Permohonan Online Bagi Kemasukan Ke UiTM Bagi Program Diploma/ Asasi Dan Program Profesional Dibuka Pada 12 Tengahari 01 Julai 2011 Sehingga 31 Julai 2011. Pembelian No. Slip Melalui BSN Adalah Diperlukan Bagi Permohonan Online Tersebut. Terima Kasih.
1. | Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online). |
2. | Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 1 Julai 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari. |
3. | Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). |
4. | Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat http://www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). |
5. | Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat. |
"NOTA: Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran."




