Tak ada lagi "entry" tentang gadget lagi hari ni. Terasa sedikit penat buat kajian tentang gadget.
Ramai betul yang menulis blog sekarang ni ek! 5 tahun lepas saya rasa sangat kesunyian. Masa tu dunia blog tidak seceria berbanding sekarang. Banyak dah berubah.
Sikit info asas yang saya faham tentang blog.
- Blog / log web - jurnal online yang kerap dikemaskinikan, kadangkala setiap hari.
- Kemaskini - ramai yang panggil pos "Post" / "Entry". Selalunya pendek dan hanya beberapa ayat.
- Komen - Maklum balas dari pengunjung yang menghidupkan blog. (Saya dah delete semua komen yang ribu-ribu setelah 5 tahun sebab ada virus. Hampeh betul la..)
- Blogger - panggil untuk orang yang menulis blog. Macam korang lah...
Saya belajar dari kegagalan dulu. Setiap "entry" yang saya "post" semuanya "try & error". Blogger sekarang sangat bertuah. Semuanya dah tersedia. Tak perlu hafal kod-kod html yang entah apa kebenda pun tak faham. Bagi pejar IT mudah je kot.
Entry kali ini hanyalah untuk blogger baru sahaja ek!
Amaran sekali lagi, bagi yang dah otai dalam dunia blogger boleh komen kalau ada yang salah. (Baca sampai habis. Apa yang baik korang ambil. Tak puas hati? Komen kat bawah.)
Tips menulis blog:
- Jangan tulis apa yang korang tak tahu! - Ini adalah perkara paling asas menulis blog. Tulis perkara yang korang betul-betul tahu dan faham sahaja. Blog yang paling berjaya adalah blog yang ditulis oleh orang-orang yang pakar dalam bidang mereka. Dengan kata lain, tulis apa yang kita tulis kita kena tahu dan faham serta minat. Automatik apa yang kita tulis akan menarik ramai pembaca yang befikir sama macam kita. Bila dah minat, kita tak cepat bosan dengan blog sendiri. Saya bermula dengan hobi, kemudian timbul minat dan sekarang dah jadi macam sekarang. Apa nak buat kan. Korang? mulakan dengan lebih sistematik. Nanti dah banyak entry macam saya, susah nak manage.
- Jangan Formal sangat! - Saya pesan kepada diri sendiri jugak. Kadang-kadang faktor sekeliling kita akan mempengaruhi gaya penulisan. Contoh saya sendiri. Saya bekerja di kalangan orang-orang akademik yang 24jam formal. Sebab akademik memerlukan tumpuan dan detail untuk setiap perkara. Sehinggakan saya sendiri menjadi formal tak tentu hala. Menulis blog adalah untuk tatapan orang lain jugak, bukannya syok sendiri. Kalau nak syok sendiri baik tulis diari simpan bawah bantal. Jangan publish kat sini. So, santai kan gaya penulisan anda. Jangan berat sangat. Tapi kawal gaya bahasa. Anggap korang sedang berdiskusi dan berkomunikasi di meja makan jer. Cuba korang bayangkan, sembang dengan awek guna bahasa buku. Bosan betul. Tapi sekiranya korang lebih kepada blog profesional, ayat formal sangat bagus.
- Blog bukan buku Novel! - Ramai yang kata, "blog kita, suka hati kita lah nak tulis apa". Betul, korang boleh menulis esei 100000 patah perkataan tentang apa yang korang buat seharian. Boleh juga, mengarang berjela-jela dengan apa yang korang tak puas hati. Tapi nak pesan nih, lebih baik jangan. Lama-lama korang akan penat sebab tak ada idea lagi nak menulis. Lebih baik, setiap post korang, save as draf dulu. Kemudian edit semula, buang apa yang tidak berkenaan dan tidak diperlukan. Silap-silap dari satu entry boleh jadi 3 lagi entry yang berkesinambungan.
Share |


