Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 20, 2011

Antara Apple iPad2 iPad 2 iOS5 & Samsung Galaxy Tab 10.1 Android 3.1 Honeycomb.

Saya merancang untuk memiliki gadget yang membantu melakukan kerja sewaktu traveling ke mesyuarat atau seminar.  Penggunaan laptop sangat tidak releven dengan situasi yang saya hadapi sekarang.
Lewat ini banyak sangat gadget yang bersaing di pasaran dan trend harga serta fungsi berbentuk menurun.  Makin lama harga gadget makin murah.  Dan, fungsinya juga turut bertambah.   Iklan sikit.  SERTCadalah platform penjualan gadget tempatan yang berdaftar dengan SSM.  Mereka sangat aktif mengemaskini gadget-gadget terkini. Klik SERTCuntuk maklumat lanjut.
Sambung artikel.

Saya tidak berminat dengan "smart phone" yang banyak digunakan kebanyakan blogger.  Kalau ikutkan hati, memang nak "smart phone", tapi situasi tugas saya memerlukan handphone yang tahan lasak dari segi batery dan user friendly.  Cukup sekadar NOKIA 1202 yang mampu bertahan selama 3 hari.

DOMAIN PERCUMA untuk 10,000 Peserta Pertama Program GMBO | Usahasama Google Malaysia dan SKMM

Tengok tak berita TV3 petang tadi?
Peluang menarik untuk semua blogger-blogger tegar yang menjalankan perniagaan online.  Google Malaysia dengan usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menawarkan pakej membina laman web percuma lebih mudah dari blogspot melalui program "Get Malaysia Business Online" (GMBO).

Tahniah Malaysia menang pingat emas Sukan SEA | Video Sepakan Penalti

Tahniah buat 'team' Harimau Muda Malaysia.  Walaupun nampak susah bagi skuad negara untuk menjaringkan gol dengan pelbagai cubaan mereka masih boleh betahan.
Pasukan Indonesia juga menunjukkan persembahan yang menarik.
Tak banyak saya nak ulas, cuma perlawanan tadi sangat mendebarkan sampai ke penalti.  Malaysia sangat beruntung mempunyai penjaga gol yang hebat.  Khairul Fahmi Che Mat.
Jom kita tengok ulangan Sepakan Penalti Malaysia 4-3 Indonesia Final Sea Games 2011



Mengapa Perlu Ada Hari Akhirat? | Syurga Itu Benar | Majalah Solusi 38

Tadi saya menerima bekalan Majalah Solusi Isu terkini iaitu 38Majalah Gen-Q pun ada.  Siap untuk diedarkan ke kedai-kedai yang melanggan.
Sebelum menjual, kena baca dulu.  Kalau tidak, maksud untuk membantu menyebarkan ilmu tidak tercapai jika diri sendiri tidak ditarbiah.
"Mengapa Perlu Ada Hari Akhirat?"
Persoalannya, mengapa Allah tidak menegakkan keadilan dan menunjukkan kekuasaan di dunia lagi? Mengapa orang yang meninggalkan perintah Allah tidak mendapat pembalasan tunai (serta-merta)? Mengapa pula orang yang melakukan kebaikan tidak mendapat ganjaran segera? Mengapa perlu ada penangguhan?  Dalam banyak-banyak artikel yang paling menarik dalam Majalah Solusi Isu 38, ini yang menjadi pilihan. Tajuk yang menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan.  Sedikit petikan pendahuluan daripada artikel ini: Semua manusia tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun percaya kepada kehidupan selepas mati.  Masyarakat Mesir kuno misalnya, percaya ada hidup sudsah mati dan kepercaya…

Restoran Pizza Hut di Tanah Merah | Betul ke?

Lapan Jam perjalanan dengan bas ekspres sangat penat dan membosankan berbanding memandu sendiri.  Walaupun kita sekadar duduk sahaja seolah-olah berehat tetapi kita tidak bebas.  Memandu sendiri saya bebas berhenti dimana-mana dan bergerak melakukan sedikit regangan urat-urat yang tegang semasa memandu.
Akibatnya, saya tidur sepanjang perjalanan.  Nak membaca kepala pening dengan jalan yang bengkang-bengkok.  Tidak seperti Highway Plus, lurus jer....

Saya menaiki bas SHAMISAH HOLIDAY dari Jitra pukul 9.00pagi dan sampai di Tanah Merah tepat jam 5.00 petang.  Turun dari bas dengan bermata merah kerana terlebih tidur.  Rasa seolah-olah semua orang di stesen bas memerhati gelagat saya.  Selamat rambut botak.  Kalau tidak, mesti dah serabai macam nenek kebayan. (sedangkan tak ada orang pun yang pandang.  Perasan saja lebih)
Perut sangat lapar.  Bayangkan 8 jam perjalanan, baru bangun tidur pulak.  
Dalam keadaan mamai saya melangkah longlai mengheret selipar jepun.  Sreeettt....sreett...…

Kata-kata hikmah @Saljuhumairah | Lombong Emas

Kata-kata hikmah merupakan kata-kata yang memberikan motivasi yang tinggi sekiranya kita menghayatinya sepenuh jiwa.  
Setiap kita akan menafsirkan setiap kata-kata hikmah mengikut kefahaman diri kita sendiri.  Iaitu berdasarkan sejauh mana kita mengenali siapa diri kita.
Kata-kata hikmah untuk minggu ini ada berkaitan lombong emas.

"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan."
Gambar ini diambil di Cameron Highland.