Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 31, 2010

Kenapa Status Nuffnang dah tak jadi “Exclusive Nuffnanger”?? @ glitterati?? ada sapa-sapa boleh tolong x?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni aku log-in nuffnang, terkezut.. tengok status aku dah jadi GLITTERATI... Pelik-pelik, ada sapa-sapa boleh tolong ker?


Korang tengok status nuffnang aku..
So..nanti sikit lah payment aku???
Aku try click read more about  glitterati. Aku dah baca dengan teliti, rasanya aku tak melanggar apa-apa syarat nuffnang untuk  glitterati. Tapi tak tahu lah... korang baca sendiri...korang tengok blog aku ada melanggar apa-apa yang disyaratkan oleh nuffnang ker?

Tak kan? so apa sebab ar nuffnang aku dah jadi  glitterati??? tolong...tolong...tolong...
p/s: tolong lah weih.... umpama mimpi dalam mimpi

Lagi Alasan Kenapa Aku Memilih Stormreaders sebagai Perniagaan Internet

Assalamualaikum w.b.t.

Lagi alasan kenapa aku tertarik untuk menyertai program stormreaders network.   Perniagaan internet mempunyai pasaran yang sangat luas sekiranya kita bijak menggunakan peluang.  Namun, peluang-peluang yang tersedia hanya sia-sia kalau kita tidak mempunyai ilmu.  Ataupun tidak mengamalkan ilmu yang ada.

Kita boleh lihat sendiri ramai yang masih baru dalam dunia perniagaan internet tapi berjaya.  Kerana mereka mengamalkan ilmu yang sedikit sepenuhnya kedalam pemasaran.  Kadang-kadang, langsung tak ada pengalaman dan ilmu, tetapi hanya mengikut tips-tips dan teknik yang sesuai.



Satu Peluang Jalan KeluarSebagai sebuah syarikat Islam yang prihatin kepada perkembangan semasa melibatkan umat Islam, Telaga Biru Sdn Bhd diwakili oleh Stormreaders merasai kepentingan mewujudkan rangkaian perniagaan baru yang jauh dari penganiayaan golongan tengah. Plan perniagaan yang dibangunkan …

Majalah Solusi Isu 20

PRE ORDER SET 56 BUAH-Majalah Solusi Isu 20  Harga setiap unit (piece): RM504.00
Hantar sebarang persoalan tentang produk iniPenulis:  Mix Artis Kod Katalog: TBMJ1020 HARGA:  RM504.00 Pelanggan di e-Store Stormreaders kini boleh membuat pra-tempahan 56 buah Majalah Solusi Isu 20. Pelanggan yang telah membuat pra-tempahan akan menerima produk sejurus selepas Majalah Solusi ini berada di pasaran. Bagi yang ingin mendapatkan dalam jumlah yang sedikit, anda boleh mendapatkannya pada awal bulan. Jom dapatkan di e-Store Stormreaders! Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja..
http://www.stormreaders.net/inersisham
sila hubungi: 012-2420437 [saljuhumairah] untuk pertanyaan dan urusan pembelian/tempahan
umpama mimpi dalam mimpi

Terkini Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Gua Musang

Dah siap dah... Nak pergi Jerantut, Pahang jap lagi... makan angin sambil menjayakan satu misi penting peribadi..
Tapi, malang rasanya sebab terpaksa melalui Bandar Gua Musang yang sekarang ni rasanya dah habis proses mengundi.  Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Gua Musang. Dah la Jerantu agak jauh dari Machang dalam 6-7jam perjalanan. 

Masa pengundian: 8 hingga 5 petang
Pengiraan undi: Bermula 6.30 petang
Keputusan: Menjelang jam 9 malam

Rujuk disini: rujukan Malaysiakini
Galas: Pusat pengundian ditutup
Tak sabar nak dengar keputusan undian..sekarang ni diorang tengah sibuk mengira undi kot... 

Rasanya, jap lagi conform jalan jem.  Harap-harap aku berjaya melepasi kawasan tersebut dengan selamat.. Tengoklah kalau sempat, boleh snap sekeping dua gambar.

Sebelum tu, layan dulu gambar dari Malaysiakini.


p/s; ok! aku chow dulu, nak gerak dah.. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang esok.!
Ameen..............
umpama mimpi dalam mimpi

Iklan Terbaru Nuffnang Semuanya Kuning!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Wifi free yang disediakan oleh pihak pengurusan UiTM Kelantan agak terhad.  Banyak web yang aku tak boleh nak access.  Kadang-kadang terpaksa pergi MC' Dee Machang dan order set burger just nak surf internet@blogging.

