Tadi jalan-jalan ke Putrajaya..
Malam sebelum balik sempat singgah di masjid besi @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Sikit info pasal Masjid Besi ni:
Sumber:
www.google.com http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tuanku_Mizan_Zainal_Abidin
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar
Masjid Besi[1], ialah sebuah
masjid yang terletak di Presint 3,
Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April
2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H
[2]. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding
Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.
Masjid Besi dalam pembinaan
Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000
tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah
konkrit.
[sunting] Ciri keistimewaan
Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan
kipas ataupun
alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (
gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (
Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari
Jerman dan
China (turut dipasang pada
Stadium Bernabéu di
Madrid dan perpustakaan negara
Perancis yang dikenali
Bibliothèque nationale de France yang terletak di
Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan
konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna
putih dari jauh.
Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan menyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba
Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran
Asma Ul Husna menggunakan tulisan
kaligrafi dari jenis
Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci
al-Quran dari
Surah Al-Israa’ ayat ke-80.
Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari
Jerman yang terukir 2 baris ayat dari
Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan
Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.
[3]
- Ruang solat termasuk dewan utama, dewan terbuka dan dewan solat muslimat
- Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
- 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
- Bilik pameran yang mampu memuatkan 250 orang
- Dapur
- Bilik orang kenamaan
- Bilik penyelenggaraan
- Bilik jenazah
- Pejabat
- Bilik kawalan audio visual
- Ruang letak kereta bawah tanah
Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:
Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja..
http://www.stormreaders.net/notainsan
http://www.notainsan.blogspot.com
http://mystormwarrior.com/hisham
sila hubungi: 012-2420437 [saljuhumairah] untuk pertanyaan dan urusan pembelian/tempahan