Followers

Fan Page Facebook

Monday, May 30, 2011

Suatu Perjalanan

Aku meluncur perlahan melusuri 'highway Federal' menuju Kuala Lumpur. Melepasi tol RM1.10 jalan semakin padat.  Kegairahan memandu ditambah dengan hawa nafsu yang membuak buat aku menambah tekanan pedal minyak.  Myvi kelabu aku bergerak ke kiri ke kanan jalan. 

Sangat puas hati dengan 3 lorong jalan.  Tidak seperti jalan di Kelantan rata-rata hanya 1 lorong. 2 lorong pun sangat jarang terjumpa.  Perjalanan yang didorong nafsu berasa sangat riak bila aku mencelah-celah di diantara aliran kenderaan-kenderaan lain.

Jalan semakin sesak.  Hari sabtu, mungkin ramai yang hendak berhibur menuju ke Kuala Lumpur.  Oh! tidak, hari ini permulaan cuti penggal persekolahan.  Mungkin ramai yang nak pulang ke kampung membawa keluarga bercuti.
jamjamjamfederal
Highway Federal.  Kredit gambar untuk http://ewinee.com

Hati berasa panas bila pergerakan terbatas.  Tiada lagi kebebasan sehinggakan kadang terpaksa berhenti ditengah jalan kerana suasana menjadi semakin padat. Kadang hati turut menyumpah.  Walau tidak dizahirkan, namun riak wajah tetap kelihatan. 

"Kenapa jalan jem?" "masa aku nak lalu la trafik nak jem" aku berbicara sendiri.

Setiap yang terjadi pasti ada bahagian yang positif dan negatifnya.  Tiada yang dijadikan Tuhan sia-sia.  Dia lebih mengerti untung nasib hambaNya.  Kita punya otak yang terdapatnya akal fikiran.  Akal yang bisa berfikir juga membezakan haiwan dan manusia.  Tanpa menggunakan akal fikiran sebaiknya manusia mungkin bertukar menjadi lebih teruk dari haiwan. Pandanglah sesuatu dengan pandangan mata hati yang nurani, bukan sekadar mata zahir semata.  Aku sendiri kadang menafsir sesuatu hanya dari sudut pandangan zahir tanpa kaji selidik.
jamfederalhighway
Highway Federal.  Kredit gambar untuk http://ewinee.com
Cubaan untuk membandingkan situasi yang aku lalui dengan kehidupan seharian.  Ada persamaannya.  Perjalanan yang dilalui seperti laluan liku kehidupan.  Hati yang panas membara tadi beransur suam.  Suam yang mempengaruhi aku untuk mengingati mati.  Hati menjadi tenang bila ingat menaiki kereta mayat.  Tiada lagi ruang untuk aku cilok mencilok.  Semuanya diuruskan orang lain.  Apa yang terjadi aku hanya menurut.  Semuanya kaku pucat lesu.  Terbayang-bayang dalam fikiran saat kereta mayat tiba didestinasi dan jasad aku siap sedia untuk disimpan dan berpindah kealam lain. Ketika itu aku dimana? Persolan yang seringkali muncul mengganggu fikiran.  Hanya jasad yang ditanam.  Diri aku disitu juga ke?  Persoalan yang hanya menjadi persoalan.

Pergh...lama betul aku mengelamun dalam lautan kenderaan.

Aku kembali tersedar setelah melihat sign board "SILA GUNAKAN KERINCHI LINK UNTUK KE KUANTAN".  Dah tak jauh susur keluar untuk ke Kerinchi Link.  Sepanjang memandu kereta di Kuala Lumpur aku tak pernah menggunakan laluan ini.  Tapi, memandangkan keadaan trafik yang buruk aku nekad ini adalah pilihan terbaik yang perlu aku ambil.  Tak sanggup nak merempuh trafik jem ke Kuala Lumpur. Aku masih di lorong kanan sekali.  Mula merasa menyesal memandu ikut hawa tadi.  Dalam hati aku memohon supaya mendapat ruang untuk ke kiri jalan.  

Signal ke kiri tak berhenti berkelip.  Dengan penuh hati-hati aku cuba belok ke kiri.  Alhamdulillah, ruang untuk aku ke kiri terbuka luas.  Kereta belakang memberi kerjasama. Terima kasih.  Aku bersyukur pada Mu ya Allah. Perjalan lebih lancar setelah melepasi tol Kerinchi Link dan terus ke NKVE. Tiada lagi jam...

Kerinchi Link.  Kredit Gambar: http://thestar.com.my
Dalam kehidupan kita melalui perjalanan yang panjang.  Tak tahu sejauh mana perjalanan kita, namun semua mempunyai destinasi yang sama.  Banyak simpang yang bercabang yang menyebabkan kita sering dalam dilema.  Namun, pilihan ada ditangan kita laluan mana yang harus kita lalui.  Mohon lah supaya laluan yang kita pilih bukan menuju kearah kesesatan. Nasihat percuma untuk diri sendiri.

Pandu cermat jiwa selamat.  Pastikan brek sentiasa berfungsi dengan baik.  Jangan lupa service enjin bila sampai waktu nya.  Tangki jiwa sentiasa terisi dengan minyak yang berkualiti.


Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:
Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja..
http://www.stormreaders.net/notainsan
http://www.notainsan.blogspot.com
http://mystormwarrior.com/hisham
sila hubungi: 012-2420437 [saljuhumairah] untuk pertanyaan dan urusan pembelian/tempahan

0 Mempunyai Kelembutan Hati:

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger