Followers

Fan Page Facebook

Tuesday, November 29, 2011

Tutorial Cara Nak Letak "Read More" untuk Blogspot

Salam,

Petang kelmarin saya mencari-cari dari blog ke blog untuk mendapatkan 'coding' "read more" bagi blogspot.  Kerana kebanyakan tutorial adalah untuk wordpress.

Penat saya meng"google".  Ada pelbagai kaedah untuk letak 'coding' tersebut.  Setiap kali cuba pasti error.  Lastly, jumpa jugak.  Rupanya dalam page new post jer.  Hampeh betul.  Blogger dah memudahkan semua fungsinya.  Cuma diri sendiri yang malas nak 'explore'.


Hidup Tanpa Telefon Bimbint, Bolehkah?

Saya terdetik ingin mempersoalkan isu ini setelah membaca artikel yang di tulis oleh Saudara Anan Zuhid Saidin.  Artikel yang diterbikan didalam Majalah Solusi Isu 36 m/s 62 ini membicarakan secara terbuka teknologi yang menjadi keperluan kita.

Berkorban Apa Saja | Ariffshah.com | bloglist

Beberapa hari lepas saya meninggalkan komen di ikon blog popular Malaysia ariffshah.com.  Mamat ni memang popular dikalangan blogger tempatan walaupun di sendiri tinggal di luar negara. Siapa yang tak kenal beliau? Apa lagi? klik sini: ariffshah.com


Paling terkini beliau ditemuramah oleh akhbar cina tempatan.  Wah! orang cina pun baca blog dia.  Beliau lebih menekankan kandungan blog dan selebihnya fokus kepada teknik pemasaran.  Teknik SEO beliau juga hebat. Klik sini pasal cerita beliau di temuramah oleh akhbar cina.
Balik kepada komen yang saya pernah tinggalkan di blog dia.  

Memandangkan traffik blog ariffshah.com sangat tinggi, saya mendapat kunjungan ramai sejurus memberikan komen.  Namun, banyak blogger yang singgah merungut tentang malware.  Saya cuba search di google blog saljuhumairah.

Friday, November 25, 2011

Antara Apple iPad2 iPad 2 iOS5 & Samsung Galaxy Tab 10.1 Android 3.1 Honeycomb.

Saya merancang untuk memiliki gadget yang membantu melakukan kerja sewaktu traveling ke mesyuarat atau seminar.  Penggunaan laptop sangat tidak releven dengan situasi yang saya hadapi sekarang.

Lewat ini banyak sangat gadget yang bersaing di pasaran dan trend harga serta fungsi berbentuk menurun.  Makin lama harga gadget makin murah.  Dan, fungsinya juga turut bertambah.  
Sumber Maklumat Gadget Terkini. SERTC

Iklan sikit.  SERTC adalah platform penjualan gadget tempatan yang berdaftar dengan SSM.  Mereka sangat aktif mengemaskini gadget-gadget terkini. Klik SERTC untuk maklumat lanjut.
Sambung artikel.

Saya tidak berminat dengan "smart phone" yang banyak digunakan kebanyakan blogger.  Kalau ikutkan hati, memang nak "smart phone", tapi situasi tugas saya memerlukan handphone yang tahan lasak dari segi batery dan user friendly.  Cukup sekadar NOKIA 1202 yang mampu bertahan selama 3 hari.

Wednesday, November 23, 2011

DOMAIN PERCUMA untuk 10,000 Peserta Pertama Program GMBO | Usahasama Google Malaysia dan SKMM

Tengok tak berita TV3 petang tadi?

Peluang menarik untuk semua blogger-blogger tegar yang menjalankan perniagaan online.  Google Malaysia dengan usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menawarkan pakej membina laman web percuma lebih mudah dari blogspot melalui program "Get Malaysia Business Online" (GMBO).

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Malaysia menang pingat emas Sukan SEA | Video Sepakan Penalti

Tahniah buat 'team' Harimau Muda Malaysia.  Walaupun nampak susah bagi skuad negara untuk menjaringkan gol dengan pelbagai cubaan mereka masih boleh betahan.

Pasukan Indonesia juga menunjukkan persembahan yang menarik.

Tak banyak saya nak ulas, cuma perlawanan tadi sangat mendebarkan sampai ke penalti.  Malaysia sangat beruntung mempunyai penjaga gol yang hebat.  Khairul Fahmi Che Mat.





Monday, November 21, 2011

Mengapa Perlu Ada Hari Akhirat? | Syurga Itu Benar | Majalah Solusi 38

Tadi saya menerima bekalan Majalah Solusi Isu terkini iaitu 38Majalah Gen-Q pun ada.  Siap untuk diedarkan ke kedai-kedai yang melanggan.

Sebelum menjual, kena baca dulu.  Kalau tidak, maksud untuk membantu menyebarkan ilmu tidak tercapai jika diri sendiri tidak ditarbiah.


Persoalannya, mengapa Allah tidak menegakkan keadilan dan menunjukkan kekuasaan di dunia lagi? Mengapa orang yang meninggalkan perintah Allah tidak mendapat pembalasan tunai (serta-merta)? Mengapa pula orang yang melakukan kebaikan tidak mendapat ganjaran segera? Mengapa perlu ada penangguhan? 
Dalam banyak-banyak artikel yang paling menarik dalam Majalah Solusi Isu 38, ini yang menjadi pilihan. Tajuk yang menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan. 
Sedikit petikan pendahuluan daripada artikel ini: 
Semua manusia tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun percaya kepada kehidupan selepas mati.  Masyarakat Mesir kuno misalnya, percaya ada hidup sudsah mati dan kepercayaan inilah yang menyebabkan mereka mengawet mayat sebagai persediaan menghadapinya.  Itulah sebabnya penemuan arkeologi mendapati wujud mumia dari tamadun Mesir kuno.  
Orang Hindu pula percaya akan kehidupan selepas mati dan "penjelmaan semula" (reincarnation).  Begitu juga penganut Buddha, mereka percaya akan nirwana setelah melalui pelbagai ujian dan kesengsaraan hidup.  Penganut agama Nasrani dan Yahudi juga percaya kepada kehidupan akhirat, kewujudan syurga dan neraka.
Lebih-lebih lagi bagi orang Islam, kepercayaan terhadap hari Akhirat diperkukuhkan dengan hujah aqli dan naqli yang kuat dan tepat. Tegasnya, percaya kepada hari akhirat adalah fitrah setiap manusia yang beragama. 
Bersambung...... 
 Artikel ini ditulis oleh  Pahrol Mohamad Juoi
Ketua Editor Majalah Solusi Terbitan Telaga Biru 
 
Dapatkan segera Majalah Solusi Isu 38 | Syurga Itu Benar | dengan harga Istimewa
Hubungi : Hisham | 010-9280356
Atau Email | inersisham84@gmail.com

Majalah  Solusi Isu 38

Restoran Pizza Hut di Tanah Merah | Betul ke?

Lapan Jam perjalanan dengan bas ekspres sangat penat dan membosankan berbanding memandu sendiri.  Walaupun kita sekadar duduk sahaja seolah-olah berehat tetapi kita tidak bebas.  Memandu sendiri saya bebas berhenti dimana-mana dan bergerak melakukan sedikit regangan urat-urat yang tegang semasa memandu.

Akibatnya, saya tidur sepanjang perjalanan.  Nak membaca kepala pening dengan jalan yang bengkang-bengkok.  Tidak seperti Highway Plus, lurus jer....


Saya menaiki bas SHAMISAH HOLIDAY dari Jitra pukul 9.00pagi dan sampai di Tanah Merah tepat jam 5.00 petang.  Turun dari bas dengan bermata merah kerana terlebih tidur.  Rasa seolah-olah semua orang di stesen bas memerhati gelagat saya.  Selamat rambut botak.  Kalau tidak, mesti dah serabai macam nenek kebayan. (sedangkan tak ada orang pun yang pandang.  Perasan saja lebih)

Perut sangat lapar.  Bayangkan 8 jam perjalanan, baru bangun tidur pulak.  

