Assalamualaikum w.b.t. Dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, hari ni dah Sempurna hari keempat kita Semua berpuasa. Bagi yang belum Ada Jadual berbuka Dan Waktu imsak boleh download disini.
Satu perkara yang sangat sukar bagi Saya atau malas nak buat dibulan puasa ni adalah pergi ke bazaar ramadhan. Selain Dari meletihkan, Saya tak suka memilih juadah yang sangat banyak. Silap-Silap habis duit Saya borong Semua, Dan akhirnya membazir. So berhati-hatilah membeli Juadah di bazaar ramadhan.
Keluarga yang bekerjaya seperti Saya memang tak dapat mengelak untuk membeli Juadah di bazaar ramadhan. Nak tak nak memang kena pergi untuk membeli lauk. Kalau masak pun cukup sekadar masak nasi untuk berbuka Dan terus bersahur.
Hari minggu baru boleh luangkan sikit masa untuk memasak. Sebab masak sendiri lebih puas hati berbanding beli.
Pengalaman membeli Juadah di bazaar ramadhan sangat menakutkan. Mungkin Saya seorang yang sangat cerewet. Walau pun banyak pilihan gerai di bazaar, Saya hanya akan membeli Juadah berbuka di kedai yang sama.
Saya pernah terkena membeli ikan patin masak asam pedas. Sungguh menyiurkan. Waktu berbuka, Saya menghirup kuah ikan patin patin dengan penuh nikmat. Malangnya, rasa Masin yang amat sangat sampai tak sanggup nak telan. Terpaksa buang semuanya. Tak kan nak pergi cari balik towkey kedai tersebut.
So nak pesan kepada peniaga-peniaga bazaar sediakanlah Juadah dengan ikhlas Sebab pahalanya besar membatu menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa bagi yang tak sempat nak masak seperti Saya.
P/s: kadang kala terperasan, Ada yang buat seperti tak pernah buat sebelum ni. Selamat berpuasa Semua, semoga amalan kita diterimaNya di Bulan Mulia ini.




