oIS2fYbWQ2DeA6S7iNSKMc-18dE

Buku Terbaru Untuk Di miliki

IKLAN BERBAYAR

Pengikut

Apesal Tak Baca?

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumlah Kunjungan

IKLAN BERBAYAR. BERMINAT? EMAIL: inersisham84@gmail.com

Ahad, 23 Oktober 2011

Petua Ringkas Ulangkaji Berkesan | Khas buat 'Student'

Kadang-kadang kita menganggap beberapa perkara remeh disekeliling tidak penting.  Namun, perkara remeh tersebutlah yang akan menyebabkan kita gagal dari sudut seorang pelajar.

Berdasarkan pengalaman saya sebagi seoarang pelajar suatu ketika dulu saya cuba kongsikan beberapa petua ringkas untuk yang masih bergelar pelajar.  Sangat mudah, tetapi sukar untuk istiqamah. 
Ulangkaji secara berkumpulan sangat berkesan.  Kredit: google.com

Petua Ringkas Ulangkaji Berkesan 
  1. Kenal pasti tempat yang sesuai dengan anda untuk mengulangkaji.  Mengubah tempat belajar dengan kerap menyebabkan kita tidak berdisplin.  Belajar di dalam bilik hostel terlalu ujian dan rintangan.  
  2. Ulangkaji setiap hari sebelum otak kita terlupa.  Jangan tunggu malam peperiksaan.  Budaya "study last minutes" akan memberi tekanan.  Takut-takut kita tak dapat menyerap tekanan yang melampau.
  3. Ulangkaji secara berkumpulan.  Cari rakan-rakan yang betul-betul berminat.  Jangan melebihi 5 orang.  Kalau boleh cari pelajar yang rajin.  Kalau cemerlang tetapi malas akan menyebabkan kita terikut-ikut sikap beliau.  Saya dah dah cuba dulu 'study' secara 'grouping'.  Sangat berkesan.
  4. Elakkan ulangkaji sehingga larut malam.  Otak kita sukar untuk melawan perasaan mengantuk. Tambah-tambah dalam dewan peperiksaan yang sejuk dan sunyi.  Otak kita hanya berfikir untuk cepat menamatkan peperiksaan segera sebab nak balik tidur.  Sedangkan selepas peperiksaan tamat, tiba-tiba segar.
  5. Berdisiplin dalam pengurusan masa.  Jangan biarkan orang lain yang merancang jadual harian kita.  Belajar berkata "TIDAK" terhadap perkara-perkara yagn tidak penting.  Kalau boleh, bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai minat menuntut ilmu.
  6. Jangan gelabah bila markah ujian pertama rendah.  Jangan pedulikan orang lain.  Terutama yang bawa masuk 'toyol' dalam ujian.  Kerana dia memperbodohkan diri sendiri.  Jadilah diri sendiri.  Kenal pasti dimana kelemahan kita.
Cuba perkara yang mudah supaya kita supaya kita boleh terus ke peringkat seterusnya.

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).
Kata kata hikmah hamka.  Kredit: google.com
Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger