Promosi Gerai | ADC | ADNI DIGITAL CENTER
Dua hari lepas saya berkesempatan melawat "Student Center" UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK).
Ia adalah pusat kegiatan pelajar yang kedua siap dibina di antara Kampus-kampus cawangan UiTM selepas UiTM Sarawak. Banyak kemudahan disediakan disini bagi mendorong meningkatkan kemahiran "softskill" pelajar-pelajar UiTMCK.
Salah satu aktiviti yang saya sangat sokong adalah, penglibatan pelajar sebagai usahawan. Saya sentiasa menyokong penuh sekiranya ada pelajar yang suka berniaga. Ia adalah langkah pertama menjadi usahawan.
Melihat pelajar-pelajar berniaga terkenang zaman belajar di UiTM Shah Alam dulu, saya pernah berjalan dari bilik ke bilik di Kolej menjual nasi lemak. Ia sekadar meraih komisyen RM0.20 sebungkus. Langsung tak padan dengan usaha yang dilakukan. Tapi, itulah hakikat permulaannya berniaga.
Masih belum banyak gerai dibuka disini. Tak salah, baru tiga (3) lot yang dibuka. Mesin ATM Bank Islam dan mula beroperasai. Tak perlu lagi beratur panjang di mesin ATM depan Pos Pengawal.
Entry ini, saya ingin mempromosi Pusat Digital ADNI. Gerai ini menawarkan perkhidmatan percetakan, photocopy, fax, laminate, dan alat tulis. Tak perlu jalan jauh bagi pelajar yang tinggal di Kolej semata-mata nak cetak assignment.
Menurut tuan kedai, beliau menawarkan harga yang terendah bagi pelajar.
ADC | ADNI DIGITAL CENTRE | STATIONERY | PRINT | COPY
Reload prepaid Maxis dan celcom juga boleh di dapatkan disini.
Beliau menggunakan mesin photostat yang berkualiti sama seperti di Pejabat HEA, Konica Minolta.
Celcom?
Set Soalan-soalan tahun lepas ditawarkan dengan harga yang murah. Hanya RM2.00 sahaja.
Dahaga? boleh dapatkan air sejuk disini.
Maxis?
Sempat bergaya depan kedai bersama seorang usahawan berjaya. Fifah.. Nak print? tengok gambar ada disediakan tiga buah PC untuk mencetak sendiri.
p/s: Jom ramai-ramai meriahkan pusat digital ADNI di Student Center. Iklan ini berbayar. Bagi yang nak promosikan gerai mereka boleh hubungi saya...
Facebook Fan Page ADNI DIGITAL CENTRE:
![]() |
| https://www.facebook.com/pages/ADNI-DIGITAL-CENTRE/380820555307898 |














