Followers

Fan Page Facebook

Monday, October 24, 2011

Doktor, Mekanik dan Tukang Masak

Ubat | Doktor
Ada 3 jenis ubat yang terpaksa ditelan hari ini.  Selsema, Demam dan Antibiotik.  Sewaktu Dr. Hafiza nak bagi ubat batuk saya menolak.  Konon tak batuk sangat.  Rupanya dah melarat.  Bila makan ubat, jangan berharap yang penyakit akan sembuh serta merta.  Ia memerlukan usaha dan tempoh.  Isu ini akan akan disentuh dalam entry lain.

Ubat | Kredit Gambar : Google.com
Kali ini, saya ingin fokus kepada kepercayaan.

Kepercayaan terhadap ubat adalah salah.  Ubat tiada punya 'power'.  Sama juga bila percaya kepda Dr.  Walaupun Dr. tersebut belajar setinggi gunung, dia tetap tidak mempunyai apa-apa 'super power'.  

Kereta Rosak | Mekanik

Ia ada konsep yang sama dengan Bomoh.  Bomoh dan Dr. ada maksud yang sama.  Cuma tafsiran kita berbeza apa bila disebut Bomoh dan Dr.  Tafsirat tersebut adalah hasil daripada asuhan didalam budaya kita sendiri.  Ubat ada fomula yang diberikan oleh seorang doktor yang pakar (mempunyai ilmu) di dalam bidangnya.  Ia bersamaan dengan seorang mekanik yang pakar didalam membaiki kereta.  
Mekanik | Kredit Gambar : Google.com


Bila dibuat pebandingan diantara Dr. dan Mekanik tadi boleh lah kita faham yang kita memerlukan sesuatu perkara di tempat yang betul.  Jika salah akan berlaku porak peranda (chaos).  Seperti sakit berjumpa dengan mekanik.  Kereta rosak berjumpa dengan Dr.  Apa yang akan berlaku.  Seorang manusia sukar untuk pakar didalam semua perkara.  Kalau ada pun, ia tahu dan mempunyai maklumat tentang banyak perkara.  Tetapi belum tentu pakar.

Lapar | Tukang Masak

Dengan kata yang lebih mudah.  Bila kita lapar kita akan makan.  Cuba bila kita lapar kita pergi buat aktiviti lain. Kita akan menzalimi diri sendiri.  Makan itu hanyalah fomula yang berikan oleh seorang tukang masak.  Makan yang sedap adalah dari tukang masak yang pakar dalam bidang masakannya.  Sama seperti kisah Dr. tadi.

Semua yang berlaku kita tidak boleh percaya.  Kita tidak boleh percaya kepada Dr. Mekanik dan Tukang Masak.  Kita cuma perlu berusaha kepada tempat yang betul.  Tugas kita selepas itu adalah percaya kepada Allah s.w.t. yang akan menetapkan untuk kita.  Samaada kita sembuh dari penyakit, kenyang dari lapar dan kereta elok setelah dibaiki.  Doktor, Mekanik dan Tukang Masak adalah orang yang dituju.  Usaha kita adalah berubat, pergi membaiki kereta dan makan.  Manakala ubat, spare part dan makanan adalah fomula yang diadun oleh pakar yang mempunyai ilmu.

Tukang Masak | Kredit Gambar : Google.com
Kefahaman semua ini ada hubung kaitnya dengan 'blogging' dan bidang akademik.  Dunia blog sama lah dengan dunia realiti kita dan juga kehidupan sebagi seorang pelajar.  Kepercayaan dan Tawakkal ada kata kunci.  Apa kaitan Dr., Mekanik dan Tukang Masak dengan blogging dan akademik?  InsyaAllah saya akan kongsikan lagi sambungan kepada entry ini nanti.

Saya suka mengaitkan apa yang berlaku dengan akademik dan kehidupan seorang pelajar.  Kerana selagi hidup kita tak pernah meletak jawatan sebagi pelajar.  Ia adalah jawatan hakiki kita. Sama-sama kita semua belajar.

