Wednesday, August 31, 2011
Tuesday, August 30, 2011
Monday, August 29, 2011
Malam Raya
Malam raya macam-macam aktiviti yang bangsa melayu buat. Berbeza dengan malam raya bagi bangsa lain....
Ada setengahnya masih bermain internet macam aku sekarang....
Ada setengahnya masih bermain internet macam aku sekarang....
Sunday, August 28, 2011
Saturday, August 27, 2011
Selamat Hari Raya
...burung-burng berlari laju, ayam berterbangan bebas, begitu juga kucing melompat-lompat dari dari pohon kelapa ke pohon kelapa yang lain... sambil bergayut-gayut riang...perasaan yang syahdu menyelubungi diri...ini... tak dapat hendak digambarkan perasaan ini bila berada di kampung halaman, menyambut hari raya yang mulia...
"Maaf Zahir dan Batin,,.. Selamat Hari Raya.. Semoga kita Semua Kembali ke Fitrahnya"
"Maaf Zahir dan Batin,,.. Selamat Hari Raya.. Semoga kita Semua Kembali ke Fitrahnya"
Friday, August 26, 2011
Thursday, August 25, 2011
IKLAN RAYA BALIK KG SAMPAI KUBUR
Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja..http://www.stormreaders.net/notainsanhttp://www.notainsan.blogspot.comhttp://mystormwarrior.com/hishamsila hubungi: 012-2420437 [saljuhumairah] untuk pertanyaan dan urusan pembelian/tempahan
Salah Satu Iklan Terbaik Di Dunia - @IFS
Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja..http://www.stormreaders.net/notainsanhttp://www.notainsan.blogspot.comhttp://mystormwarrior.com/hishamsila hubungi: 012-2420437 [saljuhumairah] untuk pertanyaan dan urusan pembelian/tempahan
Jom Balik Kampung Rakan-Rakan | Selamat Hari Raya
Wednesday, August 24, 2011
Tuesday, August 23, 2011
120 km\h goal .. freaking awesome !
KAMI BLOGGER PERIHATIN
Dari SEGMEN : KAMI BLOGGER PERIHATI BEN ASHAARI
Ini adalah segmen sebagai sokongan terhadap kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA atau IRM .
Jika ada yang berminat untuk menderma , boleh ke laman ini :http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/
Terbuka buat semua blogger ... Tutup sehingga 1 Syawal nanti.. Ini adalah sticky post.. Terima kasih ...
Tiada penyenaraian url blog ... IKHLAS KERANA ALLAH ..dan juga kerana mereka , saudara seagama ..
Ini adalah segmen sebagai sokongan terhadap kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA atau IRM .
Sebagai
blogger , kita punya tanggungjawab sosial tersendiri . Berbeza dengan
mereka yang bukan blogger . Blogger memainkan peranan yang penting di
waktu ini memandangkan dunia internet telah mendapat sambutan yang amat
hebat . Blogger perlu bijak mengambil kesempatan ini dengan menghebahkan
mengenai kempen ini di dalam blog masing masing ..
Tak
susah .. 1 blog ada 100 pembaca katakan .. Dalam 100 tu dapat seorang
derma RM10 .. Cukuplah.. Kalau yang menghebahkan lebih dari 100 blog ?
200 ? Berapa dah kutipan derma ? Mereka tak tau jadi blogger yang yang
memberitahu.. Tak susahkan ?
Rakan rakan di FACEBOOK , TWITTER dan blog , sama sama kita sebarkan ..
" RM 3 juta menjelang Syawal yg IRM perlukan utk Somalia tidak mustahil, Insya ALlah! Dermalah dlm 10 terakhir Ramadan ini. "
Buat rakan rakan blogger , jom kita sebarkan melalui segmen ini ..
Sila buat satu entri khas ..
- Letak Header Ben Ashaari Blog
- Tajuk : KAMI BLOGGER PRIHATIN dan linkkan ke entri ini .
Jika ada yang berminat untuk menderma , boleh ke laman ini :http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/
Terbuka buat semua blogger ... Tutup sehingga 1 Syawal nanti.. Ini adalah sticky post.. Terima kasih ...
Tiada penyenaraian url blog ... IKHLAS KERANA ALLAH ..dan juga kerana mereka , saudara seagama ..
Monday, August 22, 2011
Sunday, August 21, 2011
Saljuhumairah dah tersenarai dalam ranking SEO google | Alhamdulillah
Setelah sekian lama ber 'blog' akhirnya saljuhumairah.blogspot.com dah tersenarai dalam google search engine sebagai blog yang tinggi SEO nya.
Alhamdulillah.
Hanya sekadar buat posting biasa-biasa dapat juga disenaraikan.
Kalau korang tak percaya, cuba taip di google perkataan : 'saljuhumairah'
Macam dalam gambar kat bawah ni:
Alhamdulillah.
Hanya sekadar buat posting biasa-biasa dapat juga disenaraikan.
Kalau korang tak percaya, cuba taip di google perkataan : 'saljuhumairah'
Macam dalam gambar kat bawah ni:
Top 5 impossible goals
Penjaring-penjaring gol tegar:
5: Shota Arveladze
4: Nuno Gomes
3: Roberto Carlos vs. France
2. Aleksandr Aliev
1. Roberto Carlos vs. Tenerife
<iframe width="420" height="345" src="http://www.youtube.com/embed/qK0w8PmpA8Q" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Monday, August 8, 2011
Resepi Rahsia Daging Kari Minangkabau | Juadah Bersahur Ramadhan ke-7
Malam ini kami bergotong-royong ramai-ramai menyediakan bahan-bahan untuk juadah bersahur. Terasa macam persediaan untuk sebuah majlis kenduri lah pulak.
Chef Aidil Zaquan selaku ketua tukang masak malam ini dah meracang strategi. Kami membatu memotong daging, bawang, perah santan dan menumbuk bahan-bahan tumisan. Semuanya kami buat beramai-ramai. Enjoy!
Menurut Chef, dia nak masak kari daging istemewa ala Negori Sembilan. Al-maklumlah, beliau dari keturunan Minangkabau. Malam ini, dia mewariskan petua untuk melembutkan daging. Katanya, petua ini adalah warisan turun-temurun keluarganya.
Aku tak boleh nak dedahkan resepi daging kari Chef Aidil Zaquan kat sini. Kalau korang nak, tanya dia sendiri. Resepi kari daging ini adalah rahsia keluarganya.
Malam ini, dah malam ke-7 kami bersahur dengan masak sendiri. Terasa meriah ramadhan kali ini. Erm.. amalan pulak? macam mana? Tak kan definisi ramadhan kali ini hanya makan? Fikir-fikirkan lah...
Selamat bersahur...

Sunday, August 7, 2011
Ucapan Takziah Untuk Shukri
Malam tadi aku berpeluang bersama-sama Shafiq Sali ke majlis pengkebumian ibu kepada Shukri staff USMB UiTM Kelantan.
Takziah diucapkan kepada beliau, semoga ujian dibulan ramadhan ini menambahkan lagi ketaqwaan beliau. Arwah Ibunya yang terlantar di Hospital telah menghembuskan nafas tengah hari tadi 6/8/2011 bersamaan 6 Ramadhan 1432 hijrah dan selamat di kebumikan malam tadi jam 11.00.
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
Terkenang arwah tok yang telah meninggal 2 tahun lepas. Dah dua kali Ramadhan tidak bersama arwah tok. Teringat sewaktu menemani tok tidur di teratak kecil nya. Setiap kali raya aku pasti lewat menemani tok sebab banyak rancangan best. Rumah tok tak ada bekalan elektrik.
InsyaAllah, aku juga akan menemani tok di sana nanti. Dan itu adalah pasti. Aku juga akan mati meninggalkan jasad kosong ini. Al-Fatihan untuk arwah tok dan semua umat islam yang telah meninggalkan dunia fana ini.

Saturday, August 6, 2011
Aidil Zaquan Chef Terhebat | Bersahur dengan Juadah Barat | Spaghetti Carbonara
Juadah sahur yang berbeza setiap meningkatkan semangat makan yang tinggi. Kalau tidak tidur atas meja berbantalkan pinggan.
Pagi ni kami bersahur dengan menu sedikit ala kebaratan. Kali ini Chef Aidil Zakuan yang menyediakan hidangan barat yang hebat ini. Pertama kali aku makan Spaghetti carbonara sewaktu bekerja di Bukit Merah Laketown resort dulu.
