Followers

Fan Page Facebook

Sunday, October 31, 2010

Lawatan Pemantauan Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Gua Musang VS Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Assalamualaikum w.b.t.


Fuhh.... Penat betul, baru sampai rumah balik dari Gua Musang.  Selamat orang lain yang drive.  Ulang tayang balik.  Tadi, lepas habis selesai proses peperiksaan, aku terus balik rumah dan bersiap-siap.  Tak tukar pakaian pun.  Lebih kurang jam 6:40 petang, aku bergerak dengan teman naik MYvi kontot tuh...

Dalam 2jam perjalanan, baru sampai ke Dun Galas.  Pusing punya pusing pekan lama Gua Musang, baru lah terjumpa Pejabat Ar-Rahnu YaPEIM yang berada di tingkat atas bangunan Tabung Haji.  Tapi, suasana meriah sungguh.  Semanggat betul rakyat Dun Galas nak menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Gua Musang.  

Poster-poster, banner dan bendera penuh.  BN VS PAS.  Saja lalu satu pondok berkempen.  Penuh orang ramai berpusat kat situ... semakin dekat, semakin pelik tengok.  

Rupan-rupanya ada screen besar kat situ.  Terlupa pulak aku, sebelum perlawanan dua penjuru BN VS PAS 4haribulan Oktober nanti, malam ni ada perlawanan penting antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang mengulang sejarah Piala Malaysia musim lepas. Mesti orang dah tak hirau pasal parti bila pakat-pakat dok sorak bola.... Sampai kat rumah tadi, suatu perkara berbeza dengan musim lepas adalah juara Piala Malaysia berpihak kepada Kelantan dengan 2 jaringan dan Negeri Sembilan hanya menyumbat 1 gol pendahuluan.  Tahniah untuk Kelantan.  

Sebenarnya, aku bukan bertujuan membuat lawatan pilihan raya di Dun Galas, Gua Musang pun. Aku pergi Gua Musang nak survey tempat kerja teman serumah aku yang baru dapat bertukar dai Ar-Rahnu YaPEIM Cawangan Jerantu ke Gua Musang.  Misi dah tercapai, tapi tak sangka pulak dapat buat pemantauan terus.  hehehehe...

Sekarang tengah dok pening mencari rumah sewa di Gua Musang.  Pening-pening, sebab mahal-mahal jugak rumah kat situ walaupun agak terpencil tempatnya.  

Apa-apa pun semua rakya Kelantan dapat cuti percuma 4hari bulan nanti, untuk mereka keluar mengundi.  Disaat-saat akhir ni aku just nak ucapkan selamat berusaha untuk kedua-dua parti.  Kalah atau menang, rakyat yang pegi mengundi.  Semua yang akan terjadi adalah adat perlawanan.  Macam perlawanan Piala Malaysia malam ni.  Siapa sangka Kelantan boleh menundukkan negeri Sembilan.

Aku penat, nak tido dulu. Chow!!!!

p/s:  Saja nak kempen, sapa-sapa nak beli buku secara online jemputlah ke kedai maya aku: 
banyak buku-buku menari kat situ.  Penerbit-pernerbit buku terkenal pun ada kat situ.  hehe..dah penat pun sempat lagi buat promosi..

Good Night!

umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, October 30, 2010

Senarai Penerbit - Penerbit Buku Terkenal yang telah menyertai Komuniti Stormreaders

Assalamulaikum w.b.t.

Beberapa entry lepas aku ada ceritakan tentang business online yang aku baru join MLM Stormreaders network.  Business ini bukan sahaja menambah pendapatan dunia, malah menuju kearah alam kekal disana.  Kepada yang belum baca sila rujuk entry aku sebelum ni berkaitan stormreaders disini dan sini.

Masih belum berpuas hati, lihat video berkaitan stormreaders ni kat entry aku yang ni: Klik Sini! Korang Tahu Fenomena Stormreaders???

Senang cerita, stormreaders ni adalah syarikat MLM yang menjual buku secara online mengikut syariah.  Sebab dipantau oleh 2 orang pakar dalam bidang ni, iaitu Ustaz Zahzan Mohamed & Ustaz Zaharuddin.

Tapi, mesti korang tak tahu kenapa aku begitu yakin dengan sistem ini.  Salah satu sebab utama adalah dengan menyertai program ni, aku boleh beli buku dengan harga yang murah sehingga 30% diskaun.  Selain itu jugak, banyak penerbit - penerbit terkenal telah menyertai komuniti ini, terutama syarikat PTS yang banyak menerbitkan buku-buku yang aku suka.