Murahkan pakej ni, Modem free pulak... Maklumat klik sini http://www.digi.com.my/internet/broadband/index.html Promotion terbaru dari Nuffnang berkaitan Digi Internet Broadband buat aku terpengaruh jer.  Tambahan pulak pakej yang Digi tawarkan kali ni agak mengiurkan...

Perbandingan dengan Syarikat lain.. Masih lagi murahkan... tak ada yuran pembatalan dan tak ada kontrak. Kelajuan tetap 3.6mp
 Banyak plan yang boleh dipilih.. dari pelbagai peringkat user... kalau aku yang havy nih tak tahulah macam mana kalau dah 3.6..
Memang syok habis Digi Internet Broadband nih.  Aku dah tak tahan nak register.  Tak perlulah aku meninggalkan laptop aku kat rumah lagi..boleh bawak pegi mana-mana... Tak payah nak lepak kat kedai yang ada wifi free lama-lama sampai…

TERBARU!!! RALAT - Jadual Peperiksaan Akhir Sesi Julai - November 2010 ( Pada Tarikh 10 Nov 2010 ) UiTM Kelantan Sahaja

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian kepada semua Pelajar UiTM Kelantan. 

RALAT - Jadual Peperiksaan Akhir Sesi Julai - November 2010 ( Pada Tarikh 10 Nov 2010 ) 
UiTM Kelantan Sahaja.

Sila klik disini.


ralat_10_nov_2010

p/s:  Mohon untuk sebar-sebarkan ralat ini kepada semua pelajar UiTM Kelantan.

umpama mimpi dalam mimpi

myMetro | Kes video seks jadi pengajaran elak kontroversi

Masih lagi kisah Luna Maya & Ariel Peterpan..
Baca kat sini sini....

myMetro | Kes video seks jadi pengajaran elak kontroversi

p/s: Baguslah kalau kisah mereka dijadikan pengajaran..
Tapi lepas kejadian mereka, semakin berlambak-lambak kisah pulak masuk dalam berita.


umpama mimpi dalam mimpi

Gempar!!! Berita Terkini di Galas, Gua Musang..Penyokong PAS-BN bergaduh dalam khemah

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini 4 Oktober 2010 detik bersejarah di Galas, Gua Musang. Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Gua Musang.
Pekan jauh di Hulu Kelantan yang agak lengang tiba-tiba bertukar meriah. Tempoh berkempen 9 hari yang ditetapkan oleh SPR telah tamat semalam dan hari ini orang ramai berpusu-pusu memenuhi bandar Lama Gua Musang. Perlawanan dua penjuru antara BM dan PAS kelihatan agak sengit memandangkan kedua-dua wakil calon mempunyai personaliti yang menarik dan pengalaman yang banyak membantu.

Tapi, ada jugak adegan yang tidak diingini berlaku. Korang baca sendiri kat sini.

Penyokong PAS-BN bergaduh dalam khemah

"Reaksi daripada kata-kata kesat itu mendorong penyokong BN hilang sabar dan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan serius berlaku berikutan kepantasan polis bertindak," katanya kepada Bernama.

Dalam tempoh beberapa minit, polis tiba bersama empat trak kecil dan beberapa anggota Pasukan Penggempur Ringan untuk meleraikan p…

myMetro | Kekang nafsu 'gelap'

Assalamualaikum w.b.t.

Saja nak share dengan korang.
Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa, di mana kegagalan mengawal nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah satu lumrah.
Bagaimanapun, dalam kehidupan ada segelintir yang mampu mengekang nafsu mereka hasil ‘mujahadah’ atau usaha kuat untuk menghindari, sekali gus menghentikannya. Namun, ada kalanya mereka yang mampu mengawal juga tertewas.
Allah SWT menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam surah Al-Baqarah, ayat 187 yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu.”
Tadi baca metro, ada artikel dari Ustaz Zaharuddin. Sama-sama kita muhasabah diri kita sendiri.
myMetro Kekang nafsu 'gelap'


p/s:  hidup ini indah...
umpama mimpi dalam mi…

Promosi..Promosi..Promosi.. Indahnya Hidup Bersyariat Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni aku nak promosi buku dari Telaga Biru yang sangat terkenal.  Rugi sangat-sangat kalau tak memiliki buku sangat bernilai.



