Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 5, 2011

Kelantan @ Terengganu? | Hari Ahad Cuti Peristiwa 12 Jun 2011 betul ke?

Malam ini semestinya malam bersejarah bagi rakyat jelata kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu.  Pertembungan panas negeri berjiran ini pasti membakar.  Sebelum ini Kelantan berjaya menewaskan Terengganu dengan jaringan 3 - 0. So adakah Terengganu cuba mengebalikan maruah yang telah tercalar sebelum ini?


Semuanya malam ni. Aku? Aku menyokong Kelantan.  Sebabnya aku dah menetap disini 2tahun lebih.  Naluri menyatakan Kelantan adalah pasukan terbaik.

Sebabnya.......

Tadi aku tengok berita Kerjaan Negeri Kelantan mengisytihar cuti esok 12 Jun 2011 bagi memudahkan rakyat Kelantan yang pergi menonton bola di Kuala Lumpur.

Mana sumber? Korang tengok berita malam ni.  Aku pun sempat tengok petang tadi.  Tengah tunggu dari pihak pengurusan samaada UiTM cuti atau tidak.  Selalunya kalau SUK dah cuti...kitorang cuti jugak.. tapi tak tahu lah esok...

Boleh jugak baca kat sini: Final Piala FA: Kelantan isytihar cuti umum

Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:

Klik link …

Kenapa blog?

Kenapa aku ada blog? Adakah kerana revolusi media didalam jaringan maya? Atau kerana nak mengorat awek? Cool ke ada blog ni?

Kewujudan blog aku Saljuhumairah kalau korang perasan sejak tahun 2007 lagi.  Waktu dunia blog masih lagi menjadi perkara asing untuk budak-budak muda.  Waktu itu aku masih lagi seorang pelajar ipta tempatan di Shah alam.

Blog pertama aku dulu-dulu bukan Saljuhumairah, tetapi atheendoftheday. Blog ni dah lama berkubur yang tetap menggunakan platform blogspot. So balik kepada persoalan asal, kenapa blog?

Aku berblog semata-mata untuk memudahkan urusan merapu yang aku aku suka.  Hobi merapu aku tak pernah berhenti.  Asyik-asyik merapu tak habis-habis.

So, dengan adanya blog aku bebas merapu apa yang aku suka nak merapu.... that's all..

Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:
Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja..
http://www.stormreaders.net/notainsan
http://www.notainsan.blogspot.com
http://mystormwarrior.com/hisham
sila…

Loghat

Aku berasal dari Utara Semenanjung Malaysia.  Walaupun beralamat negeri perak, kampung aku berlokasi dihujung sempadan antara 3 negeri utara Pulau Pinang, Kedah dan Perak.  So, pengaruh komunikasi dalam kawasan tersebut memang bercampur baur.  Nak kata perak pun bukan, pulau pinang pun bukan kedah pun bukan.  Semuanya ada.  Tapi lebih berat kearah utara.

Sebut pasal loghat, ada dua definisi yang boleh ditafsirkan mengikut kefahaman aku. 

Bagi aku, loghat merujuk kepada gaya bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Di Malaysia, walaupun rakyatnya masing-masing menggunkan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Malaysia, namun mempunyai loghat yang berbeza mengikut kawasan. Bukan negeri ek! 

Aku? memandangkan negeri perak paling mudah dipengaruhi, loghat yang aku gunakan bermacam-macam ada.  Bukan perak, bukan pulau pinang, dan bukan kedah. Yang paling terkini kelantan (sebab sekarang aku tinggal di Kelantan).  So, cuba korang bayangkan macam mana bunyinya bila aku cuba mencampur aduk semu…

Dah memang namanya kerja | Batman

Dari pagi tadi aku memerap dalam opis tak balik-balik lagi...

Kerja..kerja oh kerja.. Sebenarnya aku bercuti hari ni. Dah apply dah dalam online...tapi tak sanggup.  Datang jugak opis.  Niat hati nak selesaikan apa yang patut...Tapi bila dah sampai opis biasalah, banyak masalah yang menjelma... Kelibat muka aku pantang kat opis ni.. rasa macam nak pakai topeng batman jer masuk opis.  Baru la tak ada yang perasan...

Selamat hari ni opis halfday.  Sampai setakat jam 3.30 jer.. Pejabat kat pantai timur ni pelik-pelik sikit...sebab hari jumaat memang cuti. So, waktu solat jumaat untuk negeri lain digantikan dengan balik awal hari khamis... ada pro and cont'.

