



Assalamualaikum w.b.t. Dan Salam Sejahtera,
Siri travelog kali ini saya bermusafir ke Seremban. Alhamdulillah, selamat tiba di Klana Resort, jam 4:00petang setelah selesai urusan di Kampus Induk. Lokasi bermusafir untuk bermesyuarat ini agak menarik. Kali pertama menjejak kaki disini sedikit teruja dengan hiasan dalaman di bahagian receptionist yang sangat unik. InsyaAllah sekiranya berkesempatan saya akan upload gambar yang akan di rakam.
Untuk rekod, lokasi resort ini berhampiran dengan bandar Seremban. Namun begitu, agak sukar dicari bagi pengunjung yang belum pernah datang ke sini seperti saya. Kerana jalannya agak mengelirukan. Kami tersesat di tengah bandar sebelum sampai tadi.
Selepas proses pendaftaran sempat berborak bersama rakan-rakan yang akan bermesyuarat mulai malam ini. Kemudian terus ke bilik. Perkara pertama yang saya semak adalah tandas. Syukur, ada paip air untuk tandas. Kalau tidak! amat menyiksakan. Bilik-bilik hotel sekarang banyak yang tak ada paip air. Mereka hanya membekalkan tisu sahaja untuk bersuci. Terpaksa menggunakan kreativiti sendiri untuk memastikan benar-benar suci dan bersih selepas menyelesikan hajat. Contohnya, salah sebuah hotel yang saya kunjungi 2hari lepas di Cameron Highland. Hanya ada shower untuk mandi. Ambik wuduk menggunakan sinki. Tidak perlu saya sebut nama hotel.
Pesanan untuk pengusaha-pengusaha hotel, pastikan perkara kecil ini diutamakan kerana ia memberi kesan mendalam kepada pengunjung.
P/s: Saya akan update lagi apa yang menarik nanti. Malam nanti bermula majlis. Agak kesuntukan masa nak mengadap blog. Doa saya semoga program penting ini berjalan dengan lancar di dalam perancanganNya.
Lagi satu, jangan lupa sediakan sejadah kerana Malaysia adalah agama rasminya islam.
Published with Blogger-droid v2.0.6