Klik Iklan-iklan nuffnang kalau anda setuju...hehehe...

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Sunday, October 23, 2011

Petua Ringkas Ulangkaji Berkesan | Khas buat 'Student'

Kadang-kadang kita menganggap beberapa perkara remeh disekeliling tidak penting.  Namun, perkara remeh tersebutlah yang akan menyebabkan kita gagal dari sudut seorang pelajar.

Berdasarkan pengalaman saya sebagi seoarang pelajar suatu ketika dulu saya cuba kongsikan beberapa petua ringkas untuk yang masih bergelar pelajar.  Sangat mudah, tetapi sukar untuk istiqamah. 
Ulangkaji secara berkumpulan sangat berkesan.  Kredit: google.com

Petua Ringkas Ulangkaji Berkesan 
  1. Kenal pasti tempat yang sesuai dengan anda untuk mengulangkaji.  Mengubah tempat belajar dengan kerap menyebabkan kita tidak berdisplin.  Belajar di dalam bilik hostel terlalu ujian dan rintangan.  
  2. Ulangkaji setiap hari sebelum otak kita terlupa.  Jangan tunggu malam peperiksaan.  Budaya "study last minutes" akan memberi tekanan.  Takut-takut kita tak dapat menyerap tekanan yang melampau.
  3. Ulangkaji secara berkumpulan.  Cari rakan-rakan yang betul-betul berminat.  Jangan melebihi 5 orang.  Kalau boleh cari pelajar yang rajin.  Kalau cemerlang tetapi malas akan menyebabkan kita terikut-ikut sikap beliau.  Saya dah dah cuba dulu 'study' secara 'grouping'.  Sangat berkesan.
  4. Elakkan ulangkaji sehingga larut malam.  Otak kita sukar untuk melawan perasaan mengantuk. Tambah-tambah dalam dewan peperiksaan yang sejuk dan sunyi.  Otak kita hanya berfikir untuk cepat menamatkan peperiksaan segera sebab nak balik tidur.  Sedangkan selepas peperiksaan tamat, tiba-tiba segar.
  5. Berdisiplin dalam pengurusan masa.  Jangan biarkan orang lain yang merancang jadual harian kita.  Belajar berkata "TIDAK" terhadap perkara-perkara yagn tidak penting.  Kalau boleh, bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai minat menuntut ilmu.
  6. Jangan gelabah bila markah ujian pertama rendah.  Jangan pedulikan orang lain.  Terutama yang bawa masuk 'toyol' dalam ujian.  Kerana dia memperbodohkan diri sendiri.  Jadilah diri sendiri.  Kenal pasti dimana kelemahan kita.
Cuba perkara yang mudah supaya kita supaya kita boleh terus ke peringkat seterusnya.

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).
Kata kata hikmah hamka.  Kredit: google.com
Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Muncul Tidak Diundang | Kena Hack ke?

Semenjak beberapa hari ni saya berasa agak pelik.  Sebab ada benda yang tidak diundang muncul.


Ada sapa-sapa boleh tolong.  Macam mana nak buang iklan ni dalam blog saljuhumairah.blogspot.com.

Tak tahu macam mana ia boleh muncul.  Tiba-tiba jer ada.

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Statistik Blog Terkini | Saljuhumairah.blogspot.com

Agak cemburu tengok statistik blog Prof. Kamil dalam entry semalam. rujuk entry ni:Review Blog Hari Ini | Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan

Ramai betul pengunjung blog Prof. Saya mula membina blog dengan zero '0' knowledge tentang blog. Saya bermula setelah diperkenalkan seorang rakan rumah sewa kepada blogspot.  Sampai sekarang saya masih menggunakan platform percuma blogspot.  Itu cerita lama dulu zaman 'study' di UiTM Shah Alam. Entry pertama yang saya bina hanya sekadar copy & paste lirik lagu kegemaran.  Pelangi Petang.  Lagu dendangan Allahyarham seniman negara Sudirman haji Arsyad yang dipopularkan semula oleh kumpulan rock tanah air Defgabc.  Lagu tersebut tengah 'hot' di radio era.  Rujuk entry ni: pelangi petang defgabc

