Alhamdulillah, sempena karnival keusahawanan UiTM Cawangan Kelantan satu program bermanfaat telah berjaya dianjurkan iaitu Ceramah Agama Diambang Ramadhan. Penceramah jemputan yang tidak asing bagi rakyat Kelantan ini merupakan Pegawai Dakwah Jabatan Agama Islam Daerah Pasir Mas merangkap penceramah jemputan do Radio Kelantan FM.
Sambutan amat menggalakan Dari kalangan pelajar UiTM lebih kurang 4,000 lebih menaikkan semangat penceramah.
Sedar tak serdar lagi dua hari lagi insyaAllah kita semua Akan menyambut bulan yang penuh dental keberkatan, Ramadhan Al-mubarak. Banyan perkongsian ilmu yang dapat dalam tempoh 2jam sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
Majlis diakhiri dengan beberapa soalan yang diajukan oleh 3 orang pelajar siswa. Antaranya:
1. Apakah amalan terbaik dibulan Ramadhan?
Ringkasan jawapan penceramah: semestinya berpuasa adalah yang paling terbaik kerana ia wajib. Memang tidak dapat dinafikan lagi. Kedua, Solat tarawikh kerana ia adalah ibadat yang tidak boleh diamalkan pada bulan-bulan yang lain. Ketiga, Membaca Al-Quran kerana ia diturunkan pada bulan ini. Keep at adalah bersedekah.
2. Apakah tip-tip Bangun sahur kerana sebagai seorang pelajar cukup Susah nak bangun sahur?
Sebenarnya, semua orang sukar untuk bangun sahur. Antara petua yang boleh diamalkan pertama, Jangan tidur dalam keadaan yang terlalu kenyang. Kedua, tetapkan niat Dan berdoa kepada Allah supaya dimudahkan untuk bangun sahur. Ketiga, Mohon bantuan kepada malaikat yang menjaga masa supaya mengejutkan diri untuk bangun sahur Dan akhir sekali tetapkan dalam minda yakin boleh bangun sahur serta fokus.
Ada lagi soalan yang panjang lagi untuk diceritakan disini. Bagi saya bulan Ramadhan adalah bulan rahmat kepada pelajar dan ia adalah peluang untuk memudahkan proses mengulangkaji pelajar. Terkenang zaman belajar di Shah Alam dulu kami berkumpul dalam kumpulan perbincangan waktu sahur. Iaitu waktu yang paling mudah untuk faham Dan menghafal. Bulan lain sukar bagi kita untuk berjaga pada waktu pagi. Penceramah juga berpesan supaya menyenarai doa untuk diminta kepada Allah baca pada waktu sahur sama ada sebelum atau selepas.
P/s: peasanan untuk diri sendiri sama-sama lah kita menghayati bulan yang mulia ini dengan mengisinya dengan amalan-amalan mulia serta amal ibadat.
Korang dah beli kurma ke?