Dulu-dulu aku hanya tahu Spaghetti Bolognese. Spaghetti yang kuahnya warna merah dan sedikit pedas. Tak pernah aku jumpa kuah warna putih dan pagi ini nostalgia ditempat kerja lama kembali. Lama tak rasa. Mula-mula makan agak kurang berselera, tapi kalau dah biasa sedap lah pulak. Spaghetti Carbonara ini sesuai untuk orang yang tak suka pedas.
Mudah untuk disediakan dan sangat ringkas. Di ingatkan sewaktu memilih sos spaghetti pastikan yang betul-betul halal. Sebab banyak dipasaran yang ada keraguan.
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:

- 1/2 paket Spaghetti - direbus dengan air dan minyak supaya tak melekat. Setelah lembut, biarkan didalam penapis supaya betul-betul kering air.
- 1 tin sos pasta putih - Lynn choose brand Prego
- 4 ulas bawang putih - dicincang kasar
- 1 tin cendawan butang
- 1 biji bawang besar - dipotong dadu
- 15 ekor udang - dihiris sederhana (nak letak lebih pun boleh)
- 3 sosej ayam - dihiris sederhana (Qistina suka makan sosej tu yang letak sosej tu)
- 2 batang celeri - dihiris
- Minyak
- Lada sulah
- Garam
- 1/2 tin air (sukatan tin Pergo)
Cara-cara memasak:
- Panaskan minyak, kalau boleh guna minyak zaitun baru western sikit... Tumis bawang putih sehingga naik bau...
- Masukkan sos pasta dan air...Biarkan sehingga hampir mendidih...Jangan biarkan jer...Kena kacau supaya tak berketul-ketul plak kuah tu nanti...
- Masukkan cendawan butang, udang & sosej...Bila dah agak nak masak baru masukkan celeri...
- Masukkan lada sulah...ikut rasa
- Sesudah mendidih, padamkan api...dan tuang keatas spaghetti yang dah direbus tadi.
Juadah Bersahur Mudah | Khas untuk bujangan yang mementingkan kesihatan
Semalam aku bersahur bersama Aidil Zaquan lebih awal dari kebiasaan. Takut-takut terlewat bangun. Ahli-ahli rumah yang lain semuanya bersahur bersama keluarga masing-masing. Betapa indahnya mereka tak dapat aku gambarkan.
Pening kepala memikirkan apa yang patut dimakan. Setelah melihat beberapa bahan yang ada di dapur, tiba-tiba teringat chef faizal yang dulunya pernah menjadi sifu aku.
Terkenang kata-katanya sewaktu aku bekerja sebagai tukang basuh pinggan dulu.
"Sham, kita perlu kreatif menggunakan apa yang ada didepan mata. Yang penting asasnya" Chef Faizal cuba memberi nasihat bila aku asyik menonton beliau memasak.
"Baik bos! hehehe..." aku membalas dengan penuh yakin. Tetapi sedikit bergurau sambil menyambung basuh pinggan yang betimbun.
"Bagi aku dinner plate 10" arahan biasa seorang chef kepada steward.

So, malam ni aku nak kongsi dengan korang menu Juadah bersahur yang ringkas mungkin sebagai menu tambahan untuk menambahkan selera korang bersahur. Resepi yang aku reka sendiri menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Kalau korang ada bahan lain lagi bagus.
Sayur Campur ala Barat + Cina
Bahan-bahan:
Pening kepala memikirkan apa yang patut dimakan. Setelah melihat beberapa bahan yang ada di dapur, tiba-tiba teringat chef faizal yang dulunya pernah menjadi sifu aku.
Terkenang kata-katanya sewaktu aku bekerja sebagai tukang basuh pinggan dulu.
"Sham, kita perlu kreatif menggunakan apa yang ada didepan mata. Yang penting asasnya" Chef Faizal cuba memberi nasihat bila aku asyik menonton beliau memasak.
"Baik bos! hehehe..." aku membalas dengan penuh yakin. Tetapi sedikit bergurau sambil menyambung basuh pinggan yang betimbun.
"Bagi aku dinner plate 10" arahan biasa seorang chef kepada steward.
Sup Sayur Campur
Sayur Campur ala Barat + Cina
Bahan-bahan:
- Bawang putih 3 ulas. (dimayang)
- Bawang merah 2 biji. (dimayang)
- Bawang besar 1 biji (potong bentuk 'ring' untuk hiasan dan menambah selera)
- Cendawan butang atau apa cendawan yang tak beracun. Potong mengikut kesuaian korang (boleh beli yang dalam tin, kalau yang segar lagi bagus.)
- Brocoli (bunga kobis yang berwarn hijau) dipotong memanjang.
- Bunga kobis.
- Lobak merah / carrot. (potong halus-halus)
- Cili besar dipotong mengiring.
- Tomato 1 biji. (Potong memanjang)
- Telur sebiji.
- 3 Sudu besar Sos tiram.
- Garam.
- Serbuk ayam knorr.
- Minyak untuk menumis.
- 2 Sudu Tepung jagung dibacuh dengan separuh cawan air.
- Air untuk rebus.
- Panaskan air agak-agak untuk menenggelamkan sayur-sayur tadi didalam periuk Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan Cendawan, Brocoli, Bunga Kobis, Lobak Merah. Kemudian masukkan sedikit garam untuk mengekalkan warna sayur. Besarkan api sedikit dan biarkan bahan-bahan tadi agak-agak lembut tetapi jangan sampai layu hilang zat sayur tersebut. Masukkan Cili dan bawang besar.
- Setelelah sayur tadi lembut, tapis dan simpan air rebusan sayur tadi. Letakkan sayur kedalam mangkuk.
- Kemudian, panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menumis. Pastikan minyak betul-betul panas. Tumiskan bawang merah dan putih tadi sehingga kekuningan.
- Masukkan sos tiram. Tunggu sehingga sos mendidih dan masukkan air rebusan sahur tadi. Biarkan sehingga mendidih dengan api yang besar.
- Masukkan air bancuhan tepung jagung. Setelahk 2 minit, masukkan telur dan kacau perlahan-lahan sehingga hancur. Tutup api dan biarkan 1 minit untuk memastikan telur tadi menjadi putih.
- Tuang kedalam sayur yang telah direbus tadi.
- Siap untuk dimakan.
Thursday, August 4, 2011
Resipi Malas Bangun Sahur | Kredit Untuk Pink Lady | Resepi Daging Singgang Pink
Dalam mengantuk mata terpejam tercelik pasti korang malas memasak untuk bersahur. Walaupun bangun, tapi tak ada idea nak masak apa kan. Lastly minum air dan makan buah kurma tiga biji pastu tidor balik. Esok tengah hari mula lah malas bekerja.
Sahur tetap kena sahur. Hari ini aku nak berkongsi idea malas memasak waktu sahur. Mungkin malam ini korang boleh try. Walaupun, korang bangun lewat korang stil boleh masak. Resepi ini aku dapat dari sorang staff office, Pink Lady. Kalau resepi berbuka dalam 3 entry lepas aku ambil dari staff office Kak Atie.
Senang ambil resepi dari orang yang dah berpengalaman. Sebab kalau tak jadi boleh salahkan diorang hehehe... Kalau dari buku resepi belum tentu jadi lagi..sebab tak tahu sukatan yang betul-betul....hehe.. senang cerita malas memasak resepi yang susah-susah. Bila tanya orang, kita boleh mintak resepi yang mudah-mudah. Kalau tak ada bahan boleh ganti dengan bahan altenatif lain.
Resepi kali ini dinamakan Daging Singgang Pink Lady
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bangun, sahur, jangan tak bangun.

- Daging potong nipis-nipis (atau tulang) - Kuantiti ikut suka korang nak taruk banyak mana.
- 3 Ulas Bawang Merah, 3 Ulang Bawang Putih, 4 Tangkai Cili Kering, 1/2 Inci Halia, 1/2 Inci Lengkuas dan 1 Sudu Kecil rempah Ketumbar. Kalau korang nak letak lebih kuantiti bahan-bahan tersebut pun boleh. Semua bahan tersebut di tumbuk atau guna blender jer senang.
- Asam keping 3@4 keping. (ikut sesedap rasa)
- Masukkan semua bahan ke-2 (yang telah ditumbuk@blend) dalam sebuah periuk, dan jangan lupa asam keping sekali. Then, taruk air mengikut kuantiti daging (melepasi paras daging atau lebih lagi).
- Masak bersama bahan-bahan yang telah ditaruk tadi sehingga daging empuk (lembut boleh digigit dengan gigi korang)
- Lasly, masukkan garam secukup rasa. Lagi best kalau korang tarukkan bahan perasa tambahan lain seperti chicken stock knorr.
