oIS2fYbWQ2DeA6S7iNSKMc-18dE

Buku Terbaru Untuk Di miliki

IKLAN BERBAYAR

Pengikut

Apesal Tak Baca?

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumlah Kunjungan

IKLAN BERBAYAR. BERMINAT? EMAIL: inersisham84@gmail.com

Jumaat, 27 April 2012

Keputusan Peperiksaan Akhir Mac 2012 Diploma UiTM

Semak Keputusan Peperiksaan Akhir Mac 2012 Diploma UiTM


Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Hari ini Keputusan Peperiksaan Akhir Mac 2012 bagi pelajar diploma UiTM diumumkan.  Pelajar-pelajar boleh semak melalui email atau student portal.  Bagi pelajar yang tidak dapat semak melalui email, pastikan adakah alamat email anda telah dikemaskini sebelum ini?  Bagi pelajar yang langsung tak boleh nak semak markah, mungkin tidak melakukan penilaian pensyarah SuFO sebelum ini.  Boleh rujuk dengan kaunter HEA kampus masing-masing.


Keputusan sebagai ujian

Apa jua keputusan anda, saya nak ucapkan tahniah.  Itu adalah hasil usaha anda sendiri dan hakikatnya, anugerah yang telah dikurniakan olehNya.  

Berjaya atau tidak?

Maksud berjaya sangat subjektif.  Sama seperti cantik, ia berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing.  Ada yang lulus dengan pointer bawah 2.50 dah rasa ok. Ada yang tidak mencapai pointer 4.00 dah rasa gagal. Kecewa.  Susah untuk menentukan siapa yang benar-benar berjaya atau tidak berjaya. 

Bagi UiTM kami telah menetapkan penanda aras kejayaan seorang pelajar berdasarkan STATUS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR dan PENILAIAN seperti berikut:

Dapatkan e-book Peraturan Akademik Percuma di laman hea. (Peraturan Akademik telah diberikan secara percuma semasa semua pelajar mendaftar, tak tahu korang simpan tak lagi?)

Namun, bagi saya keptusan yang anda semua dapat adalah ujian bagi seorang pelajar.  Ada hikmah yang tersembunyi disebalik ketupusan tersebut.  Berjaya pun ujian, gagal pun ujian.  Anda bertanggungjawab terhadap keputusan yang anda dapat.  Muhasabah kembali dengan apa yang anda dapat.  

Bagi yang berjaya dengan cemerlang atau meningkat dari keputusan lepas, bersyukur, kekalkan dan tingkatkan kejayaan anda dimasa hadapan.  Ia boleh mengelakkan anda menjadi riak dan bangga diri.  

Bagi yang gagal atau menurun berbanding semester lepas, semak semula apa yang telah anda lakukan sebelum ini.  Adakah anda betul-betul SMART dengan apa yang anda usahakan.  Jangan kecewa bagi yang telah berusaha tetapi gagal. Bagi yang langsung tidak berusaha, itu adalah HUKUMAN sebagai titik untuk anda berubah.

Bagaimana yang keputusan mereka yang sama sahaja setiap semester?  Tidak menurun, tidak pula meningkat?  Berdasarkan kajian yang pernah saya baca, pelajar jenis ini berjaya mengekalkan motivasi belajar pada tahap yang sama.  Apa yang perlu anda buat? tingkatkan motivasi belajar.  

Sebab, mungkin tahap anda sama, cuma faktor motivasi yang membezakan.

Nostalgia


Bila tengok komen-komen di group fb rakan hea uitm kelantan, Terkenang zaman saya belajar di UiTM Shah Alam 8 tahun lepas.  Kami tidak boleh semak melalui email, atau laman web (student portal) seperti pelajar sekarang.  Keputusan akan dihantar terus ke rumah dan satu keluarga boleh tengok.  Tak boleh tipu-tipu.  Bila dah sampai dirumah, semua pakat sms tanya keputusan masing-masing.  Dipenghujung pengajian saya, baru diperkenalkan sistem semakan secara online di laman web (student portal). 

Jauh bezanya, pelajar dulu dan sekarang!

Sekarang semuanya segera.  Selain semakan keputusan peperiksaan, dulu pendaftaran kursus bagi pelajar lama terlalu banyak birokrasi, sekarang semua 'online'. Kami, terpaksa buat pendaftaran kursus secara manual di kaunter.  Tersalah tulis kod kursus dalam borang alamatnya tak adalah kod kursus bagi semester tersebut.  
`
Apa ertinya semua ni?

Kehidupan kita semakin cepat.    Disebalik anda semua bergembira, Baca sini jugak:Salam takziah buat sahabat.

Apa perasaan anda dengan keputusan hari ini?

"Kejayaan adalah suatu perjalanan bukannya suatu destinasi "

Motivasi Harian Penjana Aura Positif <<sama-sama kita memotivasikan diri untuk meneruskan pejuangan hidup.  Klik untuk dapatkan kata-katan motivasi dan semangat.  Tq Asraf53 likes · 10 talking about this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger