Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 12, 2010

Siri Di Mana Atuk |

Siri Di Mana Atuk Atukku Sayang Kerana Si Putih Memori Terinda Di Kampung Tok Batin Siri “Di Mana Atuk” menceritakan tentang Hasnan, keluarga Hasnan dan rakan-rakannya. Ikuti kisah mereka yang penuh dengan pengembaraan, hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan sebagai pembentuk akhlak murni anak-anak.
Penulis : Nazzam NazriKod Katalog : AS - TBBK 1154
: KSP - TBBK 1156
: MTDKTB - TBBK 1155
Kod ISBN : AS - 978-967-5102-85-1
: KSP - 978-967-5102-87-5
: MTDKTB - 978-967-5102-96-8
Harga setiap sebuah: Semenanjung M'sia - RM10.00
: Sabah / S'wak: 12.00

umpama mimpi dalam mimpi

Tasawuf Kontemporari | Mohammad Nidzam And Kadir

Tasawuf Kontemporari Tasawuf Kontemporari Buku ini memberi kefahaman terhadap tasawuf dan bagaimana untuk mengimplementasikannya dalam kehidupan kontemporari pada hari ini. Juga diterangkan berbezaan dan persamaan antara tasawuf dengan tarekat. Tasawuf tidak boleh dipisahkan dengan ilmu syariat dan tauhid. Buku ini juga menerangkan penghayatan sifat mahmudah dan penghindaran sifat mazmumah yang sangat penting termasuk bagaimana mengelak maksiat anggota lahir. Juga disentuh akhlak dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Akhirnya diterangkan beberapa istilah yang tinggi dalam tasawuf seperti uzlah, khalwat, tahajud, keramat, kasyaf, ilham, martabat tujuh, wali, istidraj, mimpi dan Nur Muhammad. Bagaimanapun buku ini tidak menyelami pendekatan tasawuf dan tarekat yang kompleks.
Penulis : Mohammad Nidzam And KadirKod Katalog : TBBK 1152Kod ISBN : 978-967-5102-81-3Harga : Semenanjung M'sia - RM20.00
: Sabah / S'wak: 22.00

umpama mimpi dalam mimpi

Himpunan Cerpen: Kasih Tiada Nokhtah | Nazzam Nazri

Himpunan Cerpen: Kasih Tiada Nokhtah Kasih Tiada Nokhtah Himpunan cerpen-cerpen daripada penulis baru Nazzam Nazri, yang menampilkan cerita yang ringkas untuk anak-anak dan remaja. Koleksi cerpen ini menampilkan jalan cerita kehidupan. Ikuti asam garam kehidupan yang diceritakan dalam buku koleksi cerpen-cerpen ini. Tajuk cerpen-cerpen yang menarik di dalam: • Kenangan Terpalit Kasih Tiada Noktah • Dulu Lain… Sekarang Dah Lain • Kerana Baju Itu • Lumrah Dunia • Mama… Pesananmu Kujunjung Kasih • Oh Mama… Oh Papa… • Pasang Badan • Penangan Tok Ali • Kerana Kerjaya Ayahku • Putus Cinta Boleh Kurus.
Penulis : Nazzam NazriKod Katalog : TBBK 1151Kod ISBN : 978-967-5102-82-0Harga : Semenanjung M'sia - RM12.00
: Sabah / S'wak: RM14.00

umpama mimpi dalam mimpi

Top Ten Rock Songs 2010

sumber: http://www.billboard.com/charts/rock-songs#/charts/rock-songs 1* 2 Last week's position 27 Weeks on chart 1 Peak launch visualizer
song-18245618 hatelove
91 votes 66%
No love for this Show your love and add to your favorites 9 User Comments Tighten UpThe Black KeysBrothers
NewsBillboard Bits: Justin Bieber ...Danger Mouse & Sparklehourse, ...Freddie Gibbs Revives Gangster...The Black Keys, "Brothers"Videos of the Week: Rihanna's ...Also Charted On#11 Heatseekers So...#1 Alternative So...#65 Canadian Hot 1... Click to BuyClick to Play Rock Songs | Week of  December 18, 2010 Positions 1-10 of 25The week's most popular alternative, mainstream rock and triple A songs, ranked by radio airplay audience impressions across those formats as …

Memahami Keindahan Surah Yasin | Ustaz Mohd Wahid, Ustaz Hj. Mohd Zamri Zainuldin

Memahami Keindahan Surah Yasin

Memahami Keindahan Surah Yasin  Surah Yasin antara surah yang sering dibaca terutama oleh masyarakat Melayu bagi memohon suatu hajat atau perlindungan kepada Allah SWT. Dalam majlis-majlis kesyukuran, mahupun musibah seperti kematian, lazimnya akan dibacakan surah Yasin. Buku ini digarap bagi menyingkap rahsia di sebalik ayat-ayat dalam surah Yasin yang mampu membawa kita menerobos ke dalam konteks yang lebih luas. Pemahaman mendalam dapat melahirkan kekhusyukan hati dan kehalusan jiwa apabila lidah menuturkan setiap patah perkataannya. Semoga buku kecil ini mampu menggambarkan keindahan surah Yasin dan berkongsi bersama masyarakat. Penulis : 1. Ustaz Hj. Mohd Zamri Zainuldin 2. Ustaz Mohd Wahid Abd HaniffKod Katalog : TBBK 1121Kod ISBN : 978-967-5102-55-4Harga : Semenanjung M'sia - RM12.00
: Sabah / S'wak: RM14.00

umpama mimpi dalam mimpi

Al-Mathurat Wirid dan Doa Rasulullah | Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Al-Mathurat Wirid dan Doa Rasulullah
 AL-MA’THURAT ialah sebuah himpunan wirid dan doa Rasulullah untuk diamalkan pada setiap kesempatan terutama selepas Subuh dan Maghrib oleh setiap pendakwah, penyeru makruf, penentang kebatilan malah setiap individu.
Penulis : Al-Syahid Imam Hassan Al-BannaKod Katalog : TBBK 1129Kod ISBN : 978-967-5102-63-9Harga : Semenanjung M'sia - RM4.00
: Sabah / S'wak: RM6.00


umpama mimpi dalam mimpi

Terima Kasih Kawan-Kawan | Cepat-cepat Kawin

Assalamualikum w.b.t

aku nak mengucapkan infiniti terima kasih untuk kawan-kawan yang menghadiahkan hadiah dan yang turut hadir menajayakan majlis sambut menantu 20/11/2010 (Sabtu) lepas.

Gambar hadiah ni jer yang sempat aku snap..untuk gambar-gambar hadiah yang lain belum berkesempatan... jasa mu akan ku kenang dalam doa. "Semoga cepat-cepat melangsungkan perkahwinan member-member"

 Pyan, Faizal, Samsul, Azmi, Wan, Roslan, Azli & Amin
umpama mimpi dalam mimpi

Siapa Alien? | Wardina Safiyyah

Siapa Alien? Siapa Alien? Diilhamkan oleh selebriti terkenal tanah air, Wardina Safiyyah, karakter Ali direka untuk menarik minat anak-anak. Sesuatu yang “luar biasa” lebih digemari daripada sesuatu yang biasa mereka lihat. Ali adalah karakter yang suka bertanya dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Ali karakter yang berani. Mengembara ke alam angkasa mengajar anak anda nama-nama planet dan membawa anak anda mengenali bumi dan alam semesta..
Penulis : Wardina SafiyyahKod Katalog : TBBK 1162Kod ISBN : 978-967-5102-94-3Harga : Semenanjung M'sia - RM19.00
: Sabah / S'wak: RM21.00

umpama mimpi dalam mimpi

10 Terminal Syurga Rumah Tangga | Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood : Siti Nur Fatimah Hasan

10 Terminal Syurga Rumah Tangga

10 Termianl Syurga Rumahtangga Buku 10 Terminal Syurga Rumah Tangga mengandungi petua melahirkan rumah tangga yang menjadi idaman dan harapan setiap insan iaitu rumah tangga yang di dalamnya bersemarak suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam iaitu:- i. Perkahwinan adalah fitrah manusia. ii. Perkahwinan adalah kepentingan dalam bermasyarakat. iii. Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati.
Penulis : Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood
: Siti Nur Fatimah HasanKod Katalog : TBBK 1132Kod ISBN : 978-967-5102-64-6Harga : Semenanjung M'sia - RM17.00
: Sabah / S'wak: 19.00
umpama mimpi dalam mimpi

