oIS2fYbWQ2DeA6S7iNSKMc-18dE

Buku Terbaru Untuk Di miliki

IKLAN BERBAYAR

Pengikut

Apesal Tak Baca?

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumlah Kunjungan

IKLAN BERBAYAR. BERMINAT? EMAIL: inersisham84@gmail.com

Rabu, 12 Oktober 2011

Tips Cemerlang di Dalam Bilik Kuliah/Kelas

Melangkah masuk ke alam Universiti bermulalah sebuah perjalanan yang penuh liku.  Ramai yang terkandas dipertengahan kerana tidak berjaya menyesuaikan diri.  Dugaan paling berat yang harus ditempuhi seorang mahasiswa adalah menghadiri kelas. Kebebasan yang dikecapi di Universiti berbanding alam persekolahan sebelum ini menyebabkan ramai yang leka.  Atau lebih dikenali sebagai "Culture Shock!".  Jika ada yang hadir pun, kerana terpaksa. 

Menghadiri kuliah pengajian merupakan satu kewajipan bagi seorang mahasiswa.  Kegagalan untuk menghadiri kuliah pengajian akan menimbulkan banyak kesulitan kepada mahasiswa.  Terutamanya maklumat terkini yang lambat dan menyebabkan ketinggalan jauh berbanding mahasiswa-mahasiswa lain.  Selain itu, peraturan kehadiran kuliah turut menyebabkan pelajar akan di "bar" dari menduduki peperiksaan Akhir.

Ramai pelajar-pelajar cemerlang didalam peperiksaan SPM/STPM beranggapan mereka mempunyai IQ yang tinggi atau otak yang bijak mampu untuk mengulangkaji sendiri tanpa perlu hadir ke bilik Kuliah.  Namun, majoriti yang berfikiran begitu gagal dipertengahan perjalanan.  

Jangan Pakai Begini ke Kuliah.  Kredit Gambar: Haidaroh Blog

Universiti sangat berbeza dengan Sekolah.Tak hairanlah, ramai pelajar cemerlang SPM/STPM disekolah gagal atau mendapat keputusan cukup-cukup makan bila di Universiti.  Kalau adapun, sangat sedikit peratusnya.  Dan jangan terkejut dengan pelajar yang cemerlang di IPT adalah pelajar yang biasa-biasa sewaktu di alam persekolahan dahulu. Telah banyak kes yang berlaku seperti ini.  Seolah-olah berlaku perkara terbalik.

Hari ini, saya ingin berkongsi tips cemerlang di dalam bilik kuliah bukan sekadar untuk IPT, namun sesisapa sahaja boleh mengaplikasikanya didalam kehidupan walaupun pakcik yang yang menghadiri kelas agama di masjid.

Tips pertama dan paling asas adalah  ulangkaji subjek / pelajaran lebih awal sebelum hadir ke kuliah.  Seelok-eloknya malam sebelum kelas.  Kenalpasti topik-topik yang akan dibincangkan sekali imbas.

Kedua, jangan lewat ke kelas.  Datang awal 15 minit sebagai persediaan dari sudut mental dan fizikal supaya mendapat lebih tumpuan semasa belajar.

Ketiga, pilih tempat duduk dihadapan kelas yang lebih dekat dengan pensyarah.  Kerana lebih dekat dengan guru lebih keberkatannya.

Keempat, tunjukkan perasaan minat terhadap apa yang dituturkan oleh pensyarah kerana mereka suka dengan pelajar yang berminat dan ini akan meningkatkan semangat pensyarah untuk mengajar.

Kelima, dapatkan rakan sekelas yang bijak dan mudah faham didalam kelas.
Beri Tumpuan yang sewajarnya didalam kelas.  Kredit Gambar: Google


Keenam, catat nota-nota penting yang diberi penekanan oleh pensyarah.  Jangan sekadar salin apa yang dituturkan oleh pensyarah tetapi tidak memahami penerangan yang diberikan.

Ketujuh, jangan membiasakan diri bertanya "Bila kelas akan tamat?" atau kerap melihat jam tangan yang akan mengganggu tumpuan pensyarah mengajar.

Kelapan, cuba mengenal pasti apa yang difikirkan oleh pensyarah kerana selalunya pensyarah adalah salah seorang penggubal soalan dan pemeriksa kertas soalan pelajar.  Dengan erti kata lain, jangan "syok sendiri" dengan buat andaian yang salah terhadap penerangan yang diberikan.  Berani bertanya jika lambat untuk faham.

Kesembilan, Jangan tidur didalam kelas kerana ia tidak menghormati pensyarah dan rakan-rakan yang lain.

Kesepuluh, jika anda tidur juga jangan berdengkur sehingga mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran.  

Saya harap semoga 11 tips ini dapat membantu dan menjadi panduan untuk cemerlang di dalam kelas walaupun banyak lagi tips-tips berkesan yang lain.

Hormatilah guru walau siapapun dia.  "The most effective teacher will always be biased,
for the chief force in teaching is confidence and enthusiasm." ~Joyce Cary


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger