Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 10, 2010

Tiket Konsert Maher Zain [SAVE THE SOUL] dah habis

Assalamualaikum w.b.t.

Lambat betul aku... Orang lain semua dah heboh, aku baru tahu.. Hari ahad lepas aku secara tak sengaja menonton Melodi TV3 kat rumah mertua.  Satu slot tu Melodi temu ramah Maher Zain, penyanyi yang popular dengan lagu InsyAllah.  Rupa-rupanya beliau nak buat konsert kat Malaysia...aku sms member-member yang turut berminat...rupanya semua dah tahu..aku jer yang jauh kebelakang... Malang pulak, tiket dia pulak habis...tak dak rezeki la...
Sumber Berita Haria Online: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dengarnya_TiketkonsertMaherZainhabisdijual/Article/index_html
Dengarnya: Tiket konsert Maher Zain habis dijual



2010/10/05

WAH! Cik Normah berasa bangga sangat apabila orang kuat penganjuran konsert Maher Zain memaklumkan, tiket penyanyi Sweden keturunan Lubnan itu habis disambar peminat hanya dalam tempoh sehari saja. 


Katanya, sebaik saja pengumuman penjualan tiket konsert yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 14 dan 15 Oktobe…

Bayangan Kemenangan Kelantan musim ni, Liga Malaysia: Kelantan Menang dengan Selangor 3 - 0

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera...

Baru check-in di Suria Inn Seksyen 16 Shah Alam.  Tadi sampai di Airport Subang, dapat sms dari Kimi:

"Kelantan menang besar, 3-0"

Pasukan Bola Sepak Kelantan mengalahkan Pasukan Selangor 3 - 0.  Kemenangan besar di tempat sendiri yang menjadi kejutan.

Bukak TV3 tadi, ada perbincangan pasal game nih... antara faktor kejayaan Kelantan adalah perubahan formasi pasukan selangor yang agak tidak menjadi dan tidak teratur.  Selain itu jugak, performance Akmal Rizal yang sedikit memberansangkan malam ni.. Walaupun aku tak dapat tengok game ni, aku dapat membayangkan kemenangan Kelantan untuk musim nih.

Penonton di stadium harap-harap tak menjatuhkan imej dan kejayaan pasukan Kelantan.

umpama mimpi dalam mimpi



Kata-Kata Hikmah 21 @ Saljuhumairah [Syukur]

Assalamualaikum w.b.t.

Baru dapat online dan bersua muka dengan saljuhumairah..

p/s:  Asyik nampak yang belum dimiliki jer...gunakan apa yang kita ada sekarang...apa yang kita akan dapat adalah nikmat dan kurniaan hasil daripada apa yang telah kita syukuri sekarang...

umpama mimpi dalam mimpi

Kuingin kau jadi bidadariku

Assalamualaikum w.b.t.

Hayati dengan sedalam-dalamnya lirik yang garap oleh Munif Ahad, Hijjaz

Bidadari, bidadari...
temanilah resahku
Bidadari, bidadari...
tenangkalah jiwaku

Sumpah setia hidup mati 
Selamanya... kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari, bidadari...
jadilah pendampingku
Bidadari, bidadari...
jadilah sang setia

Kerna cinta suci,
buktinya tidak pernah sepi
Sepi dari cubaan yang tak terduga
Kau umpama bintang utara, 
penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan...
saat kujatuh... bangun semula
Dan berikan sakti cintamu,
penawar racun berbisa
Dan iktan kita...
cinta abadi hanya di syurga.

Lagu: Bidadari
Munif Ahmad, Hijjaz

umpama mimpi dalam mimpi

Cinta Sejati

Assalamualaikum w.b.t.

"Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu." (Hadis riwayat Tirmidzi: 3341)Terdapat dua tiga kesimpulan yang dapat kita ambil daripada hadis ini.  Pertama, perasaan cinta itu sesuatu yang wujud.  Kedua, cuma keutamaanya ialah ia perlu disubrukan kea arah mencintai Allah SWT.  Ketiga, jika akan tumbuhlah perasaan cinta kepada seseorang, maka hendaklah orang yang dicintai itu seorang yang juga mencintai Allah. Keempat, orang itu pula biarlah seorang yang sayang keapada semua amalan yang dikasihi oleh Allah.

Lawan kepada cinta ialah kebencian.  Secara kebalikan, jika dengan berkembangnya cinta atas diri seseorang itu, tiba-tiba perasaan cinta itu boleh membawa kepada kebencian terhadap Allah dan peraturan Allah SWT, maka cinta jenis itu tidak sihat. Ia boleh membawa kecelakaan.

~Seringkali jua aku salah menafsir…

Hargai Isteri Isteri Kamu

Perkahwinan dan Adab Pergaulan Suami Isteri "Isteri-isterimu ialah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah mereka bagaimana sahaja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal-amal yang baik) untuk dirimu.  Bertawakalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kelak kamu akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira untuk orang yang beriman." (Al-Baqarah: 233)
Perkahwinan bukanlah suatu perkara mudah yang boleh dipandang remeh.  Saya sendiri terlupa yang kahwin merupakan sunnah Rasulullah yang lebih kepada ibadat untuk mendekatkan diri kita kepada Maha Penguasa hati.  Anugerah perasaan yang cinta dan sayang sesama makhluk perlu untuk kita salurkan ke jalan yang diredhaiNya.  Kasih dan sayang antara suami dan isteri perlu disemai sebaik mungkin dan disyukuri nikmat yang tiada terhingga hebatnya.  Jika kita berhati-hati dalam melayari bahtera kehidupan dalam berpasangan, sekelip mata anugerah cinta dan sayang akan hilang terbang melayang begitu sahaja. Dulu, saya sering menila…

Kata Kata Hikmat 20 @Saljuhumairah

Assalamualaikum w.b.t.


 p/s: kita selalu terlepas pandang perkara yang remeh yang memberikan kesan yang besar dalam hidup kita..

umpama mimpi dalam mimpi

Minggu yang penuh dengan M.A.K.A.N.

Assalamulaikum w.b.t.
Minggu ini adalah minggu yang penuh dengan Makan.  Sebelum aku bertolak pulang sempat lagi aku melakar coretan untuk saljuhumairah. tersayang.
Boleh dikatakan bermula hari pertama kerja untuk minggu ini, undangan untuk jamuan makan hari raya bertimbun-timbun.  Dah la minggu lepas 3 malam berturut-turut kolej kediaman pelajar menganjurkan pesta makanan untuk sambutan hari raya.  Budaya rumah terbuka yang mendapatkan tempat dihati rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi.
Hari ahad lepas Majlis Jamuan Hari Raya peringkat UiTM Kelantan membuka tirai setelah bahagian fasiliti memulakan pesta makanan pada hari khamis lepas secara besar-besaran.  Masalah yang timbul adalah hampir setiap majis rumah terbuka ni menghidangkan makan raya kegemaran aku iaitu lemang.  Masuk hari kedua, berturut-turut majlis rumah terbuka ini dianjurkan hampir setiap bahagian dalam UiTM kelantan.
Perut terasa seperti hendak meletup apabila menjelang petang.  Yelah, ada satu hari tu 3 jemputan sekalig…