Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 2, 2011

Benci!

Ust. Ismail Kamus Pesan:

"Jangan Benci Orang kerana Orang Lain Yang Bercakap" sebaliknya "Kita membenci orang kerana Allah diatas perbuatannya sahaja"

"Jangan simpan dendam, hasat dan dengki kepada sesiapa saja"

Masalah dengki akan menyebabkan keburukan.  Dalilnya atau contohnya berlaku sihir secara berleluasa khususnya di Malaysia.  yang untungnya bomoh.

Bonus setengah bulan lagi untuk kakitangan awam | BAJET 2011 | Daser Transformasi Nasional : Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara

2011/10/07
Sebaik sahaja masuk pejabat pagi ini, "Bonus setengah bulan gaji" menjadi isi utama bajet yang menjadi bualan kakitangan.

Maknanya, untuk tahun ini semua kakitangan awam mendapat 1 bulan bonus. 

Selesai urusan di pejabat, bersama 2 lagi kakitangan bersarapan sekadar menjamu selera dengan sekeping roti cotek (tampal telur) dan secawan teh tarik pekat.  Namun, masa yang dihabiskan untuk memanaskan kerusi kedai kopi lebih kurang sejam. Banyak ruang yang terbuang.

Panas! Pelbagai reaksi dan pandangan serta analisa yang dibuat sewaktu di kedai kopi tadi.
Isu yang Bajet menjadi topik utama dan hal-hal kerja sekadar sampingan mencelah.  Point-point penting diulas dan dikupas secara terperinci sambil meneguk air panas. Setiap individu yang ada memandang dari sudut yang berbeza. Ada pembangkang dan pencadang. Ada kritikan, ada juga sokongan.  Namun, masih seimbang dikendali seorang moderator bijaksana.  1cawan air memerlukan 1/2 untuk dihabiskan. Sekeping roti 15 minit dah …