Novel Melodi Hati | Iwan Reaz

Novel Melodi Hati
Novel Melodi Hari Iwan yang merupakan seorang pelajar kolej terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran setelah dia dan adiknya Syahmi, kehilangan ibu bapa. Bukan mudah baginya untuk menjadi seorang abang dan menggalas tanggungjawab menggantikan ibu bapanya, kerana beliau juga mempunyai komitmen lain sebagai seorang penggubah lagu dan penulis lirik. Beliau semakin mendapat perhatian melalui lagu 'Itulah Impianku'. Syahmi bagaimanapun, masih terlalu muda dan nakal. Iwan sering menjadi usikan beliau sehinggalah istilah cinta disalah tafsirkan oleh Ziera. Keadaan bertambah tegang dengan kehadiran rakan lama Iwan iaitu Farah. Sejauh manakah 'Sekaya, Seindah, Setinggi' yang diimpikan Iwan melalui lagu itu akan menjadi satu kenyataan? Penulis : Iwan ReazKod Katalog : TBBK 1135Kod ISBN : 978-967-5102-67-7Harga : Semenanjung M'sia - RM20.00
: Sabah / S'wak: 22.00

umpama mimpi dalam mimpi

Palestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontempori dan Penyelesaiannya | Dr. Zulkifli al-Bakri

Palestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontempori dan Penyelesaiannya
Palestin Tak Pernah Gentar! Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Paletin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah. Penulis : Dr. Zulkifli al-Bakri
: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog : TBBK 1117Kod ISBN : 978-967-5102-46-2Harga : Semenanjung M'sia - RM26.00
: Sabah / S'wak: RM28.00

umpama mimpi dalam mimpi

Panduan Belajar Bahasa Arab Untuk Jemaah Haji dan Umrah | Muhammad Sabri Sahrir

Panduan Belajar Bahasa Arab Untuk Jemaah Haji dan Umrah
Panduan Belajar Bahasa Arab *Gabungan teori dan praktikal bagi membantu para jemaah haji dan umrah dalam berkomunikasi bahasa Arab di Tanah Suci dan tempat-tempat lain. *Mencakupi tajuk-tajuk penting dalam perjalanan dan penggunaan seharian. *Terdiri daripada bahasa arab baku (fushah) di samping frasa-frasa penting dalam dialek (lahjah) Arab Saudi yang agak berlainan dengan bahasa Arab baku bagi membantu para jemaah membezakannya nanti. * Walaupun buku ini disusun khas untuk tujuan haji dan umrah, namun ianya boleh juga digunakan untuk tujuan perjalanan dan pengembaraan di negara-negara arab yang lain, selain untuk tujuan pembelajaran bagi semua peringkat usia. Penulis : Muhammad Sabri SahrirKod Katalog : TBBK 1131Kod ISBN : 978-967-5102-65-3Harga : Semenanjung M'sia - RM17.00
: Sabah / S'wak: 19.00

umpama mimpi dalam mimpi

Indahnya Amalan Doa | Dato' Ismail Kamus

Indahnya Amalan DoaBuku ini diterbitkan sebagai susulan kepada buku Dato' sebelum ini iaitu “Indahnya Hidup Bersyariat” yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu. Penulis : Dato' Ismail KamusKod Katalog : TBBK 1133Kod ISBN : 978-967-5102-66-0Harga : Semenanjung M'sia - RM35.00
: Sabah / S&…

Isteri dan Puteri Rasulullah | Muhammad Mahdi al-Istambuli : Musthafa Abu Nashr Al-Syilby

Isteri dan Puteri Rasulullah
Isteri Puteri Rasulullah Buku ini bermula dengan membawa prospektif dan senario kaum wanita sebelum Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di dunia. Kemudian dibentangkan profil dan ciri-ciri wanita Muslimah. Seterusnya dipersembahkan riwayat hidup dan keistimewaan para isteri Rasulullah SAW serta perbandingannya dengan peranan Muslimah kontemporari. Berikutnya digarap peranan Rasulullah sebagai suami misali yang bertanggungjawab. Kemudian dibawakan pula biodata serta peranan yang dimainkan oleh puteri-puteri Rasulullah SAW yang menjadi figur untuk melahirkan contoh wanita pendidik dan pejuang yang menanamkan keberanian dan kejujuran kepada generasi akan datang. Buku ini disudahi dengan menyenaraikan peranan Baginda sebagai bapa dan ketua keluarga yang mampu untuk memimpin ahli keluarga serta masyarakat ke arah melahirkan generasi pelapis yang sanggup untuk memikul tugas mengembalikan agama Islam dianuti oleh pengikut-pengikut yang bertakwa s…

Mukmin Profesional: Celik Mata Hati | Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Mukmin Profesional: Celik Mata Hati Mukmin Profesional Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Antara kelebihannya ialah:
• Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam. • Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin. • Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati. • Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, m…

Riba & Isu Kewangan Semasa | Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Riba & Isu Kewangan Semasa Riba & Isu Kewangan Semasa Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’

Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd RahmanKod Katalog : TBBK 1160Kod ISBN : 978-967-5102-90-5Harga : Semena…