- Siap untuk dimakan waktu sahur.
Bangun, sahur, jangan tak bangun.
Wednesday, August 3, 2011
Buku Ramlee Awang Murshid | Tobiruo | RM19.90
Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:
Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja..
http://www.stormreaders.net/notainsan
http://www.notainsan.blogspot.com
http://mystormwarrior.com/hisham
sila hubungi: 012-2420437 [saljuhumairah] untuk pertanyaan dan urusan pembelian/tempahan
Labels:
ALAF 21,
BELI BUKU,
BUKU,
BUSINESS ONLINE,
Online Book Store,
STORMREADER NETWORK,
TOMBIRUO
10 Tips For A Blessed and Successful Ramadan (Insh'Allah)
10 tips yang mungkin kita boleh cuba bersama-sama dalam bulan mulia yang dengan keberkatan ini.
Resipi Ringkas Kak Atie Yang Menusuk Kalbu
Pagi ini, Azwan Roya sedikit keterlewatan terjaga dari tidur untuk menunaikan ibadat sunat iaitu bersahur. Itupun setelah JPK (Jawatan Kuasa Perwakilan Kolej) melakukan pengumuman melalui pembesar suara.
"Bangun-bangun, dah pukul 5:20pagi" jeritan Azwan Roya bagaikan sakti menggemparkan seluruh alam.
Selamat Tuhan mengurniaakan nikmat menggerakkan semua penghuni rumah untuk bangun sama-sama bersahur.
"Dengan Nama Allah S.W.T. yang maha pengasih dan maha penyayang". Shamsol Saat memanaskan Resipi Daging Blackpapper disamping Ahmad Qassim Daudsu memanaskan Resipi sayur campur ciptaan Aidil Zaquan.
Sayur campur di sponsor sepenuhnya oleh Aidil Zaquan.
So, walaupun terlewat bangun masih sempat untuk bersahur kerana semunya terlah tersedia. Hanya sedikit masa diperlukan untk memanaskan lauk untuk menambakan selera sahur. Ye lah, pagi-pagi mana ada selera.
Walaupun ringkas, tapi kami menghadapi resipi itu dengan penuh ikatan ukhwah kerana ia diciptakan bersama-sama.
Banyak pelajaran penting yang kami lalui semalam.
"Alhamdulillah hari ini kita berjaya melakukan ibadah sahur yang paling afdal kerana melewat-lewatkan sahur" Ahmad Qassim Daudsu. Walaupun dalam bentuk yang santai ada makna disitu. Kami betul-betul berhenti makan lagi 5minit sebelum subuh.
Terima kasih kepada juruhebah kolej. Tuhan masih menggerakkan hati mu untuk mengejut kami. Jika tidak, kami hanya mampu untuk melihat juadah bersahur yang mungkin akan basi sebelum waktu berbuka.
Terima kasih juga kepada Kak Atie keranai fakulti bahagain HEA UiTM Kelantan yang sudi berkongsi resipi ringkas tapi sedap.
Setiap diri kita ini saling perlu memerlukan. Sesungguhnya Allah maha adil untuk setiap hamba-hambanya. Kita yang seringkali menzalimi diri kita sendiri.
Juadah Berbuka Puasa D.I.Y. | Resipi Daging Blackpepper- TAMIN
Dalam bulan puasa yang penuh dengan keberkatan ni pasti korang mencari-cari juada berbuka puasa yang mudah untuk disediakan. Terutama golongan bujang yang nak menjimatkan kos bagi mengumpul dana untuk mendirikan rumah tangga.
Sumber: http://www.trymasak.my/tamin/resepi.php?video=Daging%20Lada%20Hitam
Di bawah ni, ada video dari http://youtube.com yang akan 'guide' korang langkah demi langkah untuk masak resipi Daging Blackpaper.

Selamat mencuba!

1) Daging - direbus (500g)
2) Bawang merah - dihiris (2 ulas)
3) Bawang putih - dihiris (2 ulas)
4) Bawang besar - potong bulat (1/2 biji)
5) Sos lada hitam (1 sudu besar)
6) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
7) Kicap Lemak Manis TAMIN (1 sudu besar)
8) Sos Tiram TAMIN (1 sudu besar)
9) Sos Tomato TAMIN (1 sudu besar)
10) Garam Halus TAMIN (secukup rasa)
11) Daun bawang
12) Lada benggala merah/hijau
13) Minyak (sedikit)

Rebus daging hingga empuk selama satu atau dua jam.
Tumis bawang.
Masukkan sos lada hitam dan serbuk lada hitam. Kacau.
Masukkan sos tiram, sos tomato, dan kicap manis.
Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging, serta garam.
Masukkan lada benggala. Kacau seketika.
Masukkan bawang besar dan daun bawang.
Kacau seketika dan hidang.
Labels:
daging blackpaper,
juadah berbuka puasa,
Ramadhan,
resipi
DiBawah Langit-MU By OPICK Yang Best
Album kedua OPICK yang aku miliki adalah Di Bawah LangitMu. Hits pertama album ni semestinya Di Bawah LangitMu. Maksud lirik yang terlalu bermakna dan mendalam sehingga kelubuk hati.
Lagu “Di Bawah LangitMu”
Artis “Opick”
Di Bawah Langitmu
Bersujud Semua
Memuji Memuja Asmamu
dan Bertasbih Semua
Makhlukmu Tunduk
Mengharap Cinta dan Kasihmu
Cahaya Ilahi
Hangatnya Di Hati
Di Langkah Sejuta Wajah
Terbata Penuh Salah
Jalani Sang Hidup
Terluka Terhempas Berdosa
Hitam Putih Jalan Hidup
Pahit Getir Warna Dunia
Tangis Tawa Rasa Hati
Terluka Atau Bahagia
Rasa Bangga Sementara
Setiap Duka Tak AbaDi
Semuanya Wajah Kan Dipuji
Pada Allah Kita Kan Kembali
umpama mimpi dalam mimpi
Labels:
ALBUM OPICK,
ARTIS,
AUNUR ROFIQ LIL FIRDAUS,
CAHAYA HATI,
DIBAWAH LANGIT MU,
ISTIGHFAR,
LIRIK LAGU,
MAHA MELIHAT,
MUZIK,
NASYID,
OPICK,
RAPUH,
SEMESTA BERTASBIH,
TAUBAT,
YA RAHMAN
Sami Yusuf - Asma Allah
Tuesday, August 2, 2011
REM - Mulianya Ramadhan
Labels:
Harapan Ramadhan,
Ramadhan
iPHONE 4 - DIGI PLAN
REF: http://www.digi.com.my/iphone/why.html
Why iPhone 4?
The fastest, highest-resolution iPhone.
FaceTimeiPhone 4 makes video calling a reality. See your friends while you talk to them and make phone calls like you've never seen before. iPhone 4 to iPhone 4 over Wi-Fi. |
Retina displayIt's the sharpest, most vibrant, highest-resolution phone screen ever. With four times the pixel count of the previous iPhone, images and text are amazingly crisp. |
MultitaskingRun multiple apps at the same time and switch between them instantly. All without sacrificing performance or battery life. |
HD video recordingNow you'll always have a great HD video camera with you. Record, edit, and share HD video right on iPhone 4. |
5-megapixel cameraPhotography on iPhone 4 takes a giant leap forward. The 5-megapixel camera includes a 5x digital zoom, a built-in LED flash, and improved low-light performance. |
AirPlay EnhancementsGet more play out of AirPlay - in addition to music, movies, and photos, AirPlay now lets you stream videos! Shoot a video and instantly share it with everyone in the room. |
Safari PerformanceSurf at the speed of fast with the new Nitro JavaScript engine powering Safari. It runs JavaScript up to twice as fast, which means you get more speed behind each page load! |
iTunes Home SharingAccess iTunes from anywhere in the house using your home Wi-Fi network. Listen to music. Watch a movie. On whichever device you want - without having to download or sync. |
Personal Hotspot for iPhone 4If you find yourself without access to Wi-Fi but in 3G territory, enable Personal Hotspot and share 3G data connection with your Mac, iPad, or other Wi-Fi-capable device. |
Monday, August 1, 2011
Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai
Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja..http://www.stormreaders.net/notainsanhttp://www.notainsan.blogspot.comhttp://mystormwarrior.com/hishamsila hubungi: 012-2420437 [saljuhumairah] untuk pertanyaan dan urusan pembelian/tempahan
Subscribe to:
Posts (Atom)