oIS2fYbWQ2DeA6S7iNSKMc-18dE

Buku Terbaru Untuk Di miliki

IKLAN BERBAYAR

Pengikut

Apesal Tak Baca?

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumlah Kunjungan

IKLAN BERBAYAR. BERMINAT? EMAIL: inersisham84@gmail.com

Selasa, 28 Februari 2012

Kata-Kata Hikmah Perjalanan | LAO TZE

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

Penat! itu saja perkataan yang dapat menggambarkan diri saya saat artikel ini ditaip.  Tapi gagahkan juga sebelum melelapkan mata.  Dah menghampiri  8 hari saya tiada dirumah.  Cuma sempat singgah sehari untuk tidur sebentar sebelum menyambung semlua aktiviti 'Traveling" demi menjalankan tugas.


Kenapa saya masih mengadap laptop sekarang?  Baik terus baring dan tenangkan minda dan badan dengan terapi semula jadi. Tidur? 


Tidak! saya dah tetapkan untuk meluangkan masa untuk saljuhumairah sekurang-kurangnya 15minit sehari.  Selebih-lebihnya 2 jam atau unlimited time sekiranya ada ruang masa.  


Kenapa ye? Jawapannya mudah.  Dengan blogging, semua urusan harian yang menyebabkan "stress" dapat dihilingkan dengan mudah.  Kalau tak menaip pun saya dapat membaca blog rakan-rakan dan review apa yang menarik.  Memang hilang stress... setiap kita punya hobi dan minat masing-masing kan???


Kenapa tak tengok tv? saya memang tak minat tengok tv... Tambah-tambah cerita yang menipu.  Tapi kalau ada rancangan yang sesuai dengan jiwa saya, tengok jugak.  Tambah-tambah filem P. Ramlee...


PERJALANAN YANG AMAT PANJANG


Balik kepada cerita penat.  8 hari lepas saya terbang ke Bandar Kuching, Sarawak bumi kenyalang menghadiri bengkel UiTM.  Setelah 4 hari penuh dengan aktiviti bengkel saya pulang ke Semenanjung.  Keesokan pagi, tanpa rehat yang sebetul-betul rehat saya bergerak ke Kota Bharu untuk program Karnival Pengajian Tinggi "Jom Masuk U" anjuran Kementerian Pengajian Tinggi.  

Sampai rumah lewat malam kerana ada majlis dinner kolej Tun Abdul Razak.  Dinner yang santai dan lain dari yang lain.  Terbaik! Bagun pagi hari keesokannya dalam keadaan letih.  Masuk pejabat sekejap siapkan apa yang segera terus memandu ke Dungun, Terengganu untuk lawatan penanda arasan dan sekarang baru sampai.  Rehat sebentar dan habiskan 1jam depan laptop.  


Terasa, penat amat.  Erm... pasti ada hikmah. Ok lah.  mata dah tak boleh nak terbukak. Kalau nak diikutkan banyak sangat nak dikongsikan sepanjang perjalan.  Tapi nanti lah..buat entry berasikan bersama-sama gambar yang sempat saya snap. Selamat malam..semua zzzzzz........ Teringat kata-kata hikmah seorang yang terkenal untuk dikongsikan bersama:


"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." 

~Lao Tze


Sumber gambar: google.
Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger