Assalamualaikum wbt
Saya mempunyai pengalaman kerja dalam sektor perhotelan dan pelancongan lebih 4 tahun. Bermula dari tingkatan 3 lagi bekerja mencuci pinggan dan setup 'high and low' tempat hidangan yang dipanggil sebagai steward. High and low - adalah istilah kerja di hotel untuk menyusun pinggan mangkuk dan perkakasan untuk food presentation.
Saya ingat lagi betapa beratnya mengangkat pinggan mangkuk yang telah dicuci untuk disusun dihadapan tetamu kerana kehabisan pinggan. Pinggan yang diistilahkan sebagai dinner plate melebihi tinggi kepala saya sendiri. Terpaksa mengintai disebalik pinggan untuk berjalan. Selamat tak ada pengalaman jatuh berbanding steward-steward lain. Selepas setahun mencucu saya dipindahkan ke department kitchen sebagai kitchen helper. Tugas pembantu tukang masak sangat menyeronokkan sehingga menimbulkan minat untuk memasak. Sikit demi sedikit saya berguru dengan chef yang ada mempelajari teknik asas memasak. Ia kekal sebagai kerjaya saya sambil belajar sehingga mendapat jawatan tetap sebagai Commis III iaitu pangkat paling bawah di bahagian dapur. Kemudin berhenti untuk melanjutkan pengajian ke institut pengajiaj tinggi.
Itu cerita 8tahun lepas dan kerjaya sekarang, saya sering ke hotel diatas urusan rasmi dan menikmati makanan-makanan di hotel. Makan di hotel berbeza dengan restoran biasa hanyalah dari sudut cara persembahan. Itu yang saya pelajari dulu. Ia kelihatan sedap untuk dimakan, tetapi rasanya belum pasti. Cuma hakikat yang perlu diterima adalah pandangan mata kita akan mempengaruhi rasa makanan tersebut. Apa yang ingin saya sampaikan adalah hati-hati dengan makan yang disajikan di hotel. Makan sekadar yang diperlukan sahaja. Takut-takut akan menjadi obes kerana terlebih makan seperti apa yang telah berlaku kepada diri saya sekarang.
P/s: Sedap lagi makan masakan mak walaupun hanya sekadar berlaukkan telur mata dan kicap.