Nanti aku akan senaraikan nama-nama syarikat penerbitan tersebut.  Buat masa ni, korang tengok logo-logo penerbit-penerbit buku ni.  Kepada yang berminat dengan buku mesti korang kenalkan syarikat-syarikat ni:


p/s;  Nak beli buku jemputlah datang ke kedai buku online aku kat sini:

umpama mimpi dalam mimpi

Gambar buaya makan belalai gajah sempat dirakam, adegan yang belum pernah berlaku..

Assalamualaikum w.b.t.

Penat betul hari ni, orang lain semua cuti terpaksa bekerja demi anak bangsa tercinta.  Student exam bukannya ikut hari bekerja.  Apa-apa pun selamat menjalani peperiksaan dengan cemerlang untuk semua pelajar UiTM, khususnya UiTM Kelantan dan seluruh Malaysia.
Lepas maghrib tadi, seperti biasa aku akan menatap apa-apa bahan untuk dibaca.  Nasib baik, petang tadi sempat bawak balik Harian Metro dari office.  Staff aku, en. Tarmizi beli pagi tadi, dia tertinggal kat office..nasib lah.... Tambah sekarang ni dia dok bergembira di KL. Tak ingat apa dah tu... Esok ada perlawanan penting antara Negeri Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil.   "Gomo kelate Gome" kata-kata keramat yang sempat di ucapkan sebelum dia berangkat tadi.  

Apa-apa pun aku berharap supaya Kelantan Menang kali nih.  Yelah, tahun lepas pun pasukan yang sama bertembung untuk perlawanan akhir Piala Malaysia dan N.9 dah menang. So.. kali ni biar la kelante pulok... apa-apa pun  kalah dan menang dan sememangnya adat perlawanan..

Sebenarnya aku nak cerita berita menarik yang aku baca dalam metro tadi... seorang jurugambar amatur berkesempatan mengabil gambar Anak gajah disambar buaya dan Kumpulan gajah bertempik, hentak kaki untuk selamat anak gajah yang kena baham.  Fuhh... panjang betul tajuknya.. tapi bagi aku kejadian ni memang pelik.  Binatang gajah tu sikit punya besar la...boleh pulak si buaya ni nak baham.. Dah tu pulak, banyak lagi gajah-gajah besar lain dok ada kat situ.. pelik! pelik.! korang baca sendiri cerita nya kat bawah...nih..

Sumber: MyMetro

PRETORIA: Belalai anak gajah disambar buaya. Kejadian ini dirakam oleh jurugambar amatur, Johan Opperman ketika mengambil gambar sekumpulan gajah meragut makanan berhampiran kawasan paya.
Dengan diawasi keluarganya, anak gajah itu menghampiri tepi lopak untuk minum.

Bagaimanapun, seekor buaya tiba-tiba menerkamnya dengan harapan untuk membunuh anak gajah berkenaan dengan menggigit belalainya.

Apabila mendengar tempikan anak gajah itu, kumpulan gajah berkenaan mengusir buaya itu dengan menempik dan menghentak kaki mereka di kawasan berhampiran.

Selepas kejadian, kumpulan gajah berkenaan sentiasa berada di sekeliling anak gajah itu.

Sebaik memastikan semuanya selamat, mereka menyeberang paya itu bersama-sama, hanya beberapa meter dari tempat buaya itu bersembunyi.
Opperman dari Pretoria, Afrika Selatan merakam saat menakjubkan itu ketika melawat Taman Negara Kruger.

Lelaki berusia 38 tahun itu berkata: “Gajah itu sedang meragut makanan, minum air dan menyejukkan diri - kelakuan biasa haiwan berkenaan.

“Buaya itu menerkam anak gajah berkenaan dan cuba membunuhnya untuk dijadikan makanannya pada hari itu.

“Daripada beberapa pakar, saya mendapat tahu, kejadian seumpama ini amat jarang berlaku. “Buaya jarang membaham gajah. “Apabila anak gajah itu berada dalam cengkaman pemangsanya, semua gajah lain berang, berlari sekeliling sambil menghentakkan kaki dan bertempik serta menghampiri buaya berkenaan untuk menyelamatkan anak gajah itu. Menurut Opperman, dia tidak sedar apa sebenarnya yang berjaya dirakam sehingga dia melihat semula rakaman itu di rumah tumpangannya.