Entry Pertama Yang Menjadi Sejarah 23/03/2007

Entry yang bertarikh 23 Mac 2007 tersebut adalah permulaan dunia blog saya.  Mulanya sekadar hobi dan suka-suka.  Semakin hari saya semakin jatuh cinta dengan arena blogging ni.  Saya mula belajar tentang erti blog melalui rakan-rakan di alam maya. Waktu tersebut jumlah pengunjung ke Saljuhumairah sangat sedikit jumlahnya jika nak dibandingkan dengan blog terkenal Benashaari.

Saya mencari ilmu blog setiap hari selepas tamat belajar sewaktu berkhidmat sebagai pembantu kedai di Plaza Alam Sentral Shah Alam.  Bekerja sebagai penjual pakej streamix memberi ruang untuk saya 'online'.   


Semangat menulis blog semakin meningkat apabila melihat jumlah pengunjung ke Saljuhumairah.blogspot.com bertambah setiap hari. Tambah lagi, saya berjaya menjana sedikit pendapat yang sangat kecil melalui salah sebuah syarikat iklan.  Walaupun jumlahnya tak mampu nak bayar bil broadband pun tetapi saya percaya dengna mitos-mitos yang kita boleh menjana pendapatan hanya sekadar menulis blog.  

Jumlah Pengunjung Saljuhumairah Setakat hari ini: 22/10/2011
Ramai contoh-contoh yang telah berjaya walaupun baru bermain dengan dunia blog. Perasaan cemburu muncul memenuhi ruang jiwa melihat usahawan-usahawan blog yang masih baru menulis blog menjadi terkenal dalam tempoh yang sangat singkat.  Terasa sangat kecil diri ini.  Hampir 5 tahun menulis blog.

Ini adalah 'entry' yang ke 1159.  Sekadar ingin berkongsi statistik terkini pengunjung blog saljuhumairah.blogspot.com setakat hari ini.

Statistik mingguan bulan lepas.  Sumber: nuffnang.com.my

Statistik Sepanjang Masa

Referring URLs

google paling banyak menyumbang traffic.
Setakat hari ini, masih belum berfikir nak berhenti blog.  Nanti saya kongsikan beberapa tips yang saya gunakan untuk meningkatkan jumlah traffic saljuhumairah.blogspot.com

Setiap blogger mempunyai cara tersendiri yang mereka minat.  Namun, teknik-teknik tetap sama. Cuma, ia perlu bergantung kepada situasi kita sendiri.  Mungkin ramai yang telah memberi tips-tips mereka.  Tapi, belum tentu semua tips-tips yang diberikan mudah untuk kita aplikasi. 

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Saturday, October 22, 2011

Review Blog Hari Ini | Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan

Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan (KRTS) | Blog ni dah lama wujud, bermula February 2011 lagi. Prof. Kamil Ibrahim seorang bekas pensyarah UiTM.  Sekadarang telah berpindah ke Madinah.  Memang impian beliau hendak tinggal di sana.  Terasa cemburu, kerana saya juga salah seorang rakan sekerja beliau walaupun berada jauh di Cawangan Machang. 

Beliau sangat terkenal setelah menulis buku 'Best Seller' Travelog Haji. (Rujuk entry saya berkenaan buku ini Travelog Haji + VCD | Muhd Kamil Ibrahim ) Penulisan beliau berjaya membangunkan jiwa yang jahil seperti saya.  Kepada yang masih belum membaca buku ini, dapatkan segera dipasaran kedai-kedai buku yang bersepah.  Buku tersebut di keluarkan oleh PTS Publication. 

Setakat hari ini, saya tak pernah terlepas membaca setiap artikel beliau dalam Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan (KRTS) selagi ada internet.  Beliau menjadikan KRTS sebagai medium untuk beliau berdakwah dan memberi motivasi kepada masyarakat dan khususnya orang yang jahil seperti saya.  