Indahnya Hidup Bersyariat Harga setiap unit (piece): RM55.00 Hantar sebarang persoalan tentang produk ini ------------------------------------------------------------------------------- Penulis : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid Kod Katalog : TBBK 1097 Kos ISBN : 978-967-5102-30-1 HARGA : RM 55.00, CP : 18 -------------------------------------------------------------------------------- Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tep…

myMetro | 3 jam paut pokok

Assalamualaikum w.b.t.

Musimnya dah tiba.. "Tengkujuh"
Baca laporan myMetro 3 jam paut pokok kejadian banjir di Jitra Kedah.


Jom kita ramai pegi tengok..


umpama mimpi dalam mimpi

Bahaya Joging.. rupanya ada jugak kesan sampingan

Assalamualaikum w.b.t.

Hayati betul-betul petikan berita ni..
Suaminya yang enggan dikenali berkata, isterinya masih ditahan di wad Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). “Ketika kejadian, isteri serta rakannya sedang berjoging sebelum tersungkur akibat terkena lantunan bola golf dipercayai dipukul dari sebuah padang golf berhampiran.
“Akibatnya, isteri saya mengalami kecederaan agak parah dan doktor mengatakan, penglihatannya terjejas selain mengambil masa untuk pulih,” katanya, semalam. Aktiviti berjogig merupakan satu amalan yang bagus dalam menjaga kesihatan diri.  Namun, tetap ada kesan-kesan sampingan. 

Terkezut aku baca metro pagi ni... Tak nak cakap banyak korang baca sendiri kat sini.


Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Tragedijoging/Article
p/s: Saja nak kempen, sapa-sapa nak beli buku secara online jemputlah ke kedai maya aku:
http://www.stormreaders.net/inersisham
banyak buku-buku menari kat situ. Penerbit-pernerbit buku terkenal pun ada kat situ.
umpama mimpi dalam mimp…

Rumah Korang Ada Nyamuk Tak? Cuba Try Teknik Mudah Dan Murah Berantas Nyamuk

Assalamualaikum w.b.t.
Gerun betul aku tengok makhluk penghisap darah nih!!!
Pantai Timur dan beberapa buah negeri lain dah sampai giliran musim tengkujuh.  Ingat lagi dulu-dulu aku tak biasa dengan keadaan di Kelantan yang bila tiba hujung tahu jer hujan tak berhenti-henti.  Orang ramai releks jer berjalan-jalan dicelah-celah hujan.  So, time macam ni lah makhluk penghisap darah muncul dengan banyak nya.. Tapi kepada siapa yang belum pernah berada di Kelantan pada musim tengkujuh ni, korang mesti perasan time ni semut takkan sentuh pun makan korang walaupun korang bukak penutup bekas gula seharian.  Itu yang aku pelik sampai sekarang.
Aku ada benda nak share dengan korang, cara-cara nak bunuh nyamuk secara senyap-senyap....tanpa menggunakan bahan kimia yang bukan-bukan.  Bacalah sendiri kat bawah ni:
Cara Mudah Dan Murah Berantas Nyamuk
So, Jom Shoping sakan buku-buku di kedai Online aku banyak penerbit yang terlibat sama seperti PTS, GALERI ILMU, TELAGA BIRU, PUSTAKA IBNU KATSIR, KALAM…

Ada Apa Dengan Stormreaders???

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam mengkaji dan mencari-cari perniagaan internet bagi menambah pendapatan, kenapa aku memilih Stormreader Network sebagai platform aku memulakan pernagaan secara online?  Pemerhatian, pembacaan telah aku lakukan secara serius sebulan yang lepas bagi memastikan apa yang aku cuba ini benar-benar aku fahami konsep dan kesannya.

Terlalu banyak sistem dan produk-produk perniagaan online lain yang aku jumpa...  Tapi masalahnya kenapakah Stormreaders yang aku pilih.  Persoalan ini mungkin dapat membantu korang memahami dengan membaca artikel dibawah yang ditulis oleh rangkaian kumpulan aktif Stormreaders Network iaitu Mystormwarrior.com.

Cabaran Era Globalisasi ...Dalam menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini, berbagai cabaran baru timbul dan manusia perlu menghadapinya. Tambahan pula peningkatan bahan api telah mendedahkan mereka kepada kenaikan keperluan asas dan taraf kehid…

Entry yang Tadi adalah untuk semalam...

Assalamualaiku w.b.t.

Mohon ribuan kemaafan sebab entry yang aku post sebelum ni adalah untuk semalam...bukan hari ni... Iaitu sehari selepas detik sejarah Kemenangan Kelantan dengan Negeri Sembilan. Hari ni dah kerja...hehe.. dan semalam aku kerja jugak sebab jadual exam untuk student tetap berjalan macam biasa...

