Followers

Fan Page Facebook

Friday, September 30, 2011

*RALAT PEMBETULAN TEMPAT JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEPTEMBER - OKTOBER 2011 | PERHATIAN PELAJAR UiTM MACHANG | ACC106

Dimaklukan kepada semua pelajar UiTM Machang yang menduduki peperiksaan Akhir September - Oktober 2011 bagi kod Kursus ACC106. 

Terdapat sedikit RALAT PERUBAHAN TEMPAT PEPERIKSAAN.  Sila rujuk lampiran dibawah.

*Pastikan anda menghadirkan diri ke tempat yang betul mengikut Kod Kumpulan yang dicetak didalam Slip Menduduki peperiksaan.

RALAT TEMPAT PEPERIKSAAN AKHIR SEPTEMBER - OKTOBER 2011 (UiTM Machang)

Tuesday, September 27, 2011

Jeput-Jeput Pisang | Cekodok

Setiap pagi aku merindui jeput-jeput pisang atau cekodok panggilan manjanya.  Warna kuning keemasan sangat menggoda. Sangat effektif dimakan panas-panas. Bila dikoyak kelihatan asap keluar dari rongga mengeluarkan aroma yang harum. Sungguh menyelerakan. Paling sedap jika menggunakan pisang emas. Tapi ada yang kata pisang "awak" lagi sesuai.
Kredit Gambar dari http://www.cintarasa.com 

 Cekodok sangat mudah dan cepat untuk disediaan. Bahan-bahan pun mudah untuk didapatkan. Masih ingat lagi petua oleh mak, pisang (Pisang Emas atau Awak 5 biji, gandum dlm 1 cawan setengah,telur sebiji, sedikit garam, dan serbuk penaik. Campur semua bahan-bahan..tunggu setengah jam sampai kembang sikit tepung.. goreng!siap!

Sebelum kesekolah, cekodok ini dimakan bersama teh 'O' nipis. Kalau ada lebih, dimasukkan ke dalam plastik "The Store" sebagai bekalan. Nampak kelihatan mudah. Tetapi nilainya cekodokk tersebut sangat besar. Membesar dengan cekodok pergi menuntut ilmu masih melekat dalam otak. 

Sekarang, sebelum ke pejabat. Diatas meja, tersedia segelas kopi pekat dan 2 keping roti disapukan kaya.

Bila Bercakap Tentang Emas

"Assalamualaikum" ~ Along "Waalaikumussalam" ~ Saya

"Hang kat mana? kalau kat opis boleh tolong check harga emas sekarang berapa?" ~ Along

"Ok. sat-sat, nanti orang msg" ~ Saya

Aku masuk laman blog rakan UiTM, En. Zamri (http://emasmachang1.blogspot.com)

Hari sabtu lepas Along buat panggilan dari kampung.  Dia teruja dengan kejatuhan nilai emas terkini.  Sedikit perasaan gembira dapat dirasakan dalam perbualan pagi tu.  Terutama bila dimaklumkan sekarang 1 Dinar bersamaan dengan Ringgit Malaysia 760.00.

Pelik-pelik orang yang melabur emas ni.  Secara umumnya  rata-rata pelabur tegar akan berasa sedikit gusar bila nilai pelaburan mereka menurun.  Tapi tidak bagi pelabur emas.  Masih sedikit sangsi dengan sikat abang.

Petang tadi, di kedai Miji (seorang kakitangan HEA UiTM) masih lagi berbicang dan berborak tentang emas. Perbincangan lebih serius dengan dua orang agen emas. Seorang dah lama, sorang lagi masih baru lagi. 

"Betul ke nilai emas menurun sekarang?" ~ buat-buat tanyak untuk permulaan bicara.

"hehe..hehe.. lepas raya kot, sebab tu turun" ~ jawapan selamber badak dari seorang yang agak berpengalaman dengan dunia emas.

Dalam hati, Pelik! dah menurun boleh pulak dia gelak.  Tak risau rugi ke? Ye lah! Nilai belian pelaburan kita semakin menurun. Kan namanua rugi?

Perbincangan emas petang tadi berlarutan sehingga pukul 6 petang.  Rasa sangsi terhadap sikap Along tadi sedikit menurun.  Pelaburan jenis apa ini? Jiwa ini sedikit memberontak. Kepala sedikit pening.  Mungkin ilmu tak cukup untuk membuat penafsiran.