Dalam keadaan mamai saya melangkah longlai mengheret selipar jepun.  Sreeettt....sreett...sreett.... saya melintas jalan lalu ikut belakang stesen bas Tanah Merah dengan penuh perasaan malas dan mengantuk.  Tapi perut lapar.

Tiba-tiba mata terbeliak.  

Pizza Hut Tanah Merah
Macam tak percaya.  "Bila masa pulak Pizza Hut ada di Tanah Merah ni?" berbicara dengan hati memang satu hobi.  Bercakap sorang-sorang pun ia jugak.  Mana boleh macam ni.  Perut dah lama mendendangkan lagu keroncong untuk ana...

Pizza Hut Tanah Merah dari hadapan jalan
Saya mengatur langkah dengan penuh keyakinan.  Kelajuan bertambah 20km/h.

Pizza Hut Tanah Merah dari bahagian tepi | Parkir kena bayar
Semakin dekat dengan Restoran perut saya semakin bergelegak.  Meronta-ronta untuk diisi.
"please... please...please..." ia menjerit meminta pertolongan kerana tidak tertahan dengan rembesan asid bercampur dengan angin... (perut kosong).

Pizza Hut Tanah Merah | Melihat dengan hati yang hampa dan kecewa
Setibanya dihadapan Restoran Pizza Hut hati yang melonjak tiba-tiba bermuram durja.  Perasaan gembira bertukar sebak serta-merta.  Kecewa yang tidak terkata bila melihat kakitangannya sedang mengecat dinding.

Kaunter order kelihat kosong dari luar.  Hati yang penuh dengan bunga-bunga tadi hangus terbakar.  Harapan hanyalah khayalan.

Pizza Hut Tanah Merah | "Harap signboard jer besar" tapi dalam apa pun talak.  
Saya melangkah pergi dengan sambil buat-buat 'snap' gambar dengan handphone Sony Ericsson cabuk. Bagi mengelakkan orang ramai tahu yang saya sedang malu sendiri.  

Dalam hati, Tuhan saja yang tahu.  

"Wah Tanah Merah dan ada Restoran Pizza Hut.  Boleh la datang nanti dengan famly" ayat cover malu tersembur dari mulut dengan serta merta.  

Restoran Pizza Hut Tanah Merah | Jalan Chempaka
p/s:  Pesanan untuk semua, kawal perasaan anda dalam keadaan lapar.  Jika anda tidak mahu kecewa dengan harapan-harapan palsu.

Nanti, pelajar-pelajar UiTM Machang tak perlu la pergi ke Kota Bharu lagi untuk "celebrate" birthday party.  Kalau tidak, KFC Machang jer.....

Ini bukan entry promote, tapi entry luahan perasaan sementara menunggu Pije datang jemput.  Akhirnya tertidur jugak atas kerusi batu depan setesen bas setelah kecewa.  


Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Sunday, November 20, 2011

Kata-kata hikmah @Saljuhumairah | Lombong Emas

Kata-kata hikmah merupakan kata-kata yang memberikan motivasi yang tinggi sekiranya kita menghayatinya sepenuh jiwa.  

Setiap kita akan menafsirkan setiap kata-kata hikmah mengikut kefahaman diri kita sendiri.  Iaitu berdasarkan sejauh mana kita mengenali siapa diri kita.

Kata-kata hikmah untuk minggu ini ada berkaitan lombong emas.


"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan."
Gambar : http://saljuhumairah.blogspot.com

Gambar ini diambil di Cameron Highland.  


Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Friday, November 18, 2011

Kata-kata Hikmah Hamka | Mendidik adab dan sopan anak

Kata Hukama,” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan”. (Hamka)

Bunga Matahari Cameron Highland

Gambar bunga matahari ini saya 'snap' berhampiran salah sebuah gerai menjual buah 'strawberry' yang selalu saya berhenti.  Ia diambil sewaktu pulang ke Perak melalui Jalan Cameron Highland dari Gua Musang ke Simpang Pulai.  Jalan yang paling dekat untuk pulang ke kampung Gunung Semanggol Perak.

Gambar yang menyimpan seribu kenangan sentiasa mekar dihati.  Jangan anggap saya ni 'Mat Bunga' pulak.  Jiwa seni yang mengalir dalam diri ini menzahirkan kehalusan dan ketulusan.  Wah masuk bakul angkat sendiri!

Dah mula nak merapu.

Balik kepada kata-kata hikmah daripada hamka diatas, ia mengingatkan saya dengan buah hati pengarang jantung Husna Umaira.  Kami sentiasa berjauhan dimata.  Terasa tanggungjawab mendidiknya diabaikan. 

Ia menjelaskan bahawa mengasuh adab dan sopan anak perlulah bermula dari beliau kecil lagi. Sewaktu hatinya masih putih dan bersih.  Sebelum ia dirosakkan oleh kekotoran dan debu yang sukar untuk dicuci bila beliau sudah membesar. 

Bila berjauhan, rindu yang amat sangat seolah-olah menusuk kejantung hati.

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Wednesday, November 16, 2011

Wednesday Wordless


p/s: Berlaku dalam bulan Ramadhan lepas. Lagi dua minggu nak raya.

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Tuesday, November 15, 2011

Buat Duit Internet Hanyalah Kisah Dogeng Blogger

Kepada blogger-blogger yang mengaku jutawan tolonglah saya tunjukkan bukti kebenaran 'buat duit' secara onlineBoleh ke dapat duit hanya lepak depan komputer? Berapa sen la sangat yang korang dapat dengan 'buat duit' secara online

Mana boleh kaya kalau tak bekerja.  Apalah blogger-blogger tegar yang perasan jutawan buat menghabiskan masa dan duit bayar line stremyx, P1, broadband, dan lain-lain setiap bulan.  Lebih baik korang pergi menoreh getah.  Getah tu walaupun busuk tapi boleh bertukar kepada duit beb!

Teruk kan! Sampai tahap macam tu sekali saya mencemuh blogger-blogger yang memilih blogging sebagai kerjaya.


Macam tu lah persepsi saya sewaktu mula berkenalan dengan dunia blog.  Pandangan saya hanya tertumpu kepada blogger-blogger yang bercerita mereka bekerja goyang kaki depan PC melayari internet berjam-jam setiap hari untuk 'buat duit' secara online.
buat duit online
Berdasarkan akal yang cetek ini, cepat betul saya 'condemn' usahawan-usahawan yang berusaha mencari rezeki halal melalui internet. Walaupun ramai juga yang menipu.

Saya hanya menganggap ia hanyalah cerita-cerita dogeng yang menjadi mitos purbakala yang dikarang sebaik mungkin untuk menipu.  Sedetik pun tidak melihat dari sudut positif.  Tambahan pulan 5 tahun lepas, banyak penipuan berlaku di internet.  Banyak skim cepat kaya yang telah merugikan ramai rakyat Malaysia.

Rupa-rupaanya, ia adalah batu loncatan untuk saya belajar mendalami ilmu 'blog' seterusnya menjana pendapatan melalui internet.  Perasaan tidak percaya sedikit demi sedikit hilang dalam hati.  Pecerahan demi pencerahan terpancar.

Dan, nampaknya semakin pudar.

Rasa lega dihati, walaupun sesi perkenalan dengan dunia 'blog' melalui proses yang penuh dengan perasaan negatif dalam lubuk hati rupanya membuka ruang yang lebih luas untuk saya menjana pendapatan sampingan melalui internet.

Pengalaman pertama saya hanyalah berjaya mendapatkan RM180.00 dimasukkan ke dalam akaun melalui satu syarikat pengiklanan tempatan.  Ia sudah cukup membuktikan kepada saya 'buat duit' secara online bukan sekadar dongengan purbakala blogger.  Mereka bukan menipu.

Seterusnya hati ini tenggelam dan jatuh cinta dengan dunia blog.  Saya mengorak langkah yang lebih jauh lagi dengan mendalami ilmu pemasaran internet.  Yang paling terkini, saya memberanikan diri meceburi perniagaan produk fizikal melalui internet melalui kaedah 'dropship'.

Saya tidak akan berpaling lagi dan saya memohon maaf kepada blogger-blogger yang pernah saya kutuk dulu.  Bersama-sama kita memerangi skim cepat kaya yang memburukkan industri perniagaan internet tanah air.  Jangan sampai negara kita menjadi tempat skim cepat kaya bermaharajalela.  Jangan biarkan orang anggap kita sebahagian dari kisah dongeng semata-mata.

p/s: saya terbitkan artikel ini dalam blog peribadi saya di saljuhumairah.
Blogging hanyalah satu cara @ kaedah bagi proses menjana pendapatan sampingan secara "online".

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Thursday, November 10, 2011

7 Petua Ringkas untuk pelajar

7 Tips ringkas untuk pelajar untuk dikongsikan.

Klik link dibawah.

Quick Tips Effective Study



Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Thursday, November 3, 2011

Kata-kata Hikmah Hamka | Senyuman Ikhlas & Sejati

Buah Strawberi yang sempat ditangkap sebelum habis ditelan.  Gambar yang diambil di puncak Cameron Highland ini menyimpan seribu makna sewaktu perjalan pulang ke Kampung bersama dengan isteri yang sarat mengandung.
Setiap kali pulang ke kampung bersama isteri, kami pasti singgah di gerai menjual buah strawberi.  Sebabnya, saya terpaksa mengambil laluan Cameron Highland dari Gua Musang ke Simpang Pulai.  Jalan yang paling dekat untuk ke negeri Perak.  

Banyak gambar-gambar yang saya sempat 'capture' untuk disimpan sebagai kenangan.  Kebanyakannya gambar buah dan bunga-bunga yang jarang dijumpai ditempat lain.  InsyaAllah, nanti saya akan post dalam blog ini untuk dikongsikan bersama. 

Dah melalut ke Cameron pulak.  'Entry' kali ini adalah sekadar berkongsi kata-kata hikmah dari seorang Ulama' tekenal dari Indonesia.

Kata-kata Hikmah merupakan makanan rohani yang sangat saya perlukan sebagai motivasi bagi meneruskan kelangsungan hidup yang penuh dengan cabaran ini.  Banyak 'posting' yang saya 'highlight' berkaitan dengan kata-kata hikmah yang melibatkan seorang pendakwah lagenda iaitu Hamka.

Nusantara khususnya sangat menyanjungi ulama' besar ini.  Gelaran Hamka adalah merujuk kepada singkatan bagi nama penuh beliau iaitu Haji Abdul Malik Karim Amrullah.  Beliau dilahirkan di Kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908 - 24 Julai 1981.  Beliau terkenal sebagai seorang pendakwah dan penulis di Indonesia dan Malaysia.

Kata-kata Hikmah ini sungguh memberi kesan mendalam ke lubuk hati sanubari ini.  Ia membuatkan ledakan perasaan 'rindu' yang sukar untuk dibendung.

"Ikhlas dan Sejati akan bertembung di dalam senyuman anak kecil, senyuman yang sebenarnya senyumSenyum yang tidak disertai apa-apa" (Hamka)

Tiba-tiba teringat lagu penyanyi rap tempatan Malique "senyum...tak perlu kata apa-apa" yang ditujukan khas untuk anaknya. 