Dapat la aku sambung sikit kerja yang SEGERA itu. Malangnya semua tenaga kerja dah pulang ke kampung halaman. Esok cuti.  Tinggal lah aku sorang-sorang yang sepi sendiri..... Tanpa bantuan, kuderat aku terbatas.  Kerja pun jadi lambat.  Semuanya slow and steady...sampailah pukul 11 tadi teman hidup aku sampai untuk menemani.  Haki…

Jom Mandi Jeram...

Baru perasan tadi, ramai jugak yang berkunjung ke saljuhumairah... No. kat atas ni memang cun...ada sapa -sapa nak buat no. plate kereta???

Sebenarnya, aku nak bergerak ke Jeram Linang bermandi-manda dengan 4 orang Student Knowledge Product.   Jeram Linang ni, kalau ikut sejarah, adalah tempah bermandinya sultan pasir mas sayid al-imran mohamed waktu study di UiTM Kelantan.  Katanya, tempat untuk beliau menghilang stress... tak tau macam mana stress boleh hilang bila dia sampai sini....

Layan tengok gambar jeram linang yang aku copy and paste dari google. Thanks google...       Jom mandi dulu.... 


Jeram Linang,
Jeram Linang


Hutan Lipur Jeram Linang

Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:

Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja..
http://www.stormreaders.net/notainsan
http://www.notainsan.blogspot.com
http://mystormwarrior.com/hisham
sila hubungi: 012-2420437 [saljuhumairah] untuk pertanyaan dan urusan pembelian/tempahan

Tak Sangka Entry ke 1004

Dalam aku dok merapu meraban..tak sangka aku dah posting entry seribu lebih... follower pun dah sampai 469...thanks to all supporter (kipas susah mati).... dan saljuhumairah dah boleh maintain 200 unique view setiap hari tanpa aktivi promosi...

Dah sampai masa ke aku berhenti? mungkin aku jumpa jawapan dalam mimpi nanti... zzzzz.... nak tido dulu....

Aku menulis hanya untuk merapu sendiri... blog? hanya sekadar untuk menyinggah sebentar...

Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:
Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja..
http://www.stormreaders.net/notainsan
http://www.notainsan.blogspot.com
http://mystormwarrior.com/hisham
sila hubungi: 012-2420437 [saljuhumairah] untuk pertanyaan dan urusan pembelian/tempahan

surat buat student kepala pening...

Kehadapan student kepala pening...

Software Kowledge Products

Kenapa korang belum balik lagi...
Apa yang korang buat kat sini...
Memekak tak habis-habis lagi...
Udah-udah la tu woi...

Korang dapat berapa jer bayaran...???
Tu pun cukup-cukup nak beli vcd gaban...
Esok dah la korang nak masuk opis jam lapan...
Jangan ada pulak yang nak ambik kesempatan...

Korang ingat opis ni bapak korang punya ker???
Opis ni ahmad albob yang punya ler...

Apa-apa pon.. korang memang best..
Tak dak lagi yang best melainkan yang best-best...
Makan nasik pun tak macam korang yang best...
Lagi la jauh nak dibandingkan dengan Suzuki best..

Harapan gua...semoga korang sentiasa aman dan bahagia disebalik hati yang tenang..
Jangan sesekali  hati korang terbalik tunggang langgang...

Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:
Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja..
http://www.stormreaders.net/notainsan
http://www.notainsan.blogspot.com
http://mystormwarrior.com/hisham
sila hubun…

Jom makan Oreo | Oreo Photo Contest

Klik gambar kat atas ni... kita makan oreo dan memenangi hadiah..hanya hantar gambar ja...

Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja.. http://www.stormreaders.net/notainsan http://www.notainsan.blogspot.com http://mystormwarrior.com/hisham sila hubungi: 012-2420437 [saljuhumairah] untuk pertanyaan dan urusan pembelian/tempahan

Dalam hati ada taman... Menyinggah di Kameroon..

Dua hari lepas aku balik kampung.  Jarang aku mulakan perjalanan jauh sewal pagi.. Tapi kali ni aku cuba bereksperimentasi dengan mood aku sendiri.  Memang ternyata aku tak punya tenaga untuk memandu waktu siang dengan cuaca yang panas.  Terasa bahang kepanasan melemahkan seluruh anggota.

So, banyak perhentian yang aku singgah.  Memandangkan aku bermula di Gua Musang, terpaksa melalui bukit cameron. Salah satu perhentian yang sempat aku singgah adalah kedai menjual buah strawberi.  Sempat beli 3 paket buah strawberi. Satu aku habiskan dalam kereta sebab tak pernah rasa buah strawberi manis. 

Sedikit gambar yang sempat aku rakam hasil ekperimen menggunakan kamera kompak Pansonic LUMIX.  Terror jugak aku tangkap gambar.  Malas nak edit, so ada gambar yang terbalik. Aku nak tidur...penat yang amat penat...sukar untuk digambarkan....