Followers

Fan Page Facebook

Tuesday, January 31, 2012

ACT 2012 UiTM | Kata Kata Hikmah @ UiTM | Amanah

Assalmualaikum wbt & Salam Sejahtera.  Tahun ini saya rasa sangat bertuah kerana dapat menghadiri Taklimat Perutusan Amanat Tahun Baru 2012 UiTM oleh Naib  Canselor UiTM. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc. Tema kali ini adalah 'Tranformation Academic'.


Pelbagai perancangan dan strategi bagi pembangunan UiTM dan perjuangan MDAB - Mengubah Destini Anak Bangsa dismpaikan dengan penuh semangat.  Taklimat ini juga disampaikan secara live dari Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alm Ke seluruh sistem kampus-kampus UiTM melalui teknologi 'Tele-Confrence'.  Bermakna, semua warga UiTM seluruh negara berhimpun serentak untuk bersama-sama mendengar amanat boss besar VC. Tahniah untuk bahagian InfoTech.


Sempena amant ini juga, sebuah buku dilancarkan sebagai panduan kepada warga UiTM iaitu NILAI & ETIKA WARGA Universiti Teknologi Mara. Objektif penerbitan buku ini adalah bagi menjadikan UiTM berintegriti tinggi sesuai dengan Dasar Integriti UiTM, iaitu; UiTM beriltixa membudayakan pengurusan yang beritegriti dan berakauntabiliti ke arah menjafi Universiti Bertaraf Duna dan Dasar Pembangunan Pelajar UiTM, iaitu; Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama.


Buku ini menyenaraikan 10 Nilai dan Etika dalam 7 prinsip Budaya Perdana oleh Warga UiTM dan saya amat tertarik dengan nilai pertama iaiti; AMANAH.  Warga UiTM yang amanah ialah warga yang mendukug tanggungjawab di dalam bertindak dan berperilaku pelaksanaan tugas dengan amalan yang terbaik serta menggunakan sepenuh keupayaan, potensi dan berhemah bagi mencapai objektif perkara tersebut.


"Wahai oran-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasulnya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)". (Al-Anfal: 37)


p/s: semoga UiTM terus berkembang maju dalam memperjuangkan umat Islam di Malaysia. Kita adalah kita. Di dalam kita ada kita dan ada semua.


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 Mempunyai Kelembutan Hati:

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger