Saya terdetik ingin mempersoalkan isu ini setelah membaca artikel yang di tulis oleh Saudara Anan Zuhid Saidin. Artikel yang diterbikan didalam Majalah Solusi Isu 36 m/s 62 ini membicarakan secara terbuka teknologi yang menjadi keperluan kita.
Walaupun ia merupakan satu keperluan pada zaman sekarang sejauh manakah telefon bimbit digunakan untuk membantu kehidupan kita?
Pelbagai fungsi dan kegunaan telah ditambah nilai ke dalam telefon bimbit terkini dipasaran. Semuanya ada kepentingan tersedendiri mengikut keperluan individu.
![]() |
| Kredit Gambar dari Google |
Sedikit sedutan dari artikel tersebut:
Telefon bimbit sudah menajadi sesuatu yang sukar untuk dipisahkan dari kehidupan seharian kita. Sekitar 10-15 tahun yang lalu, ia menjadi simbol status orang yang memiliknya, lantaran kos yang tinggi untuk alat telefon dan langganan perkhidmatanya.
Waktu itu, tidak ramai yang membawa telefon bimbit ke sana ke mari melainkan mereka yang berkemampuan. Sekarang, situasi sebaliknya boleh dilihat. Amat jarang kita jumpa orang yang tidak mempunyai telefon bimbit.
Kalau dahulu, kebanyakan pemiliknya terdiri daripada ahli-ahli perniagaan, kini para pekerja sektor awam dan swasta, mahasiswa, petani, pekerja binaa, pemotong rumput, malah pelajar sekolah pun sudah memilikinya. Ini menunjukkan kos bukanlah satu isu dalam pemilikan telefon bimbit.
Para penyedia perkhidmatan memberikan pelbagai kaedah dan tawaran, manakala harga telefon itu sendiri sudah menajdi semakin murah. Dengan ini, sama ada kita sedar ataupun tidak, telefon bimbit sudah menajadi sebahagian keperluan hidup kita seharian.
Artikel ini ditulis oleh: Aznan Zuhid SaidinLulusan B.IRKH, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Sarjana dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Telah menyiapkan tesis PhD untuk Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaya berkaitan nilai-nilai islam dan ICT. Kini berkhidmat di Kuliyyah ICT, UIAM. E-mail: aznanzs@gmail.com
Baca selanjutnya artikel ini dalam Majalah Solusi Isu 36 m/s 62.
Sejauhmana pandangan anda? Berikan komen.

0 Mempunyai Kelembutan Hati:
Post a Comment