oIS2fYbWQ2DeA6S7iNSKMc-18dE

Buku Terbaru Untuk Di miliki

IKLAN BERBAYAR

Pengikut

Apesal Tak Baca?

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumlah Kunjungan

IKLAN BERBAYAR. BERMINAT? EMAIL: inersisham84@gmail.com

Selasa, 29 Mei 2012

Akhirnya "Bersyukur Saat Diuji" Dalam Gengaman

Akhirnya "Bersyukur Saat Diuji" Dalam Gengaman

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,


KRTS

Saya hanyalah seorang manusia kecil dari kelompok besar yang membaca blog Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan (KRTS) tulisan Prof. Kamil Ibrahim.  Tidak pasti beliau kenal atau tidak saya dari ribuan rakyat Malaysia yang meminati hasil karya beliau.  Dahulunya kami satu organisasi (UiTM).  Sekarang beliau jauh di Madinah.

Ada apa dengan KRTS? Yang saya pasti, sedikit kemanisan dapat dirasai disetiap entry beliau. Tak percaya? cubalah kesana.  Pasti tak jemu.

Sebelum ini saya pernah menulis tiga (3) entry ringkas tentang Prof. di dalam saljuhumairah iaitu Blog Mesti BacaTravelog Haji + VCD | Muhd Kamil Ibrahim dan Review Blog Hari Ini | Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan untuk berkongsi minat dengan pembaca yang lain. Semoga lebih ramai yang berkunjung ke sana.

Selain menulis blog, prof juga menulis beberapa buah buku yang meletup dipasaran kerana bagi saya beliau menulis terus dari hati. Dua (2) buah telah saya miliki iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok.

Saya pernah menonton bersama-sama rakan sekerja VCD Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman.  Beliau menangis kerana sebak dengan apa yang diceritakan oleh Prof.

Bulan lepas, syarikat Galeri Ilmu menerbitkan sebuah lagi buku Prof. iaitu Bersyukur Saat Diuji (BSD).  Sebagai rekod, buku ini adalah yang pertama diterbitkan oleh Galeri Ilmu.  Sebelum-sebelum ini PTS Publication.

Saya juga sperti mereka.

Halangan

Perasaan ini sangat teruja ingin dapatkan segera. Namun, saya tidak dapat hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 di PWTC kerana jadual penuh dengan peperiksaan pelajar-pelajar UiTM.  Tugas di Bahagian Akademik sangat terhad masa kerana berhadapan dengan due date. 

Tinggal di kelantan agak menyedihkan bagi peminat buku seperti saya.  Kerana buku-buku baru terbit agak lambat sampai terutama kawasan-kawasan yang jauh dari Bandar Kota Bharu.

~~~

Kecewa

Dua, hari lepas, saya tiba di Shah Alam atas urusan rasmi UiTM.  Selesai semuanya saya segera ke MPH Shah Alam City Center (SACC) dengan satu tujuan untuk dapatkan BSD.

Kecewa. Setelah puas mencari di rak-rak buku saya bertanya kepada penjaga kaunter.  

"maaf, buku Prof. Kamil Ibrahim - Bersyukur Saat Diuji dah sampai ke? saya cari tak jumpa..."

Saya sangka beliau akan cari melalui sistem database seperti biasa. Sekali lagi kecewa bila beliau segera menjawab.

"Encik, buku tu dah habis stok, ada orang datang borong dalam jumlah yang banyak..."

Rasanya baru sangat buku (BSD) terbit. Siapakah hamba Allah yang menghabiskan stok? Sangat Misteri.


~~~

Syukur

Dengan penuh kekecewaan saya meninggalkan SACC. Runsing dengan apa yang dihajati tidak dapat. Perjalanan pulang ke rumah tumpangan saya terdetik untuk singgah di Masjid Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) untuk solat Jama' Zohor dan Asar.  Best datang sini, sebab nostalgia zaman belajar tiba-tiba muncul.

Dengan kuasa Dia, ya Rahman, ya Rahim.  Syukur kehadratNya, saya ditemukan dengan BSD disini.  Tak sangka Masjid Shah Alam ada gerai jualan, buku pun ada.  Lama benar saya tidak singgah ke sini.  Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa.  Sangat sesuai dengan tajuk buku Bersyukur Saat Diuji.  Baru sedikit ujian dah kecewa.  

Akhirnya "Bersyukur Saat Diuji" berada didalam gengaman.

InsyaAllah, selesai menjelajah bersama BSD saya akan review dalam blog ini.  Semoga dipermudahkanNya.  Jangan lupa, dapatkan buku Menyingkap Tirai Syukur - Faizal Mohamad Twontawi.


Gerai Jualan di Masjid Shah Alam. Kredit Gambar dari blog Roshaizulnizam


Ada bersama, Buku SMILE yang saya beli di MPH kerana kerana kecewa dengan BSD                



Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger