oIS2fYbWQ2DeA6S7iNSKMc-18dE

Buku Terbaru Untuk Di miliki

IKLAN BERBAYAR

Pengikut

Apesal Tak Baca?

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumlah Kunjungan

IKLAN BERBAYAR. BERMINAT? EMAIL: inersisham84@gmail.com

Jumaat, 4 Mei 2012

GA Lelaki Kacak RM100

GA Lelaki Kacak RM100 - 10 Kelebihan Sertai Giveaway

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Jom sertai Giveaway Lelaki Kacak RM100.  Kenapa RM100? adakah nilai kekacakan anda hanya pada RM100? Nak tahu jawapan? baca sini.


Kelebihan sertai segmen


Pelik? Kenapa saya suka sertai Giveaway, Contest, Segment, atau yang seangkatan dengannya? Tak takut ke blog kita kelihatan tak profesional? Atau Nak hadiah sangat ke? Mungkin juga, tapi banyak yang tersirat disebalik entry-entry seperti ini.  Antara yang saya tahu adalah:

  1. Promosi! Anda boleh promosi blog dan membina jenama anda secara tidak langsung dikalangan komuniti yang menyertai segmen ini.

  2. Backlink percuma! Kita akan dapat backlink percuma bila link entry kita diletakkan didalam blog penganjur. siapa yang tak mahu benda percuma  kan? tambah-tambah blogger yang anjurkan mempunyai pagerank yang tinggi.  Nak beriklan di blog dia pasti mahal bukan?

  3. Support each others! Kita hidup bermasyarakat, sama seperti dunia luar bila ada orang yang menjemput makan kenduri kawin kita kena pergi bagi meraikannya sekiranya tiada masalah atau tidak sibuk.  So, sekiranya ada blogger yang menganjurkan majlis (segmen) seperti ini kita perlu menghormatinya sekiranya ada kelapangan.

  4. Hubungan silaturrahim! disamping kita syok sendiri dengan entry yang kita buat, entry segmen boleh menjalinkan hubungan yang baik sesama blogger.  Dunia blog ini sangat luas kita perlu berhati-hati didalam perhubungan supaya berkekalan.

  5. Traffik! peserta yang awal menyertai segmen berpeluang mendapat traffik yang tinggi kerana blogger lain yang baru nak join akan merujuk blogger yang terdahulu sebagai contoh entry.

  6. Idea! kadang-kadang segmen-segmen yang dianjurkan boleh memberi inspirasi kepada kita untuk mendapatkan idea menulis entry.

  7. Blogwalking! Ramai yang blogwalking (ziarah) dari blog ke blog.  Tapi malangnya, banyak blog yang dilawati tidak update atau tidak aktif.  So, bila meninggalkan komen, tiada tindak balas menyebabkan motivasi kita menulis blog menurun bila komen kita tidak ada respon. Dengan menyertai segmen seperti ini, kita dapat kenal pasti blogger mana yang aktif dan sering update. Ia memudahkan aktiviti blogwalking bukan?

  8. Timbal balik! Bila kita pergi ke majlis kenduri rumah sahabat, pasti sahabat tersebut terasa terhutang budi dengan kehadiran kita.  So, mudah bagi kita menjemputnya bila turn kita pulak yang menjemputnya hadir ke majlis kenduri rumah kita.  Sama seperti menulis blog.  Fikir-fikirkanlah...

  9. Tambah kenalan baru! Ini memang tidak dinafikan, kita tidak tahu siapa di alam maya ini kadang kala orang yang kita tidak sangka boleh terjuma. Kita akan dapat ramai kawan-kawan baru yang boleh berkongsikan pandangan, pendapat dan idea. Silap-silap hari bulan, orang yang terkenal boleh berkawan rapat dengan kita di dalam dunia tanpa sempadan ini.  Saya sendiri berpengalaman berkenalan dengan blogger yang sertai segmen yang sama akhirnya boleh berjumpa bila pergi ke sesuatu tempat.  Kita tak tahu diri sebenar blogger-blogger ini.

  10. Meningkatkan Kualiti Penulisan! Macam mana ye? Cuba fikir, sebelum kita sertai mana-mana segmen, kita pasti menilai isi kandungan blog tersebut dan cuba kenali siapa blogger yang menganjurkannya.  Ada juga segmen yang terus kita sertai tanpa berfikir panjang.  Sebab apa? Kerana gaya penulisan yang meyakinkan kita dan boleh menarik perhatian pembaca.  Bila perkara ini berulang-ulang kita boleh membuat analisa dan menilai sendiri bagaimana menulis entry yang baik untuk pembaca.

Cukup lah 10, sebenarnya banyak lagi.  Jom sertai GA Lelaki Kacak RM100? terjah kesini: LELAKI KACAK.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger