Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 16, 2011

Review Blog Hari Ini | Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan

Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan (KRTS) | Blog ni dah lama wujud, bermula February 2011 lagi. Prof. Kamil Ibrahim seorang bekas pensyarah UiTM.  Sekadarang telah berpindah ke Madinah.  Memang impian beliau hendak tinggal di sana.  Terasa cemburu, kerana saya juga salah seorang rakan sekerja beliau walaupun berada jauh di Cawangan Machang. 
Beliau sangat terkenal setelah menulis buku 'Best Seller' Travelog Haji. (Rujuk entry saya berkenaan buku ini Travelog Haji + VCD | Muhd Kamil Ibrahim ) Penulisan beliau berjaya membangunkan jiwa yang jahil seperti saya.  Kepada yang masih belum membaca buku ini, dapatkan segera dipasaran kedai-kedai buku yang bersepah.  Buku tersebut di keluarkan oleh PTS Publication. 
Setakat hari ini, saya tak pernah terlepas membaca setiap artikel beliau dalam Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan (KRTS) selagi ada internet.  Beliau menjadikan KRTS sebagai medium untuk beliau berdakwah dan memberi motivasi kepada masyarakat dan khususnya orang yang jahil …

Pakar-pakar Internet | Tolong Saya

Malam yang sejuk.  Kelantan dah tiba waktunya hujan melimapah tanpa hentinya.  Nyamuk-nyamuk muncul seakan datang berpesta.  Tidak di dijemput tetapi tiba juga....

Tak ada apa yang hendak dikongsikan bersama malam ini.  Hanya permohonan bantuan kepada pakar-pakar internet.  Hasil carian blog saljuhumairah.blogspot.com ada tertulis "Warning: Dangerous Download" dalam enjin pencari yahoo.com

Hasil cariaan dalam google.com ok jer. Ada masalah dengan 'coding' atau tersalah instal apa-apa?

Mohon jalan penyelesaian.






Jangan Biarkan Dosa Bersarang di Facebook | Majalah Solusi 37

Jangan Biarkan Dosa Bersarang di Facebook.
Artikel paling menarik untuk Majalah SOLUSI kali ini. Artikel yang menjadi peringatan kepada saya sendiri dan panduan kepada kita semua.
Ia ditulis oleh Penasihat & Konsultan Syariah terkenal tanah air. Dr. Zaharuddin Abd. Rahman yang menggunakan platform web blog sebagai saluran dakwah.  zaharuddin.net.   
Perlakuan dan perbuatan melalui Facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak.  Namun pada kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara sahaja iaitu:
Mendedahkan Keaiban Suami atau Isteri.Terlebih Gambar. (inginkan pujian terhadap kecantikannya.)Penyamaran.Muat Turun Gambar untuk Simpanan dan Tatapan.Tagging Gambar Tanpa Izin dan Gambar Silam yang Membuka Aurat. (penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana berada di dalam rumah)Mengutuk Diri Sendiri dan Kebaikan Diri.Kesimpulan.  Itulah Facebook.  Facebook boleh menjadi sumber pahala jika digunakan dengan betul, malah boleh menjadi penyebab azab jika digunakan tanpa ilmu d…

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang UiTM | Logik Untuk Dipertimbangkan

Hampir 3 tahun bergelumang dengan pengurusan akademik.  Terutama menguruskan pelajar daripada proses pendaftaran sehinggalah tamat semua semester. 
Sewaktu hari pendaftaran, ramai mahasiswa yang terpinga-pinga dan agak kebuntuan.  Masuk semester 2, dah mula 'culture shock' dengan kebebasan hakiki yang tidak pernah dirasai sebelum ni.  Semester 3, pengurusan diri semakin tak stabil pengaruh sana-sini. PTPTN masuk mula nak joli sebab semester-semester sebelum ini masih lagi berhati-hati. Mula berbelanja sakan tak sedar diri.  Semester 4, mula kecut perut dengan 'pointer' yang terumbang ambing sekejap menurun sekejap meninggi. Mula-mula tinggi kemudian 'menonggeng'. Semester 5, mula muhasabah diri dan ada yang tak berkesempatan kembali ke jalan yang betul tak dapat peluang lagi nak masuk daftar semula. Dah kena 'blacklist' dengan universiti. Semester 6 baru mengenali diri dan tujuan asal sebab apa berdiri dalam universiti.  Ada yang terlewat baru nak muhasa…

Love cheese? Imagine 7 cheeses oozing in ur mouth while you bite ur pizza! Only at #PizzaHut

The 7 wonders in 1 pizza.Can you handle 7 cheeses in 1 pizza melting in your mouth? Try Pizza Hut’s new Ultimate Cheesy 7 Pizza. I can’t wait to share this with my family and fellow cheese lovers!

There’s beauty in getting together. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!

Klik this > Love cheese? Imagine 7 cheeses oozing in ur mouth while you bite ur pizza! Only at #PizzaHut

Tak Boleh Tengok Bear Besar-besar Gedabak nih.

Saja suka-suka menggeledah google tadi. Tengok apa yang ada... Terjumpa lah pulak laman web ni.  Macam mana lah diorang boleh berfikir nak jual produk nih.  Tapi memang best.

Saya tak boleh tengok bear besar-besar gedabak nih.. Rasa macam nak peluk jer... Teringin pulak nak beli satu.  Kalau korang nak beli boleh lah klik kat kat bawah ni.


10 Tips Poyo Ulangkaji Nota untuk pelajar UiTM, Tetapi Berkesan

Sedikit perkongsian untuk pelajar-pelajar UiTM.  Beberapa teknik poyo mengulangkaji nota-nota syarahan yang telah diambil di dalam kelas. Kelihatan berlagak pandai, tetapi itulah hakikatnya kehidupan, untuk menjadi baik akan ada banyak rintakan dugaan.  Untuk menjadi jahat sentiasa ada jalan dan alasan.

Mengambil nota ada perkara berbeza dengan kemahiran mengambil nota berkesan yang telah dibincangkan sebelum ini.  Namun, jika anda sekadar mengambil nota di dalam kelas kemudian membiarkan ia usang didalam beg atau terperosok diatas meja dalam bilik kemudian lagi sehari hendak pergi ke dewan peperiksaan adalah sia-sia.

Setiap nota yang telah diambil perlu diteliti dan dikaji semula untuk lebih kefahaman dan ingatan.  Saya hanya sekadar berkongsi beberapa tips-tips penting untuk mengulangkaji pelajaran.  Disebalik tips-tips ini, banyak lagi kaedah berkesan yang boleh anda cari.
Baca Nota yang telah anda ambil dalam tempoh 2 atau 3 jam selepas kelas.  Otak manusia akan mudah lupa untuk be…