Disebabkan sebelum ni aku selalu buat auto entry, so entry yang sepatutnya keluar kelmarin baru keluar hari ni.  Hari ni Kelantan kerja.  Cuma semalam jer Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa untuk seluruh negeri Kelantan.

Menurut maklumat yang aku dengar melalui radio Malaysia Kelantan, hari ni perarakan pasukan Red  Warriors melalui beberapa jalan utama.  Tapi, dari pagi tahu hujan tak berhenti, tak tahu lah macam mana.  Liputan dalam media masa pun agak kurang hari ni.  Rasanya esok kot baru dapat liputan penuh..

Memang lain lah sambutan rakyat kelantan diatas kemenangan bersejarah ni.  Semangat betul! 

Korang baca artikel yang bersumberkan …

Kelantan Cuti Hari Ni.. Hampeh betul!

Assalamualaikum w.b.t.
Korang pernah terkena tak? Hari ini aku telah tertipu dengan diri sendiri..Aku nasihatkan kepada semua rakyat jelata...korang belilah tv supaya tidak ketinggalan informasi.
Malam tadi, lepas sampai dari Gua Musang, teman serumah aku pun dengan mengantuknya terpaksa bersiap-siap untuk aku pegi office pagi nih. So, kami pun tidur dengan penuh keletihan dan nyenyak...sebab memandu lebih kurang 5 jam lebih.  Kalau balik Kampung pun dah sampai..
Pagi tadi, aku bangun dengan penuh semangat nak pergi kerja..tambah-tambah Kelantan menang semalam.. Sampai jer kat office tadi, aku tengok suasana jadi pelik... Parking tak penuh...staff semua senyum jer.. Aku dah lengkap dengan kemeja biru ber 'iron", tali leher dan seluar yang ber'iron' jugak....rasa bangga sekejap...sebab semua ber 'iron' hari ni.. 
Kepelikan aku semakin bertambah bila pintu utama office kunci... tak boleh nak masuk.. aku pusing pegi pintu belakang...selamat tak kunci.  Masuk jer...st…

Mencari Ketenangan Jiwa Dengan Ilmu

Assalamualaikum w.b.t.

Yes... dalam aku berfikir sambil mengelamun..tadi baru aku dapat satu tag line untuk kedai buku online aku yang dalam proses pembinaan...walaupun dah ada e-store stormreaders atau kedai buku maya, aku still memerlukan satu web blog khusus sebagai platform untuk memasarkan buku-buku yang aku jual di e-store stormreaders aku.  Sebabnya, web blog merupakan nadi dalam memasarkan produk-produk secara online disamping menggunakana agensi-agensi lain yang membantu...

"Mencari Ketenangan Jiwa Dengan Ilmu" - ok tak tag line ni...??? memandangkan stormreaders hanya memasarkan produk-produk yang bebentuk ilmiah dan keagamaan, sesuailah digunakan satu tag line yang betul-betul memberi kesan kepada pelanggan.

Tadi jugak, aku cuba-cuba create banner guna web banner maker percuma.  Tak cantik sangat, tapi sekurang-kurangnya aku dah ada banner sendiri.  InsyaAllah next time aku nak cuba buat banner sendiri guna adobe photoshop... Malas aku nak publish lagi banner tu..…

Lawatan Pemantauan Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Gua Musang VS Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Assalamualaikum w.b.t.

Fuhh.... Penat betul, baru sampai rumah balik dari Gua Musang.  Selamat orang lain yang drive.  Ulang tayang balik.  Tadi, lepas habis selesai proses peperiksaan, aku terus balik rumah dan bersiap-siap.  Tak tukar pakaian pun.  Lebih kurang jam 6:40 petang, aku bergerak dengan teman naik MYvi kontot tuh...
Dalam 2jam perjalanan, baru sampai ke Dun Galas.  Pusing punya pusing pekan lama Gua Musang, baru lah terjumpa Pejabat Ar-Rahnu YaPEIM yang berada di tingkat atas bangunan Tabung Haji.  Tapi, suasana meriah sungguh.  Semanggat betul rakyat Dun Galas nak menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Gua Musang.  
Poster-poster, banner dan bendera penuh.  BN VS PAS.  Saja lalu satu pondok berkempen.  Penuh orang ramai berpusat kat situ... semakin dekat, semakin pelik tengok.  
Rupan-rupanya ada screen besar kat situ.  Terlupa pulak aku, sebelum perlawanan dua penjuru BN VS PAS 4haribulan Oktober nanti, malam ni ada perlawanan penting antara Kelantan dan Negeri Sembilan y…