Ramai peminat setia beliau yang berkunjung ke Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan (KRTS) setiap hari.  Bukitnya, tengok gambar dibawah.  'Entry' terbaru berkenaan statistik pengunjung beliau 60000.

Nak berkenal lebih lanjut dengan beliau? dibawah saya 'copy & paste' posting CV Akademik beliau.  Anda boleh download untuk membaca.

CV Akademik

1. Ramai yang memohon CV untuk dijadikan rujukan. Saya sertakan CV akademik yang boleh didownload DI SINI
2. Jika mahu biodata ringkas, ia boleh didownload DI SINI
Semoga Prof. terus berjaya Dunia dan Akhirat.  Saya mohon Prof. terus menulis bagi membimbing kami semua.

Jom ke blog beliau.  Klik sini >>> Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan (KRTS)

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Friday, October 21, 2011

Pakar-pakar Internet | Tolong Saya

Malam yang sejuk.  Kelantan dah tiba waktunya hujan melimapah tanpa hentinya.  Nyamuk-nyamuk muncul seakan datang berpesta.  Tidak di dijemput tetapi tiba juga....

Tak ada apa yang hendak dikongsikan bersama malam ini.  Hanya permohonan bantuan kepada pakar-pakar internet.  Hasil carian blog saljuhumairah.blogspot.com ada tertulis "Warning: Dangerous Download" dalam enjin pencari yahoo.com

Hasil cariaan dalam google.com ok jer. Ada masalah dengan 'coding' atau tersalah instal apa-apa?

Mohon jalan penyelesaian.


Hasil Carian melalui yahoo.com

Hasil Carian Melalui google.com



Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Thursday, October 20, 2011

Jangan Biarkan Dosa Bersarang di Facebook | Majalah Solusi 37

Jangan Biarkan Dosa Bersarang di Facebook.

Kata-Kata Hikamh Yang Penuh Terkumpul
Artikel paling menarik untuk Majalah SOLUSI kali ini. Artikel yang menjadi peringatan kepada saya sendiri dan panduan kepada kita semua.

Ia ditulis oleh Penasihat & Konsultan Syariah terkenal tanah air. Dr. Zaharuddin Abd. Rahman yang menggunakan platform web blog sebagai saluran dakwah.  zaharuddin.net.   

Perlakuan dan perbuatan melalui Facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak.  Namun pada kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara sahaja iaitu:

  1. Mendedahkan Keaiban Suami atau Isteri.
  2. Terlebih Gambar. (inginkan pujian terhadap kecantikannya.)
  3. Penyamaran.
  4. Muat Turun Gambar untuk Simpanan dan Tatapan.
  5. Tagging Gambar Tanpa Izin dan Gambar Silam yang Membuka Aurat. (penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana berada di dalam rumah)
  6. Mengutuk Diri Sendiri dan Kebaikan Diri.
Kesimpulan.  Itulah Facebook.  Facebook boleh menjadi sumber pahala jika digunakan dengan betul, malah boleh menjadi penyebab azab jika digunakan tanpa ilmu dan batasan.  Berhati-hati dan berpada-pada wahai pemilik Facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan aktiviti bersembang mesra, gurau senda antara suami dan isteri orang serta antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.  Ia hanya akan membawa kemudaratan dan keruntuhan rumah tangga.  Janganlah lagi mempermaikan nama ukhuwah untuk berbuat dosa.
Ukhuwah itu hanya terhad kepada sesuatu yang membawa kepada ingatkan Allah, menajak ke arah kebaikan ingatkan Allah, mengajak ke arah kebaikan dan manjauhkan kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujrat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya antara erti ukhuwah dalam kalangan Mukmin.
Dr. Zaharruddin Abd. Rahman. 
Petikan diatas adalah sebahagian sahaja.  Untuk mendapatkan penerangan lebih terperinci, dapatkan Majalah Solusi 37.  Harga RM10.00.  Penghantaran percuma di kawasan berhampiran Machang dan UiTM Kelantan.  Hubungi saya segera sebelum stok kehabisan: 012-2420437 (Hisham)
 

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang UiTM | Logik Untuk Dipertimbangkan


Hampir 3 tahun bergelumang dengan pengurusan akademik.  Terutama menguruskan pelajar daripada proses pendaftaran sehinggalah tamat semua semester. 

Sewaktu hari pendaftaran, ramai mahasiswa yang terpinga-pinga dan agak kebuntuan.  Masuk semester 2, dah mula 'culture shock' dengan kebebasan hakiki yang tidak pernah dirasai sebelum ni.  Semester 3, pengurusan diri semakin tak stabil pengaruh sana-sini. PTPTN masuk mula nak joli sebab semester-semester sebelum ini masih lagi berhati-hati. Mula berbelanja sakan tak sedar diri.  Semester 4, mula kecut perut dengan 'pointer' yang terumbang ambing sekejap menurun sekejap meninggi. Mula-mula tinggi kemudian 'menonggeng'. Semester 5, mula muhasabah diri dan ada yang tak berkesempatan kembali ke jalan yang betul tak dapat peluang lagi nak masuk daftar semula. Dah kena 'blacklist' dengan universiti. Semester 6 baru mengenali diri dan tujuan asal sebab apa berdiri dalam universiti.  Ada yang terlewat baru nak muhasabah diri sendiri terpaksa masuk semester 7, 8 atau 9.  Selamat dapat peluang lagi.

Tak dapat dinafikan, ada segelintir yang berjaya menyesuaikan diri dengan sekeliling.  'Straight' (A) setiap semester.  Cemburu dengan pencari ilmu.  Menimba setiap hari di 'library'.  Syukur dengan mahasiswa seperti ini.

Namun, sehingga sekarang masih ramai lagi mahasiswa yang hanyut dibawa ombak pengaruh dari hati.  Mereka hanya sekadar pergi kelas dan balik kelas, kemudian hadir peperiksaan akhir.  Cukup makan pun tak kisah lah.  Mereka berasa selesa berada didalam lingkungan "comfort zone" yang mereka cipta sendiri.

Sedikit tips ingin dikongsikan bersama sebagai panduan supaya Mahasiswa sekalian serius untuk menjadi cemerlang sebelum menempuhi alam yang lebih gemilang.

Ciri-ciri pelajar cemerlang


  1. Mahasiswa cemerlang sentiasa mencari alasan untuk tidak ponteng kelas.  
  2. Peka dengan jadual kelas dan menepati masa.  
  3. Mendengar dan melatih diri sendiri untuk memberi perhatian penuh di dalam kelas. 
  4. Tidak bersembang, bermain 'SMS', termenung atau melihat ke luar tingkap didalam kelas.  Dengan kata lain menghormati kelas walaupun berasa sedikit kebosanan kerana mood yang tidak baik.
  5. Memberi tindak balas yang positif dengan setiap isu atau persoalan didalam kelas.
  6. Berani bertanya kepada pensyarah sekiranya tidak memahami.  Atau berjumpa dengan pensyarah selepas kelas untuk mendapatkan penerangan lanjut.
  7. Sekiranya terlepas kelas disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, mereka akan usahakan untuk berjumpa dengan pensyarah bagi mendapatkan penjelasan silibus yang tertinggal.  
  8. Sentiasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
  9. Sentiasa mengambil peluang-peluang yang ada seperti kelas Intersesi atau jam kredit tambahan.
  10. Menyiapkan tugasan / 'assignments' lebih awal dari tempoh yang telah ditetapkan untuk hantar.
  11. Melakukan latihan tambahan selain dari tugasan yang diberikan pensyarah.
  12. Merancang secara sistematik jadual ulang kaji di masa lapang.
  13. Mengambil berat tentang markah ujian, kuiz tugasan.
  14. Mengambil berat berkenaan jadual peperiksaan supaya dapat membuat perancangan ulang kaji.
  15. Sentiasa berdoa dan merenda diri dengan setiap kejayaan yang dikecapi kerana 'usaha manusia tidak memberi bekas'.  Berdoa adalah proses tawakkal utama sebelum berusaha.
  16. Memohon restu daripada ibu bapa tau penjaga.
  17. Sentiasa tenang dan berfikir panjang sebelum bertindak.
Banyak lagi tips yang ingin disenarai.  Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian yang mungkin boleh dimanfaatkan.

"Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya."
Hamka. Kredi Gambar: Google 
( Hamka).

 Semoga kita semua diberkati Nya. 


Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Love cheese? Imagine 7 cheeses oozing in ur mouth while you bite ur pizza! Only at #PizzaHut

campaign image

The 7 wonders in 1 pizza.

Can you handle 7 cheeses in 1 pizza melting in your mouth? Try Pizza Hut’s new Ultimate Cheesy 7 Pizza. I can’t wait to share this with my family and fellow cheese lovers!

There’s beauty in getting together. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!




Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Sunday, October 16, 2011

Tak Boleh Tengok Bear Besar-besar Gedabak nih.

Saja suka-suka menggeledah google tadi. Tengok apa yang ada... Terjumpa lah pulak laman web ni.  Macam mana lah diorang boleh berfikir nak jual produk nih.  Tapi memang best.

Saya tak boleh tengok bear besar-besar gedabak nih.. Rasa macam nak peluk jer... Teringin pulak nak beli satu.  Kalau korang nak beli boleh lah klik kat kat bawah ni.


Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

10 Tips Poyo Ulangkaji Nota untuk pelajar UiTM, Tetapi Berkesan

Sedikit perkongsian untuk pelajar-pelajar UiTM.  Beberapa teknik poyo mengulangkaji nota-nota syarahan yang telah diambil di dalam kelas. Kelihatan berlagak pandai, tetapi itulah hakikatnya kehidupan, untuk menjadi baik akan ada banyak rintakan dugaan.  Untuk menjadi jahat sentiasa ada jalan dan alasan.

Mengambil nota ada perkara berbeza dengan kemahiran mengambil nota berkesan yang telah dibincangkan sebelum ini.  Namun, jika anda sekadar mengambil nota di dalam kelas kemudian membiarkan ia usang didalam beg atau terperosok diatas meja dalam bilik kemudian lagi sehari hendak pergi ke dewan peperiksaan adalah sia-sia.

Setiap nota yang telah diambil perlu diteliti dan dikaji semula untuk lebih kefahaman dan ingatan.  Saya hanya sekadar berkongsi beberapa tips-tips penting untuk mengulangkaji pelajaran.  Disebalik tips-tips ini, banyak lagi kaedah berkesan yang boleh anda cari.
  1. Baca Nota yang telah anda ambil dalam tempoh 2 atau 3 jam selepas kelas.  Otak manusia akan mudah lupa untuk beberapa perkara penting yang dipelajari.
  2. Cuba tafsirkan nota yang telah anda catat didalam kelas dengan bantuan rakan secara perbincangan secara santai  selepas kelas.
  3. Cuba prafrasa yanga telah diterangkan oleh pensyarah atau ayat didalam buku teks dengan menggunakan ayat anda sendiri atau ayat yang lebih untuk anda fahami.
  4. Sekiranya keliru dengan nota yang di ambil, kemaskini nota tersebut dengan berjumpa semula pensyarah yang mengajar dan bincang semula.
  5. Cuba anda rangka semula semua nota yang telah diambil dengan penerangan pensyarah dalam bentuk yang lebih mudah seperti peta minda yang tersusun.  Jangan terlalu detail, cukup sekadar perkara-perkara penting.
  6. Senaraikan kata-kata kunci atau perkara-perakara penting yang telah diberi penekanan oleh pensyara di dalam kelas.
  7. Cuba cipta 3 soalan yang mungkin ditanya untuk setiap sesi syarahan.
  8. Jawab soalan yang telah anda cipta dengan sempurna tanpa merujuk nota.
  9. Wujudkan satu lagi buku nota tambahan untuk sekadar ringkasan nota yang telah diambil.  Bermaksud, nota kecil yang boleh dibawa kemana-mana, tidak terlalu padat dan terlalu ringkas.  Sekiranya tidak, faham perlu dirujuk semula buku nota utama.
  10. Sentiasa mencari maklumat bagaimana kaedah mengambil nota yang berkesan melalui pembacaan buku, melayari internet dan menghadiri seminar-seminar/kursus.  Pelajar boleh juga belajar sendiri daripada pensyarah yang rapat atau pelajar-pelajar senior lain yang cemerlang.  Tetapi diingatkan, anda tidak perlu untuk meniru kaedah orang lain mungkin boleh mengubahsuai kaedah orang untuk kesesuaian diri.
"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"

