Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 25, 2011

KHAS PELAJAR UiTM KELANTAN | PERMOHONAN ONLINE BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA, PENERAPAN DAN PROFESIONAL - KEMASUKAN FEBRUARI 2012

IKLAN PERMOHONAN ONLINE BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA, PENERAPAN DAN PROFESIONAL  - KEMASUKAN FEBRUARI 2012
Khas utk (Penerapan) :
i) pelajar semester akhir diploma
ii) pelajar semester 3 diploma

Umumnya utk :
i) lepasan diploma
ii) lepasan STPM

Permohonan akan dibuka mulai 15 Oktober - 16 Nov 2011 melalui http://online.uitm.edu.my/
...


No pin cuma boleh dibeli selepas skrin permohonan dibuka (15 Oktober 2011).

No pin PENERAPAN berharga RM10.00. Penerapan = masih belum tamat diploma tapi dah mohon degree.

(kalau harga rm17.00 - utk stpm/matrik/diploma dah tamat lama)
kalau abg/kakak senior yg grad 2 3 sem lepas, tetiba terasa nak mohon = RM17.Kredit to fb: imran mohamed

Sila layari laman berikut: http://online.uitm.edu.my/

Sebarang Pertanyaan Berkenaan:

1) Program Ditawarkan:
Dekan,
Nama Fakulti Yang Berkenaan
UiTM Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor, Darul Ehsan
No. Tel : 03-55442000
http://www.uitm.edu.my/

2) Pengambilan dan Keputusan Permohonan

Pengarah,
Bahagian Pengambilan Pelajar,
Bangunan UiT…

*RALAT PEMBETULAN TEMPAT JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEPTEMBER - OKTOBER 2011 | PERHATIAN PELAJAR UiTM MACHANG | ACC106

Dimaklukan kepada semua pelajar UiTM Machang yang menduduki peperiksaan Akhir September - Oktober 2011 bagi kod Kursus ACC106. 

Terdapat sedikit RALAT PERUBAHAN TEMPAT PEPERIKSAAN.  Sila rujuk lampiran dibawah.

*Pastikan anda menghadirkan diri ke tempat yang betul mengikut Kod Kumpulan yang dicetak didalam Slip Menduduki peperiksaan.

RALAT TEMPAT PEPERIKSAAN AKHIR SEPTEMBER - OKTOBER 2011 (UiTM Machang)

Jeput-Jeput Pisang | Cekodok

Setiap pagi aku merindui jeput-jeput pisang atau cekodok panggilan manjanya.  Warna kuning keemasan sangat menggoda. Sangat effektif dimakan panas-panas. Bila dikoyak kelihatan asap keluar dari rongga mengeluarkan aroma yang harum. Sungguh menyelerakan. Paling sedap jika menggunakan pisang emas. Tapi ada yang kata pisang "awak" lagi sesuai.

 Cekodok sangat mudah dan cepat untuk disediaan. Bahan-bahan pun mudah untuk didapatkan. Masih ingat lagi petua oleh mak, pisang (Pisang Emas atau Awak 5 biji, gandum dlm 1 cawan setengah,telur sebiji, sedikit garam, dan serbuk penaik. Campur semua bahan-bahan..tunggu setengah jam sampai kembang sikit tepung.. goreng!siap!

Sebelum kesekolah, cekodok ini dimakan bersama teh 'O' nipis. Kalau ada lebih, dimasukkan ke dalam plastik "The Store" sebagai bekalan. Nampak kelihatan mudah. Tetapi nilainya cekodokk tersebut sangat besar. Membesar dengan cekodok pergi menuntut ilmu masih melekat dalam otak. 

Sekarang, …

Bila Bercakap Tentang Emas

"Assalamualaikum" ~ Along "Waalaikumussalam" ~ Saya

"Hang kat mana? kalau kat opis boleh tolong check harga emas sekarang berapa?" ~ Along

"Ok. sat-sat, nanti orang msg" ~ Saya

Aku masuk laman blog rakan UiTM, En. Zamri (http://emasmachang1.blogspot.com)

Hari sabtu lepas Along buat panggilan dari kampung.  Dia teruja dengan kejatuhan nilai emas terkini.  Sedikit perasaan gembira dapat dirasakan dalam perbualan pagi tu.  Terutama bila dimaklumkan sekarang 1 Dinar bersamaan dengan Ringgit Malaysia 760.00.

Pelik-pelik orang yang melabur emas ni.  Secara umumnya  rata-rata pelabur tegar akan berasa sedikit gusar bila nilai pelaburan mereka menurun.  Tapi tidak bagi pelabur emas.  Masih sedikit sangsi dengan sikat abang.

Petang tadi, di kedai Miji (seorang kakitangan HEA UiTM) masih lagi berbicang dan berborak tentang emas. Perbincangan lebih serius dengan dua orang agen emas. Seorang dah lama, sorang lagi masih baru lagi. 

"Betul ke nilai em…