Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 7, 2011

Resepi Rahsia Daging Kari Minangkabau | Juadah Bersahur Ramadhan ke-7

Malam ini kami bergotong-royong ramai-ramai menyediakan bahan-bahan untuk juadah bersahur.  Terasa macam persediaan untuk sebuah majlis kenduri lah pulak.

Chef Aidil Zaquan selaku ketua tukang masak malam ini dah meracang strategi.  Kami membatu memotong daging, bawang, perah santan dan menumbuk bahan-bahan tumisan.  Semuanya kami buat beramai-ramai.  Enjoy!

Menurut Chef, dia nak masak kari daging istemewa ala Negori Sembilan.  Al-maklumlah, beliau dari keturunan Minangkabau.  Malam ini, dia mewariskan petua untuk melembutkan daging.  Katanya, petua ini adalah warisan turun-temurun keluarganya.

Aku tak boleh nak dedahkan resepi daging kari Chef Aidil Zaquan kat sini.  Kalau korang nak, tanya dia sendiri.  Resepi kari daging ini adalah rahsia keluarganya.

Malam ini, dah malam ke-7 kami bersahur dengan masak sendiri.  Terasa meriah ramadhan kali ini.  Erm.. amalan pulak? macam mana? Tak kan definisi ramadhan kali ini hanya makan? Fikir-fikirkan lah...

Selamat bersahur...

Ucapan Takziah Untuk Shukri

Malam tadi aku berpeluang bersama-sama Shafiq Sali ke majlis pengkebumian ibu kepada Shukri staff USMB UiTM Kelantan.

Takziah diucapkan kepada beliau, semoga ujian dibulan ramadhan ini menambahkan lagi ketaqwaan beliau.  Arwah Ibunya yang terlantar di Hospital telah menghembuskan nafas tengah hari tadi 6/8/2011 bersamaan 6 Ramadhan 1432 hijrah dan selamat di kebumikan malam tadi jam 11.00.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.  Al-Fatihah.

Terkenang arwah tok yang telah meninggal 2 tahun lepas. Dah dua kali Ramadhan tidak bersama arwah tok. Teringat sewaktu menemani tok tidur di teratak kecil nya.  Setiap kali raya aku pasti lewat menemani tok sebab banyak rancangan best.  Rumah tok tak ada bekalan elektrik.

InsyaAllah, aku juga akan menemani tok di sana nanti.  Dan itu adalah pasti.  Aku juga akan mati meninggalkan jasad kosong ini. Al-Fatihan untuk arwah tok dan semua umat islam yang telah meninggalkan dunia fana ini.