Ubat | Doktor
Ada 3 jenis ubat yang terpaksa ditelan hari ini. Selsema, Demam dan Antibiotik. Sewaktu Dr. Hafiza nak bagi ubat batuk saya menolak. Konon tak batuk sangat. Rupanya dah melarat. Bila makan ubat, jangan berharap yang penyakit akan sembuh serta merta. Ia memerlukan usaha dan tempoh. Isu ini akan akan disentuh dalam entry lain.
| Ubat | Kredit Gambar : Google.com |
Kali ini, saya ingin fokus kepada kepercayaan.
Kepercayaan terhadap ubat adalah salah. Ubat tiada punya 'power'. Sama juga bila percaya kepda Dr. Walaupun Dr. tersebut belajar setinggi gunung, dia tetap tidak mempunyai apa-apa 'super power'.
Kereta Rosak | Mekanik
Ia ada konsep yang sama dengan Bomoh. Bomoh dan Dr. ada maksud yang sama. Cuma tafsiran kita berbeza apa bila disebut Bomoh dan Dr. Tafsirat tersebut adalah hasil daripada asuhan didalam budaya kita sendiri. Ubat ada fomula yang diberikan oleh seorang doktor yang pakar (mempunyai ilmu) di dalam bidangnya. Ia bersamaan dengan seorang mekanik yang pakar didalam membaiki kereta.
| Mekanik | Kredit Gambar : Google.com |
Bila dibuat pebandingan diantara Dr. dan Mekanik tadi boleh lah kita faham yang kita memerlukan sesuatu perkara di tempat yang betul. Jika salah akan berlaku porak peranda (chaos). Seperti sakit berjumpa dengan mekanik. Kereta rosak berjumpa dengan Dr. Apa yang akan berlaku. Seorang manusia sukar untuk pakar didalam semua perkara. Kalau ada pun, ia tahu dan mempunyai maklumat tentang banyak perkara. Tetapi belum tentu pakar.
Lapar | Tukang Masak
Dengan kata yang lebih mudah. Bila kita lapar kita akan makan. Cuba bila kita lapar kita pergi buat aktiviti lain. Kita akan menzalimi diri sendiri. Makan itu hanyalah fomula yang berikan oleh seorang tukang masak. Makan yang sedap adalah dari tukang masak yang pakar dalam bidang masakannya. Sama seperti kisah Dr. tadi.
Semua yang berlaku kita tidak boleh percaya. Kita tidak boleh percaya kepada Dr. Mekanik dan Tukang Masak. Kita cuma perlu berusaha kepada tempat yang betul. Tugas kita selepas itu adalah percaya kepada Allah s.w.t. yang akan menetapkan untuk kita. Samaada kita sembuh dari penyakit, kenyang dari lapar dan kereta elok setelah dibaiki. Doktor, Mekanik dan Tukang Masak adalah orang yang dituju. Usaha kita adalah berubat, pergi membaiki kereta dan makan. Manakala ubat, spare part dan makanan adalah fomula yang diadun oleh pakar yang mempunyai ilmu.
| Tukang Masak | Kredit Gambar : Google.com |
Kefahaman semua ini ada hubung kaitnya dengan 'blogging' dan bidang akademik. Dunia blog sama lah dengan dunia realiti kita dan juga kehidupan sebagi seorang pelajar. Kepercayaan dan Tawakkal ada kata kunci. Apa kaitan Dr., Mekanik dan Tukang Masak dengan blogging dan akademik? InsyaAllah saya akan kongsikan lagi sambungan kepada entry ini nanti.
Saya suka mengaitkan apa yang berlaku dengan akademik dan kehidupan seorang pelajar. Kerana selagi hidup kita tak pernah meletak jawatan sebagi pelajar. Ia adalah jawatan hakiki kita. Sama-sama kita semua belajar.
Klik Iklan-iklan nuffnang kalau anda setuju...hehehe...