Selamat Mencuba!

Tata Cara Shalat Tahajud

Perkongsian bermakna... Klik link di bawah untuk ke sana...

Tata Cara Shalat Tahajud

Saturday, October 15, 2011

Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia

Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia
Rasul-Umat-Akhlak Mulia










Rasul-Umat-Akhlak Mulia












Buku Rasul mulia, umat mulia, akhlak mulia ini merupakan himpunan kisah dan riwayat hidup para ulama yang sangat kaya dengan pelbagai ilmu dan hikmah yang dapat diambil pengajaran daripadanya. Setiap ulasan diiringi dengan pelbagai nukilan daripada al-Quran, as-Sunnah dan ucapan para ulama, lalu mengaitkannya dengan realiti kehidupan kita pada hari ini. Kita dapat berkenalan, berziarah, dan belajar daripada ulama-ulama ini. Satu kaedah pendidikan akhlak yang menarik dan mudah terpaut di hati. Tetapkan fokus, mencontohi akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan. Jadikan buku ini sebagai bacaan dalam perjalanan, hadiah buat teman dan keluarga atau dijadikan bahan nasihat dalam usrah anda. Mudah-mudahan setelah itu, kita dapat mengamalkan akhlak mereka dan menghidupkannya dalam kehidupan ini. 

Penulis : Umar M. Noor
Kod Katalog : TBBK 1206
Kod ISBN : 978-967-388-053-9
Harga RM20.00

Friday, October 14, 2011

Blogger Nuffnang Semua | Tolonglah...


Semalam saya baru dapat email dari nuffnang.  Kempen terbaru nuffnang menderma untuk anak-anak yatim di Rumah Aman, Shah Alam.

Rumah Aman ini di Seksyen 2 Shah Alam.  Zaman saya belajar di UiTM dulu mesti lalu depan Rumah Aman ni.

Siapa sahaja boleh menderma.  Bagi blogger yang register dengan nuffnang sangat mudah nak menderma.  Duit promote iklan nuffnang bukannya banyak sangat pun kan...So.. janganlah sayang sangat earning yang kita dapat tu.  Bagi jer derma kat Rumah Aman ni.  Login nuffnang dan klik iklan Help Rumah Aman.  Lepas tu, pilih jumlah derma RM1, RM5, atau RM10.

So... semua blogger nuffnang tolong-menolonglah sesama kita.

Kempen ini sangat murni bagi mengumpulkan dana berjumlah RM20,000 untuk pengurusan anak-anak yatim di sini.  Maklumat lanjut boleh lah klik di banner bawah ni.



Di bawah ni petikan artikel dari blog nuffnang.

