Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 31, 2011

Aidil Zaquan Chef Terhebat | Bersahur dengan Juadah Barat | Spaghetti Carbonara

Juadah sahur yang berbeza setiap meningkatkan semangat makan yang tinggi. Kalau tidak tidur atas meja berbantalkan pinggan.

Pagi ni kami bersahur dengan menu sedikit ala kebaratan.  Kali ini Chef Aidil Zakuan yang menyediakan hidangan barat yang hebat ini. Pertama kali aku makan Spaghetti carbonara sewaktu bekerja di Bukit Merah Laketown resort dulu. 

Dulu-dulu aku hanya tahu Spaghetti Bolognese. Spaghetti yang kuahnya warna merah dan sedikit pedas. Tak pernah aku jumpa kuah warna putih dan pagi ini nostalgia ditempat kerja lama kembali. Lama tak rasa.  Mula-mula makan agak kurang berselera, tapi kalau dah biasa sedap lah pulak.  Spaghetti Carbonara ini sesuai untuk orang yang tak suka pedas. 

Mudah untuk disediakan dan sangat ringkas.  Di ingatkan sewaktu memilih sos spaghetti pastikan yang betul-betul halal.  Sebab banyak dipasaran yang ada keraguan.

Bahan-bahan:

1/2 paket Spaghetti - direbus dengan air dan minyak supaya tak melekat. Setelah lembut, biarkan didalam penapis supaya betu…

Juadah Bersahur Mudah | Khas untuk bujangan yang mementingkan kesihatan

Semalam aku bersahur bersama Aidil Zaquan lebih awal dari kebiasaan.  Takut-takut terlewat bangun.  Ahli-ahli rumah yang lain semuanya bersahur bersama keluarga masing-masing. Betapa indahnya mereka tak dapat aku gambarkan.

Pening kepala memikirkan apa yang patut dimakan.  Setelah melihat beberapa bahan yang ada di dapur, tiba-tiba teringat chef faizal yang dulunya pernah menjadi sifu aku.

Terkenang kata-katanya sewaktu aku bekerja sebagai tukang basuh pinggan dulu.

"Sham, kita perlu kreatif menggunakan apa yang ada didepan mata. Yang penting asasnya" Chef Faizal cuba memberi nasihat bila aku asyik menonton beliau memasak.

"Baik bos! hehehe..." aku membalas dengan penuh yakin. Tetapi sedikit bergurau sambil menyambung basuh pinggan yang betimbun.

"Bagi aku dinner plate 10"  arahan biasa seorang chef kepada steward.

Resipi Malas Bangun Sahur | Kredit Untuk Pink Lady | Resepi Daging Singgang Pink

Dalam mengantuk mata terpejam tercelik pasti korang malas memasak untuk bersahur.  Walaupun bangun, tapi tak ada idea nak masak apa kan.  Lastly minum air dan makan buah kurma tiga biji pastu tidor balik.  Esok tengah hari mula lah malas bekerja. 

Sahur tetap kena sahur.  Hari ini aku nak berkongsi idea malas memasak waktu sahur.  Mungkin malam ini korang boleh try.  Walaupun, korang bangun lewat korang stil boleh masak.  Resepi ini aku dapat dari sorang staff office, Pink Lady.  Kalau resepi berbuka dalam 3 entry lepas aku ambil dari staff office Kak Atie. 

Senang ambil resepi dari orang yang dah berpengalaman.  Sebab kalau tak jadi boleh salahkan diorang hehehe... Kalau dari buku resepi belum tentu jadi lagi..sebab tak tahu sukatan yang betul-betul....hehe.. senang cerita malas memasak resepi yang susah-susah.  Bila tanya orang, kita boleh mintak resepi yang mudah-mudah.  Kalau tak ada bahan boleh ganti dengan bahan altenatif lain.

Resepi kali ini dinamakan Daging Singgang Pink Lady

10 Tips For A Blessed and Successful Ramadan (Insh'Allah)

10 tips yang mungkin kita boleh cuba bersama-sama dalam bulan mulia yang dengan keberkatan ini.

