UiTM Cawangan Kelantan dengan bantuan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang menganjurkan Karnival Keusahawanan 1 UiTM 1 Malaysia selama 5 hari bermula 15 hingga 19 Julai. Orang ramai dijemput nadir bagi memeriahkan program ini.
Banyak aktivit menarik yang dianjurkan untuk pengunjung. Antara aktiviti yang paling best adalah makan durian dengan kerjasama FAMA. maklumat lanjut program ini boleh dirujuk ke laman web rasmi UiTM Cawangan Kelantan. Http://kelantan.uitm.edu.my
Karnival ini melibatkan usahawan-usahawan dikalangan pelajar dan orang luar bagi menggalakkan pelajar UiTM melibatkan diri Salam bidang Keusahawanan Serra menjalinkan jaringan sebelum mereka menceburi bidang ini secara serius Selepas tamat pengajian nanti.
Tinggal dua hari lagi Karnival ini Akan tamat Dan majlis penutup Akan diadakan pada hari khamis ini. Semoga program sebegini dapat dianjurkan setiap semester Dan semoga ia memberi manfaat kepada semua.
P/s: Bagi yang tinggal berhampiran dengan UiTM Kampus Machang Jom Jengok apa yang menarik. Baru selesai malam tadi pertunjukan wayang kulit.