Biarkanlah otak ini berterusan berfikir. 

Teringat pulak kata-kata ini : "pelaburan emas ini adalah pelaburan jangka panjang.  Pelaburan yang dah lama menjadi warisan nenek moyang kita dahulu. Pelaburan yang belum pernah luput sehingga hari ini.  Tidak pernah berubah kaedah dan caranya. Berfikirlah untuk pencerahan."

Friday, September 23, 2011

LIBAS of the years

Petang tadi layan tengok The Making of "Libas" kat TV3. Ada sedikit kelainan cuba ditonjolkan dalam filem Melayu. Kalau tidak seram, gengster dan cintan-cintun sukar untuk di percayai yang itu adalah filem Melayu. Tak pernah lagi rasanya orang buat cerita pasal sepak takraw.... Semoga ada sambungan lagi. Tak sabar nak pergi tengok. subuah filem comical/aksi komedi yg mengisahkan tentang Adnan Saladdin (rosham nor) seorang pakar LIBASAN dalam permainan sepak takraw (LIBAS). dia digelar sebagai raja libas MALAYSIA. Kehebatannya amat digeruni pihak lwn terutamanya dari pasukan siam. kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia cedera parah apabila raja libas gagal menampan bola rejaman dari killer siam Ak Nangkhong (yus) akibatnya malaysia tumpas utk kali kedua berturut-turut. jurulatih dan rakan sepasukan Megat (beego) menyalahkan adnan kerana kekalahan itu sehinnga jurulatih sanggup utk memutuskan pertunangan anaknya Ratna (Scha Al-Yahya) dgn adnan. Raja Libas resah apabila Mr.Wilson menawarkan perlawana Libas underground lebih awal dari selalunya utk mendapatkn bola warisan yg mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Raja Libas berfikir siapa lagi yg harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain thailand. Akhirnya raja libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yg terdiri daripada Megat (pemain lama) Hamadi (Johan Raja Lawak), Kumok (fazli) yg merupakan taruhan Raja Libas untuk menentang Thailand. diperlawana akhir, Malaysia teruk dibelasah Thailand, Mampukan Raja Libas Mempertahankan maruah negara? nantikan kesudahnya di pawagam2 tahun depan.. LIBAS 2010!

Sunday, September 18, 2011

Korang Nak Exam, Korang Baca Sini | Student UiTM Kelantan

Aku pernah posting benda alah ini sekian lama dulu.  Tapi, tak tahu kenapa tiba-tiba terasa nak bagitau lagi berkenaan perkara ini.  Kalau korang rasa korang nak exam, korang baca sini.

Peperiksaan merupakan aktiviti yang digeruni menjadi sebahagian daripada hidup kita yang tidak dapat dielakkan.  Tak kiralah peperiksaan secara formal atau tidak formal.  Debaran menghadapi peperiksaan sudah cukup membuatkan aku gila dulu.  Terasa macam nak pegi mengorat awek cun yang dah lama aku minat.  Nak tercabut jantung. Sama perasaan waktu nak masuk ujian memandu, tambah-tambah waktu test bukit.  Ataupun, perasaan semasa main aktiviti air di Bukit Merah Laketown Resort "Boomerang".  Tak percaya, korang pergi rasa sendiri.

Bermula minggu lepas, UiTM Kelantan terasa Aura kegelapan peperiksaan seakan-akan menyelubungi blogger-blogger yang masih bergelar student (khususnya student uitm) seolah-olah pandangan mata kabur disaluti kabus tebal.  Blog-blog agak jarang dikemaskini dan hasil karya penulisan menjadi hambar.  Perasaan menghadapi peperiksaan sukar untuk digambarkan sama seperti orang yang memendam rasa rindu dan dendam kekadang melebihi waktu bercinta.  Jangan berasa pelik jika perkara-perkara paranormal luar jangka berlaku dalam musim peperiksaan.  Antara fenomena ganjil penuh mistik yang menghantui pelajar-pelajar termasuk aku dulu
  • Tiba-tiba selera makan bertambah-tambah,
  • Perasaan mengantuk semakin menjadi-jadi dan mata pantang melihat bantal,
  • Alahan bila melihat nota-nota kecil yang bertimbun,
  • Alahan terhadap kedai-kedai mamak bila malam menjelang,
  • Tiba-tiba rajin menelaah buku-buku motivasi Cara-cara Mengatasi Stress,
  • Tiap-tiap malam telefon mak,
  • Awek telefon tiba-tiba "bad mood",
  • Tiba-tiba badan menjadi demam,
  • Alam menjadi gelap seakan-akan tiada matahari muncul,
  • dan macam-macam lagi perkara pelik...
Fenomena-fenomena inilah yang perlu ditempuhi dan menjadi seorang yang juara.
Pelbagai ragam kita boleh lihat.  Bermacam-macam method atau kaedah yang diaplikasi oleh pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan.  Seolah-olah nak berperang diantara hidup dan mati.  Berbagai-bagai persediaan dilengkapkan demi satu perjuangan.  3 minggu tempoh peperiksaan terasa lambat.  Walaupun cuma 5 hari jer paper exam.  Rasa macam hidup ini serba tak kena. Itu tak kena, Ini tak kena. 

Aku fikir 3 tahun bersamaan 6 semester menempuhi debaran musim peperiksaan tamatlah bila aku graduate nanti.  Tapi sekarang, situasi yang sama masih lagi aku perlu tempuhi.  Sememangnya takdir Qada' dan Qadar telah menetapkan aku dan peperiksaan tidak dapat dipisahkan.  Setelah memilih kerjaya sebagai Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik (Bahagian Rekod dan Peperiksaan) debaran lebih terasa menjelang minggu peperiksaan.  Malahan, debaran menguruskan peperiksaan lebih kencang dan lebih awal berbanding menjadi seorang pelajar dulu... Terasa sikit demi sedikit rambut aku gugur...

So..kepada semua blogger-blogger tegar yang sedang menempuhi fenomena-fenomena exam aku nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan dengan jayanya.. Semoga mendapat ketenangan didalam dewan pepeperiksaan.  "Utamakan tawakal, lebihkan usaha".
Aku nak share 78 tips2 untuk study (Study Tips) yang aku jumpa. Sila klik sini!
Pastu nih ada beberapa taktik exam yang aku masih lagi ingat:
  1. Step pertama yang korang kena buat adalah baca keseluruhan soalan sebab kadang-kadang soalan itu sendiri dapat memberi gambaran jawapan bagi soalan-soalan lain.
  2. Tetapkan masa untuk setiap soalan yang betul-betul yakin dapat menjawab.  Jangan membazirkan masa anda memikirkan soalan-soalan yang sukar.
  3. Selalu ingat perkataan ni "First impression is the last impression".  Jawab soalan yang betul-betul diyakini dahulu mengikut urutan. Sebab pemeriksa adalah manusia biasa seperti kita jugak.
  4. Underline the key-word (point-point penting).  Sebabnya sekiranya pemeriksa nak cepat mungkin dia hanya merujuk kepada key point tersebut untuk mengetahu tahap pelajar tersebut. nak banyak lagi klik kat sini.
L/P: Semoga berjaya...
umpama mimpi dalam mimpi

Thursday, September 15, 2011

Suatu Perjalanan | Nukilan Sang Hati Untuk Jiwa

Salam pembuka bicara,

Buat diri ini yang menempuh jalan yang berliku,
Ingat!
Ianya sebahagian suatu perjalanan,
Setiap perjalan bakal menghubungkan ke suatu perjalan yang lain,

Perjalanan yang lalu hanya sekadar coretan sejarah,
Sejarah yang harus disusun menjadi rentetan yang indah,
Biarpun parah,
Ianya hakikat warna - warni penambah ceria,

Sepanjang perjalanan tempuhilah simpang-simpang dengan berhemah,
Gunalah kebijaksanaan yang ada menuju ke hala nya,
Berhenti seketika cukuplah sekadarnya,
Sekiranya gundah gulana menimpa,
Biarkan ia dan tenangkan semula......

Dari Machang > Tanah Merah > Jeli > Grik > ???????

Wednesday, September 7, 2011

Iklan Raya TV3 Yang Diharamkan

Tuesday, September 6, 2011

Iklan Raya KFC

Monday, September 5, 2011

Iklan Raya Indonesia | Memang Best

Sunday, September 4, 2011

Iklan raya Petronas (Becha man)

Friday, September 2, 2011

Sebening Syawal | Iklan Raya Brand Marketing Majalah Karangkraf |

Iklan Hari Raya Tahun 80an

Thursday, September 1, 2011

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger