Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 9, 2011

Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia

Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia











Rasul-Umat-Akhlak Mulia











Buku Rasul mulia, umat mulia, akhlak mulia ini merupakan himpunan kisah dan riwayat hidup para ulama yang sangat kaya dengan pelbagai ilmu dan hikmah yang dapat diambil pengajaran daripadanya. Setiap ulasan diiringi dengan pelbagai nukilan daripada al-Quran, as-Sunnah dan ucapan para ulama, lalu mengaitkannya dengan realiti kehidupan kita pada hari ini. Kita dapat berkenalan, berziarah, dan belajar daripada ulama-ulama ini. Satu kaedah pendidikan akhlak yang menarik dan mudah terpaut di hati. Tetapkan fokus, mencontohi akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan. Jadikan buku ini sebagai bacaan dalam perjalanan, hadiah buat teman dan keluarga atau dijadikan bahan nasihat dalam usrah anda. Mudah-mudahan setelah itu, kita dapat mengamalkan akhlak mereka dan menghidupkannya dalam kehidupan ini. 
Penulis : Umar M. NoorKod Katalog : TBBK 1206Kod ISBN : 978-967-388-053-9Harga RM20.00

Blogger Nuffnang Semua | Tolonglah...

Semalam saya baru dapat email dari nuffnang.  Kempen terbaru nuffnang menderma untuk anak-anak yatim di Rumah Aman, Shah Alam.

Rumah Aman ini di Seksyen 2 Shah Alam.  Zaman saya belajar di UiTM dulu mesti lalu depan Rumah Aman ni.

Siapa sahaja boleh menderma.  Bagi blogger yang register dengan nuffnang sangat mudah nak menderma.  Duit promote iklan nuffnang bukannya banyak sangat pun kan...So.. janganlah sayang sangat earning yang kita dapat tu.  Bagi jer derma kat Rumah Aman ni.  Login nuffnang dan klik iklan Help Rumah Aman.  Lepas tu, pilih jumlah derma RM1, RM5, atau RM10.

So... semua blogger nuffnang tolong-menolonglah sesama kita.

Kempen ini sangat murni bagi mengumpulkan dana berjumlah RM20,000 untuk pengurusan anak-anak yatim di sini.  Maklumat lanjut boleh lah klik di banner bawah ni.



Di bawah ni petikan artikel dari blog nuffnang.
TLC Promise Me – For the Children of Rumah AmanPosted by Xinxian on 4:17 pm66 Comment(s) One year ago, a few of our bloggers took on the challenge…

Mendongak Ke Langit Tribute

Hari ini saya ingin berkongsi Band Boy pilihan minggu ini Mendongak Ke Langit yang semakin laris dipasaran.
Band boy yang terdiri Shuk, Udeen, Baha, Sabri, Aiman, Faris dan Mijie bergabung mesra membentuk group Mendongak Ke Langit. Band boy ini terbentuk pada tahun keramat 2011 yang dicetuskan oleh Udeen.  Eh! Betul ke? Yang pasti, kombinasi ini menjadi fenomena seketika.  
Perjumpaan pertama mereka di UiTM Kelantan Cawangan Machang bakal membuatkan industir Band boy negara meletus dengan nama-nama mereka.
Kisah 7 sahabat yang mendongak dan ingin terbang melayang bebas ke angkasa mempunyai matlamat yang sama.  Saya kurang mengenali mereka untuk mendongak bersama.  Tetapi secebis minat untuk turut serta mendongak seketika sekali dengan mereka.  
Pada saat pertama kalinya terbentuk, vokalisnya adalah Pudeen dan drummernya adalah Mijie dan Faris.  Posisi Pudeen kemudiannya digantikan oleh Shuk kerana  Pudeen 'menghilang' begitu sahaja saat Mendongak Ke Langit akan beraksi.  Kemu…

Syaitan Mengemaskinikan Kenderaannya

Saja berkongsi bahan bacaan dari weblog saifulislam.com
Sama-sama kita berjaga dan saling ingat-mengingati dengan godaan syaitan.
Adanya syaitan untuk kita berperang dengan nya. Artikel menarik dari saifulislam.com
Klik link kat bawah ni. Saya sekadar berkongsi. Mengajilah untuk kita pandai. Pesanan untuk diri sendiri.
Syaitan Mengemaskinikan Kenderaannya


Arman Daud Bukit Abal | Sebuah Kehilangan Seribu Pengertian

Entry sebelum ini saya tujukan kepada Arwah Ayah kepada anak buah di bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Kelantan.  Arman seorang yang sangat aktif dalam kegiatan seni UiTM Kelantan dan pernah memasuki banyak pertandingan nyanyian.

Beliau seorang pendiam dan berjiwa seni. Namun, sedikit tersentak dengan entry yang beliau coretkan Sebuah Kehilangan Seribu Pengertian.  Beliau sangat menyanjungi Ayahanda (Daud Bukit Abal) yang terkenal di serata Pantai Timur ini dengan Tok Joro Dikir Barat.  Ada juga yang menyatakan sehingga ke sebelah Siam beliau membuat persembahan Dikir Barat.

InsyaAllah, saya ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan Daud Bukit Abal.  Petikan entry arman membuatkan saya tersentuh.