Resipi Ringkas Kak Atie Yang Menusuk Kalbu

Pagi ini, Azwan Roya sedikit keterlewatan terjaga dari tidur untuk menunaikan ibadat sunat iaitu bersahur.  Itupun setelah JPK (Jawatan Kuasa Perwakilan Kolej) melakukan pengumuman melalui pembesar suara. 
"Bangun-bangun, dah pukul 5:20pagi" jeritan Azwan Roya bagaikan sakti menggemparkan seluruh alam.
Selamat Tuhan mengurniaakan nikmat menggerakkan semua penghuni rumah untuk bangun sama-sama bersahur. 
"Dengan Nama Allah S.W.T. yang maha pengasih dan maha penyayang". Shamsol Saat memanaskan Resipi Daging Blackpapper disamping Ahmad Qassim Daudsu memanaskan Resipi sayur campur ciptaan Aidil Zaquan.  
Sebetulnya kedua-dua resipi Daging Blackpapper & Sayur Campur ala Barat telah siap kami sediakan malam tadi setelah pulang dari majlis berbuka puasa bersama Dato' Mustapa Mohammad.  Semua penghuni bergotong-royong menyiapkan Resipi ringkas Daging Blackpapper.  Setiap ahli mengambil bahagian masing-masing.  Shafiq Sali & Ediey Fahmi memotong bahan yang diper…

Juadah Berbuka Puasa D.I.Y. | Resipi Daging Blackpepper- TAMIN

Dalam bulan puasa yang penuh dengan keberkatan ni pasti korang mencari-cari juada berbuka puasa yang mudah untuk disediakan.  Terutama golongan bujang yang nak menjimatkan kos bagi mengumpul dana untuk mendirikan rumah tangga.

Sumber: http://www.trymasak.my/tamin/resepi.php?video=Daging%20Lada%20Hitam

Di bawah ni, ada video dari http://youtube.com yang akan 'guide' korang langkah demi langkah untuk masak resipi Daging Blackpaper.




Bahan-bahan




1) Daging - direbus (500g)
2) Bawang merah - dihiris (2 ulas)
3) Bawang putih - dihiris (2 ulas)
4) Bawang besar - potong bulat (1/2 biji)
5) Sos lada hitam (1 sudu besar)
6) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
7) Kicap Lemak Manis TAMIN (1 sudu besar)
8) Sos Tiram TAMIN (1 sudu besar)
9) Sos Tomato TAMIN (1 sudu besar)
10) Garam Halus TAMIN (secukup rasa)
11) Daun bawang
12) Lada benggala merah/hijau
13) Minyak (sedikit)
Selamat mencuba!


Cara Memasak Rebus daging hingga empuk selama satu atau dua jam. Tumis bawang. Masukkan sos lada hitam dan …

DiBawah Langit-MU By OPICK Yang Best

Album kedua OPICK yang aku miliki adalah Di Bawah LangitMu. Hits pertama album ni semestinya Di Bawah LangitMu. Maksud lirik yang terlalu bermakna dan mendalam sehingga kelubuk hati.

Lagu “Di Bawah LangitMu”
Artis “Opick”

Di Bawah Langitmu
Bersujud Semua
Memuji Memuja Asmamu
dan Bertasbih Semua

Makhlukmu Tunduk
Mengharap Cinta dan Kasihmu

Cahaya Ilahi
Hangatnya Di Hati
Di Langkah Sejuta Wajah
Terbata Penuh Salah
Jalani Sang Hidup
Terluka Terhempas Berdosa

Hitam Putih Jalan Hidup
Pahit Getir Warna Dunia
Tangis Tawa Rasa Hati
Terluka Atau Bahagia
Rasa Bangga Sementara
Setiap Duka Tak AbaDi
Semuanya Wajah Kan Dipuji
Pada Allah Kita Kan Kembali

umpama mimpi dalam mimpi

Sami Yusuf - Asma Allah

Lagu paling best dari Sami Yusuf. Asma Allah. Sangat mengasyikkan dan menenangkan jiwa.

REM - Mulianya Ramadhan

Safee Sali Bicycle Kick Compilation

iPHONE 4 - DIGI PLAN

REF: http://www.digi.com.my/iphone/why.html Why iPhone 4? The fastest, highest-resolution iPhone. FaceTime iPhone 4 makes video calling a reality. See your friends while you talk to them and make phone calls like you've never seen before. iPhone 4 to iPhone 4 over Wi-Fi. Retina display It's the sharpest, most vibrant, highest-resolution phone screen ever. With four times the pixel count of the previous iPhone, images and text are amazingly crisp. Multitasking Run multiple apps at the same time and switch between them instantly. All without sacrificing performance or battery life. HD video recording Now you'll always have a great HD video camera with you. Record, edit, and share HD video right on iPhone 4. 5-megapixel camera Photography on iPhone 4 takes a giant leap forward. The 5-megapixel camera includes a 5x digital zoom, a built-in LED flash, and improved low-light performance. AirPlay Enhancements
Get more play out of AirPlay…

Safee Sali Malaysian Striker

Aksi Lipatan Maut - Safee Sali & Amirulhadi Malaysia VS Singapura