengan bekas suaminya sambil berkata, dia
sedia meneruskan pengorbanan demi kebahagian rumah tangga Norman Hakim
dan isterinya, Memey Suhaiza yang mendirikan rumah tangga tahun lalu.
Dalam
salah satu mesej hari ini, Abby menulis: “Tentang komen ex-husband
(Norman) pula kata ‘ini pengorbanan isteri dia’ (untuk berbaik dengan
saya), biarlah, asal mereka bahagia. Saya (sanggup) korban terus pun,
tidak mengapa. Siapalah saya.”
Abby
yang berkomunikasi dengan peminat-peminatnya menerusi twitter sejak
kebelakangan ini, hari ini menghantar siri mesej menerusi akaun twitter
membicarakan mengenai hubungannya dengan Norman, yang dikatakan telah
pulih susulan satu pertemuan di Shah Alam minggu lalu dan disusuli
dengan majlis berbuka puasa di rumah Abby kelmarin.
Kenyataan
hari ini dibuat ekoran penjelasan Norman semalam, yang mengatakan
bahawa langkah berbaik semula antara Abby dan Memey adalah satu
pengorbanan besar yang telah dilakukan Memey sebagai seorang isteri.
Norman juga berkata, “Memey pula sangat fleksibel dengan saya.”
“Malah,
dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby)
adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri,” kata Norman.
Sebelum
ini, heboh mengenai hubungan kurang baik ketiga-tiga selebriti itu,
tetapi dengan tersebarnya gambar terbaru mereka berbuka puasa bersama
kelmarin memadam segala cerita yang kurang baik itu.
Gambar
yang dimuat naik Abby di Twitternya menunjukkan dia dan Memey bergambar
mesra selepas bersama-sama bersolat tarawih dengan berimamkan Norman di
rumah Abby kelmarin.
Ketika
dihubungi Sinar Harian Online semalam, Norman turut menjelaskan langkah
berbaik semula memang tidak disangka-sangka dan menyifatkan ini semua
adalah berkat Ramadan dan juga doa yang tidak putus-putus untuk
mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Malah,
mereka bertiga turut sudah merancang untuk mengerjakan ibadah umrah
bersama tahun depan setelah Memey selamat bersalin. Memey dijangka
bersalin Februari depan.
Norman
dan Abby sah bercerai pada 2008 selepas bercerai kali pertama pada 5
Mei 2006. Sementara perkahwinan kedua Norman bersama Memey berlangsung
pada 24 September 2011.
Dalam
pada itu, Abby juga menjawab beberapa pengikutnya yang mempertikaikan
tindakan Norman memegang bahunya ketika pertemuan mereka kelmarin.
“(Bekas)
suami pegang bahu? Itu berlaku spontan. Mak dan anak-anak saya semua
ada di depan itu. Abang saya yang ambilkan gambar. (tanya tuan punya
badan nanti ye kenapa),” katanya lagi.
Menerusi mesej seterusnya, Abby menulis, “risaunya lah mereka ini setakat pegang bahu itu, OK saya minta maaf salah saya.” - SINAR HARIAN