Sumber: http://tokjorodikir.blogspot.com/
Sebuah Kehilangan... Seribu Pengertian | Daud Bukit Abal Sebak rasanya di sudut penjuru hati ini bila mengenangkan Ayahanda yang tiada penggantinya..  Sebuah kehilangan yang sukar untuk diterima.  Bayang-bayang beliau muncul setiap hari seolah-olah mengha…

Arman DBA: DIA AYAH KU, IDOLA KU, TOK GURU KU, DAN KAWAN BAIK...

Arman DBA: DIA AYAH KU, IDOLA KU, TOK GURU KU, DAN KAWAN BAIK...: Ayah . . . Gambar ni masa Raya Haji tahun 2010 Aku, Arwah Ayahanda, Amran Arwah begitu rapat dengan aku dan Adikku Amran. Bagiku dia...

Tipu emas | myMetro

Tipu emasIPOH: Penipuan sukar dikesan apabila ada pemilik kedai barang kemas didapati sengaja menjual emas murah kepada orang ramai dengan mendakwa ia emas gred 916 menyebabkan ramai terpedaya.
Kebanyakannya mangsa yang tidak pakar berhubung kualiti emas ini, ditipu `bulat-bulat’ dan membayar harga tinggi bagi gred emas murah yang dijual terutama ketika musim perayaan.

Terbaru seorang anggota Polis Gerakan Am (PGA), Mohd Zaidi Zaid, 27, menjadi mangsa apabila dia dan isteri, Salimah Jaafar, 27, membeli anting-anting emas di premis menjual emas berhampiran pusat beli belah di sini.
Mangsa berkata, dia dan isteri ditunjukkan anting-anting emas pemilik premis yang didakwa ia emas tulen gred 916 berharga RM290.

“Saya dan isteri yang menyangka emas itu gred tinggi, membelinya sebelum diberikan sijil dan resit lelaki berkenaan.

“Penipuan hanya terbongkar apabila kakitangan Ar-Rahnu sebuah bank di sini melakukan pemeriksaan dan mengesahkan emas terbabit bukan dari gred 916,” katany…

Tips Cemerlang di Dalam Bilik Kuliah/Kelas

Melangkah masuk ke alam Universiti bermulalah sebuah perjalanan yang penuh liku.  Ramai yang terkandas dipertengahan kerana tidak berjaya menyesuaikan diri.  Dugaan paling berat yang harus ditempuhi seorang mahasiswa adalah menghadiri kelas. Kebebasan yang dikecapi di Universiti berbanding alam persekolahan sebelum ini menyebabkan ramai yang leka.  Atau lebih dikenali sebagai "Culture Shock!".  Jika ada yang hadir pun, kerana terpaksa. 
Menghadiri kuliah pengajian merupakan satu kewajipan bagi seorang mahasiswa.  Kegagalan untuk menghadiri kuliah pengajian akan menimbulkan banyak kesulitan kepada mahasiswa.  Terutamanya maklumat terkini yang lambat dan menyebabkan ketinggalan jauh berbanding mahasiswa-mahasiswa lain.  Selain itu, peraturan kehadiran kuliah turut menyebabkan pelajar akan di "bar" dari menduduki peperiksaan Akhir.
Ramai pelajar-pelajar cemerlang didalam peperiksaan SPM/STPM beranggapan mereka mempunyai IQ yang tinggi atau otak yang bijak mampu untuk m…

Zakat barang kemas | myMetro

Zakat barang kemasADAKAH kita wajib mengeluarkan zakat barang kemas jika barang kemas itu disimpan di bank tetapi dipakai sekali sekala setiap tahun? Jika wajib, bagaimanakah kiraan zakat itu?

PUAN NOR
Kota Bharu


Jika barang kemas disimpan dan tidak pernah dipakai, wajib dikeluarkan zakat. Barang perhiasan emas yang disimpan tetapi dipakai walau sekali sekala dalam setahun tidak wajib dikeluarkan zakat. Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan, nisab emas yang disimpan ialah bagi setiap 85 gram wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 peratus.

Sumber : myMetro 

Tips Ponteng Peperiksaan Untuk Pelajar IPT

Saya pernah melalui kehidupan sebagai seorang pelajar IPT, dan sekarang melibatkan diri dalam pengurusan akademik pelajar-pelajar di salah sebuah IPT terkenal.  Tiada banyak perbezaan ketara diantara seorang pelajar dan seorang kakitangan akademik samaada pengurus atau pengajar. Peperiksaan merupakan kemuncak bagi proses pembelajaran dan pengajaran untuk sesuatu semester di IPT. Ada pelajar yang teruja dan ada jugak yang takut untuk menghadapi peperiksaan.  
Bagi yang takut, mungkin disebabkan tiada bekalan yang mencukupi terutama pelajar yang selalu ponteng kelas, ulangkaji di minit-minit terakhir, markah kerja kursus yang rendah dan lain-lain.  Oleh hal demikian, berlakulah perancangan untuk ponteng ke dewan peperiksaan.
Ponteng peperiksaan bukanlah satu keputusan yang bijak.  Dan ia amat memalukan bagi seorang pelajar yang bergelar Mahasiswa/Mahsiswi.  
Tetapi, kadang-kala sebagai seorang manusia biasa kita tidak mengetahui perkara yang akan berlaku seperti sakit, bencana alam dan…