TLC Promise Me – For the Children of Rumah Aman

  • Posted by Xinxian on 4:17 pm
  • 66 Comment(s)
One year ago, a few of our bloggers took on the challenge of raising funds to help fulfill the wishes of several individuals in need. With an unexpected surge of support from the public behind them, they went above and beyond to make the dreams of the people in need come true. We’re talking, of course, about the TLC Promise Me campaign, which you can read about at this link and this link!
Before we continue, perhaps a short introduction to the Truly Loving Company? The Truly Loving Company produces personal and household products including bath & body products, kitchen cleaners, floor cleaners, and bathroom cleaners, which you can find in most major supermarkets and grocery stores. When you buy TLC products, you’re actually contributing to charity because 100% of the company’s dividends are split between 5 charity partners they are affiliated with.
After the resounding success of last year’s campaign, TLC is back with the Season 2 of thePromise Me campaign! This year, the Promise Me campaign brings together 12 corporations and institutions to fulfill 12 golden wishes from charity organizations, and we’re proud to announce that we are one of the organizations on board for this cause :) Our pledge – to raise funds andhelp Rumah Aman replace their 15 year-old electricity wiring and lightning breaker system.
Rumah Aman is an orphanage located in Shah Alam, with complete facilities to care for poor boys who are orphaned or from needy families. The home began operations in 2005, and currently houses 30 boys of various ages. There, the children are provided with education, clothing, food and shelter. Their mission is simple – to give the best to the children, like other parents would for their children.
We paid a visit to Rumah Aman some time ago to hang out with the boys there, and it was great to see how happy the boys there were!
Meet little Amri, on the left. Amri suffers from a learning disability, but is an endless bundle of energy, happily chatting with us and curiously peering at our gadgets. He dreams of being a football player on the national team one day, and we have no doubt that Rumah Aman will give him everything he needs to achieve that :)
We were also pleasantly surprised at how well-run the place was! The class rooms and recreation room were well-stocked and neatly organized, and all the boys are taught to make their own beds and clean up after themselves, so it’s no wonder the entire home was spotless.
It was obvious that Rumah Aman takes a well-rounded education for the boys very seriously, through the notice boards proudly displaying the boys’ achievements in various extra-curricular activities peppered throughout the home.
One of the things that we found to be the most amazing about Rumah Aman is the fact that it operates solely on donations from the public, in cash or in kind, and also from zakat and liliah. Whenever the home is running low on any supplies, all they have to do is let the public know via this little signboard outside the home, and the public never hesitates to give whatever they can.
Despite their best efforts to maintain the facilities, it is inevitable that things will degrade due to wear and tear, and sadly that is the case with the electrical wiring and lightning breaker system at Rumah Aman. The old wiring means that the home is quite susceptible to power outages during storms, and the lightning has previously caused damage to the property before. Therefore, an upgrade is urgently needed to ensure the comfort of all the children there.
And that’s where all of you come in! The upgrade from the current 2 phase electrical wiring system to a 3 phase one will cost an estimated RM 20,000, and we’ve pledged to raise this amount with the power of the Nuffnang community, and help Rumah Aman get the upgrades it needs. We need all the help we can get to raise the money, so now’s the time to come together and do something great! Here’s how you can help:

1. Donate to the fund

Online: You can make a direct donation to Rumah Aman via online banking to Maybank2U, with the remark: “Nuffnang TLC Promise Me S2”. Donations should be directed to Rumah Aman (Shah Alam), with the account number 562106720433 (Maybank). After you have made the transfer, kindly send a screenshot of proof of the transfer to tlcpromiseme@nuffnang.com.
- Via cheque: Cheques can also be issued to Nuffnang Sdn. Bhd. and sent to our KL office at the address below:
12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.
All donations are tax deductible, and Rumah Aman will be able to issue a receipt for your kind donation :)

2. Spread the word

- If you’d love to help but don’t have the means, please do blog about this and spread the word – maybe someone else who reads your blog can help! :)
- You can also embed this nifty little badge on your blog using the codes below to show your support for this pledge:
Finally, our other sister company Churp Churp will also be coming on board to help raise funds for this pledge, but that will come at a later date; just keep a close watch on ChurpChurp.com for now!
They say giving is always better than receiving, and the feeling you get from charity donations is well worth the effort, as even a small donation can greatly help them. Every little bit helps so let’s start spreading the love! :)
For more information on the TLC Promise Me Season 2 campaign, log on towww.tlcpromiseme.com.
For more information about Rumah Aman, log on to www.rumahaman.com.

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger