oIS2fYbWQ2DeA6S7iNSKMc-18dE

Buku Terbaru Untuk Di miliki

IKLAN BERBAYAR

Pengikut

Apesal Tak Baca?

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumlah Kunjungan

IKLAN BERBAYAR. BERMINAT? EMAIL: inersisham84@gmail.com

Sabtu, 12 Mei 2012

Beringatlah Pelajar-Pelajar Tingkatan 4

Kesilapan Alam Persekolahan

Saya pernah melalui zaman persekolahan sama seperti budak sekolah yang lain.  Bezanya mungkin keadaan semasa sahaja.  

Kemuncak persekolahan adalah peperiksaan.  Iaitu ujian kepada apa yang telah kita pelajari.  Ada tiga tahap iaitu UPSR, PMR dan SPM.  Ketiga-tiganya saya hadapi dengan berbeza-beza cara.  Hasilnya, keputusan diperolehi tidak sama.  Adat lah. 

Tahap motivasi saya bagi setiap peperiksaan sangat jauh ketara.  Mungkin sebab cikgu kot? atau sebab kawan-kawan yang berbeza... Mungkin!

Saya merindui sekolah.



Kesilapan paling besar alam persekolahan adalah semasa di tingkatan 4.  Pernah dengar perkataan "Honeymoon"?  Tahap motivasi untuk tahun tersebut tiba-tiba meningkat untuk bermain.  Menikmati sepenuhnya erti dunia.  Bagi saya, level paling bahaya dan perlu berhati-hati adalah dalam tempoh ini.  Ada yang berubah kepada lebih baik, ada yang berubah kepada lebih teruk. 

Kenapa? sewaktu ini, kita semua belajar membuat keputusan sendiri yang sebelum ini semunya telah ditentukan.  Masa ini juga pengaruh rakan sebaya mengambil peranan menggantikan ibu dan bapa. Semuanya pada peringkat umur ini.  Beringatlah, sebelum menyesal seperti saya.

Situasi ini sama dengan kehidupan harian kita.  

Ujian @ peperiksaan akan datang bila-bila.  Apa yang kita pelajari sentiasa akan diuji dari masa ke semasa.  Berbeza dengan sekolah, tarikh ujian telah diketahui.  Motivasi dalam menjalani kehidupan juga tidak menentu.  Ada peringkat waktu menjadi turning point menjadi baik atau jahat.  

Semasa di persimpangan, kita punya pilihan untuk ke kanan atau kiri. Saat inilah ujian muncul.  Cuma ujian kehidupan datang dalam pelbagai bentuk iaitu senang atau susah.  Ramai yang kecundang dalam kesenangan.

Kita diuji mengikut tahap mana kita berada sama seperti Allah menguji kita.  Fikir-fikirkanlah untuk manfaat bersama. 

Lihatlah dunia dari mata burung bukan dari dalam tempurng seperti bait-bait lirik M.Nasir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger