Kata Kata Hikmah I Luv Islam | Malas
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, pagi hari ini selesai tanggungjawab memberi sedikit ceramah motivasi halatuju lepas SPM kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 sempena program Selangkah ke Universiti anjuran bersama BAKTI dan UiTM Cawangan Kelantan.
Salah satu perkara yang saya sebut adalah MALAS. Malas merupakan penghalang utama kejayaan yang membunuh diri kita dalam diam.
Majoriti pelajar-pelajar yang ditanya kenapa gagal dalam peperiksaan, bukannya mereka tidak pandai tetapi ramai yang menjawab sebab malas.
Malas adalah sikap, yang mana proses pembelajaran dari sekolah rendah sehingga SPM bukanlah semata-mata untuk sebuah peperiksaan. Tetapi adalah untuk mendidik dan membentuk sikap kita sendiri. Jika diikutkan, keputusan peperiksaan hanyalah tertulis diatas kertas sahaja dan langsung tidak bernilai bagi seorang yang dah bekerja.
Namun, disbelik keputusan yang direkodkan tersirat sikap yang dibentuk dalam proses menghadapi peperiksaan. Orang yang berjaya didalam kehidupan bukanlah semuanya dari golongan yang mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi sejauhmana mereka belajar membentuk sikap yang baik dan diredhai Allah s.w.t.

Mungki doa dibawah boleh diamalkan setiap hari bagi memohon pertolongan dan bantuan Allah s.w.t. untuk menghindarkan perasaan malas yang sering membelenggu kita.
p/s: Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan kita semua.