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Wednesday, November 2, 2011

Kakitangan Kerajaan Perlu Simpan Emas


"Kini emas boleh diniagakan pada harga yang tinggi dan walau apa pun yang berlaku niali emas tidak pernah susut" ~ Majid Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur



Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Tuesday, November 1, 2011

Harga Luar Biasa Majalah Solusi | Balasan kepada peminat setia

Sedar tak sedar sudah dua tahun lebih Majalah kesayangan ramai ini diterbitkan dalam pasaran majalah tempatan khususnya dan antarabangsa amnya.  Majalah SOLUSI yang bermotifkan Panduan Hidup Bersyariat mengutamakan  Motivasi dan asas Fardu Ain tidak pernah lari dari landasannya pada setiap pada keluaran setakat ini.  


Isu-isu yang diterbitkan tidak mengikut bulan tetapi berdasarkan nombor keluaran menjadikan ia unik dan 'relevant'  dibaca tanpa perlu mengikut urutan isu sama ada dari isu pertama sehingga yang terkini.  Tidak hairanlah jika kita perasan ia sentiasa berada di pasaran dari isu terkini sehingga isu-isu sebelumnya.

Majalah SOLUSI juga menjadi medium pusat pengumpulan penulis-penulis terkenal yang mempunyai kredibiliti dalam bidang masing-masing menjadikan ia sumber ilmu yang berkualiti.  Artikel-artikel yang di hasilkan berjaya dihubungkaitkan  antara satu sama lain mengikut isu se olah-olah ada pertalian di antara mereka sehingga menjadikan ia pusat 'hub' ilmu tanpa perlu kita meraba-raba mencari sumber.  Sumber yang lain juga perlu, tetapi kita boleh sama ertikan sebagai sebuah "hipermarket" yang mempunyai pelbagai pilihan.  

Ia  telah berjaya menambat hati para pembaca dimana semakin hari semakin bertambah jumlah pembaca dari segenap lapisan masyarakat.  Buktinya, di pejabat saya sendiri budaya membaca majalah solusi bertambah meluas.  Kelibat majalah ini juga kelihat di rumah rakan-rakan dan saudara mara yang saya kunjungi.  Tidak keterlaluan saya menyatakan ada peminat setianya tidak sabar menunggu setiap bulan.

Namun, mulai beberapa isu lepas harga solusi telah dinaikkan daripada RM9.00 kepada RM10.00 oleh pihak pengurusan.  Adakah tindakan ini sejajar dengan kenaikan harga barang dipasaran? Adakah pihak penerbitan berasa cukup selesa dengan fenomena yang tercipta dalam pasaran majalah negara? Adakah ini balasan penghargaan kepada setia yang ramai?

Pelbagai persoalan bermain di dalam minda ini.  Semua bisikan-bisikan tiada satu pun yang menyatakan kebenaran kepada persoalan-persoalan yang timbul.  Semua persepsi negatif tersebut timbul hasil pengaruh emosi dan nafsu semata-mata.  Dengan bahasa yang lebih mudah, ia hanya mainan perasaan was-was hasutan syaitan.  

Kenaikan harga Majalah Solusi bukanlah perkara pokok yang perlu dipersoalkan.  Harga baru tersebut langsung tidak dapat dibandingkan dengan nilai ilmu yang dikandungnya.  Ia adalah harga yang luar biasa Istimewa!  Sengan bersesuaian dengan ketandusan jiwa masyarakat yang dihimpit dengan budaya "hedonism" setiap masa baik di luar dan dalam rumah.  

Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan nilai RM1.00 bahan picisan, fitnah, "hedonism", dll yang langsung tidak memberi manfaat kepada masyarakat dunia dan akhirat.  Malah, nilai RM10.00 Majalah Solusi tersebut langsung tidak mampu menandingi isi kandungannya.  Perananya sangat penting sebagai medium tarbiah dan dakwah terbaik bagi membangunkan jiwa masyarakat yang kontang seperti saya yang jahil ini.  Hargailah ia, sebagai sumber ilmu ditengah-tengah kesibukan dunia bagi mendidik jiwa dan melahirkan generasi yang tidak mudah terpedaya dengan dunia dan isinya.

Pandangan jahil dari insan yang kecil.

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger