Empat tahun lepas saya terjumpa buku ini di rak buku along. Pelik, langsung tak faham satu APA pun yang diceritakan dalam buku ini. Dah la merangkak-rangkak sebab edisi pertama diterbitkan menggunakan tulisan jawi. Memang tak faham. Terpaksa melupakan niat untuk khatam. Sempat beberapa helai sahaja.
Setahun setelah menjumpai buku jawi tersebut, saya terjumpa buku sama yang telah diterjemah dalam kepada tulisan rumi di sebuah kedai buku PKNS (Selangor) . Sedikit perbezaan dari sudut rupa kulit depan antara buku jawi Dan rumi tapi isi kandungan tetap sama. Walaupun dalam tulisan rumi, sebulan jugak saya menjadi bingung nak menghabiskan buku ini. Sekali tengok kecil Dan nipis jer... Tapi isinya padat. Lupa nak maklum, Tajuk buku "Mengenal Diri Dan Wali Allah".
Buku ini ada sambungan, iaitu "Ramuan Tasauf".
Di kulit belakang buku (Ramuan Ilmu Tasauf) ini tertulis :
"buku 'ramuan ilmu tasauf' ini merupakan sebuah buku yang membicarakan masalah-masalah penting sekali dalam ilmu tasauf yang boleh memimpin kita kearah kemajuan dan pembangunan rohani dan jasmani, bukanlah sepertimana yang disangka-sangka orang bahawa dengan mempelajari ilmu ini bererti akan membawa kepada kemunduran dan kepapaan. tuduhan liar seperti ini memang bohong semata-mata!
untuk memahami selanjutnya, ikutilah kandungan buku ini..."
Harga buku ini sangat mampu dimiliki iaitu RM8.50. Ok, saya terpaksa menamatkan entry ini. Nanti sambung di lain entry.
So kepada yang berminat boleh ke kedai buku terkenal di Kota Bharu, Kelantan ( Jaafar Rawas) sana atau saya boleh tolong belikan.
Published with Blogger-droid v2.0.4