“Saya agak terkejut apabila melihat saya berjaya merakamkan gambar buaya menarik anak gajah itu,” kata Opperman. - Agensi
p/s:  Sebenarnya bukan pelik pun..semua kejadian adalah kehendakNya..

umpama mimpi dalam mimpi

Friday, October 29, 2010

Kisah Misteri Siti Balqis yang Hebat dihilangkan Jin Rupanya Tipu Belaka..Akhirnya Terbongkar

Assalamualaikum w.b.t.

Gambar ihsan dari blog Cikgu Dahlia.

Mesti ramai yang mengikuti perkembangan Kisah Misteri adik Siti Balqis.  Semua teka-teki yang bermain dalam pemikiran peminat kisah akhirnya terungkai.  Terkejut aku baca huraian beberapa blog hari ini yang diambil dari Berita Harian dan Kosmo.

Kisah ni aku petik dari blog cikgu Dahlia yang diambil dari blog: http://www.yusufultraman.com/. Korang baca sendiri kisah adik Siti Balqis yang terbongkar disini: http://www.cikgudahlia.com/2010/10/siti-balqis-mohd-nor-kisah-misteri.html

Terror betul adik ni.  Keupayaan luar biasanya telah berjaya memorak perandakan semua media dan menggemparkan seluruh negara.  Rasanya cerita ni mesti dah sampai keseluruh dunia.

p/s: Berhati-hati dengan permainan dan sandiwara jin yang cuba menipu kita.


umpama mimpi dalam mimpi

Thursday, October 28, 2010

Mencari Penginapan Murah di Shah Alam??? Suria INN sedia menawarkan perkhidmatan berbaloi..


SURIA INN

Sekiranya anda mencari penginapan di Shah Alam
untuk keluarga dan kumpulan. Sukar mencari penginapan semasa konvokesyen UiTM Shah Alam!!!, Suria INN menawarkan pakej penginapan yang berbaloi-baloi.  Memang berbaloi... Alami penginapan keluarga yang sempurna...


Lokasi Penginapan: 
Seksyen 16, Shah Alam (berdekatan Shell S16), <3minit ke pintu utama UiTM

Jenis : 
Apartment 2 bilik + 2 bilik mandi

Kemudahan :
Kelengkapan Sebuah Rumah Keluarga
2 katil + 1 pull-out + 2 extra beds
sofa
tv + astro
peti sejuk
mesin basuh
wi-fi (Streamyx 1mp)

Kadar : 
RM180 semalaman.
Deposit : RM100 utk booking and not refundable.
(Sapa bayar deposit dulu akan diberikan status confirm)

Kemudahan-Kemudahan Lain :

Kedai makan di ground floor
Kedai runcit di ground floor
Walking distance ke Pejabat Pos, RHB
Caj teksi yang sangat minima utk ke UiTM
Caj teksi yang sangat minima untuk ke stesen bas ekspress di Seksyen 17

sila SMS untuk pertanyaan dan tempahan:
019-9876504 (Suria INN)
Operasi 24Jam

umpama mimpi dalam mimpi

Jadual Peperiksaan Akhir Sesi Julai - November 2010 (TERKINI)

Assalamualaikum w.b.t.

Perhatian untuk semua pelajar-pelajar UiTM Kelantan.

Baru-baru ini, saya telah membuat pemantauan peperiksaan di blok D.
Masih terdapat pelajar yang datang lewat atas alasan tersalah tempat kerana hanya tahu kod kursus dan tarikh peperiksaan.  Mereka ingatkan tempat di Dewan Profesional jer yang ada exam...

So, segera download jadual peperiksaan Akhir Sesi Julai - November 2010 untuk kemudahan semua..  Jadual ini disediakan dalam bentuk fomat excel yang korang nanti boleh edit sendiri.  Terdapat sedikit ralat yang berwarna merah...

RALAT - Jadual Peperiksaan Akhir Sesi Julai - November 2010 (TERKINI)
Sila klik disini. (dalam bentuk excel disini)

Boleh juga download melalui scribed dibawah..
Jwp Okt Ralat Terkini 21102010

Mohon untuk sebar-sebarkan....

umpama mimpi dalam mimpi

Apa itu STORMREADERS & MYSTORMWARRIOR? Apa kita dapat kalau join....???

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam aku membebel panjang mengenai perniagaan "online" yang baru sangat aku ceburi.  Bosan tak tahu nak cakap kan...

Semalam jugak aku dah ambil keputusan untuk mempromosi kedai buku Maya aku tuh, "stormreaders " melalui blog kesayangan ni jer.. http://saljuhumairah.blogspot.com .  Walaupun pada asalnya nak create satu blog baru yang lebih menarik dan fokus kepada jualan buku..

Tapi, aku kembali kepada objektif asal pembabitan aku dalam dunia blogging dan perniagaan "online" ni.  Biarlah saljuhumairah yang dah lama berkhidmat ni meneruskan perjuangan nya.  

Apa itu Stormreaders?

http://stormwarrior.com/hisham
STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-931780) ditubuhkan pada 28hb Mei 2008. Ia merupakan sebuah anak syarikat kepada TELAGA BIRU SDN BHD, iaitu sebuah syarikat Bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Telaga Biru yang berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai lagi.


Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran produk TELAGA BIRU dibuat secara konvensional. Sebaliknya di STORMREADERS NETWORK pula, ianya merupakan ONLINE BISNES yang menggunakan kaedah sistem affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, corak MLM yang digunapakai oleh STORMREADERS NETWORK adalah berteraskan Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun program affiliate dan MLM berteraskan Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru sahaja, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam “Kedai Stormreaders”. Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.

STORMWARRIOR Apa Cerita Pulak?

Kumpulan  yang berilmu, beramal, berharta dan mempunyai ikatan ukhuwwah Islamiah yang kuat serta berjaya mencapai keampunan dan keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Kumpulan ini akan bergerak secara aktif untuk memperjuangkan ahli-ahli STORMREADERS.

~ Senang cerita Stormreaders Network adalah sebuah anak syarikat Telaga Biru yang memasarkan buku-buku ilmiah dan agama melalui kaedah networking atau MLM.  Unik kerana ia berteraskan syariah yang dipantau oleh 2 orang pakar dalam bidang ini iaiut Ustaz Zaharuddin & Ustaz Zahzan.  Stormwarrior pulak agen yang bergerak secara berkumpulan untuk mengaktifkan ahli-ahli stormreaders. Maklumat lanjut lawati http://mystormwarrior.com/hisham

~ Lagi pula, Stormreaders sekarang bukan lagi hanya memasarkan produk-produk keluaran Telaga Biru sahaja, tapi dah banyak penerbit-penerbit buku yang telah menyertai rangkaian ini.  Itu yang meyakinkan saya.

Kalau "STORMREADER" syarikat MLM yang menjual buku, apa kaitan pula dengan "STORMWARRIOR" pulak? nanti aku akan ceritakan apakah perbezaan STORMWARRIOR dan STORMREADER.


umpama mimpi dalam mimpi

Hari Ini Dalam Sejarah! Saljuhumairah Dah Jadi Pengedar Stormreaders... Merangkap VIP Member MyStormwarrior

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama aku cuba mendalami perniagaan atas talian di internet. Dah lama aku meninjau, produk apa yang sesuai untuk dipasarkan... banyak bahan yang aku baca.. banyak individu yang dah berjaya aku tatap... Akhirnya aku dah buat keputusa... Aku nak mulakan perniagaan secara online...

Dulu aku sering menyatakan hasrat dan impian kepada sahabat-sahabat untuk memiliki sebuah kedai buku. Aku nak jadi seorang usahawan buku... Usahawan yang berjuang menyebarkan ilmu.... So aku mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan internet dengan memasarkan produk yang berasaskan ilmu... Ilmu untuk manusia... Ya! aku dah ambil keputusan mencuba satu cabang perniagaan internet secara MLM (Multi Level Marketing).
Ya...Aku nak jual buku secara online melalui kaedah MLM


Sangat mudah! dalam sebuah perniagaan, pemasaran merupakan kunci utama kejayaan sebuah perniagaan.  So, MLM adalah cabang kaedah memasarkan produk secara berkesan.  Ia dapat meningkat jaringan/"networking" dengan cepat yang membentuk sebuah komuniti ke arah kejayaan.  Jika dikaitkan dengan ajaran dan pegangan kita, jalinan ukhwah serta berjamaah sangat penting dimana menghubungkan sebuah perpaduan.  Walaupun sebelum ini aku agak membenci strategi pemasaran ini, namun aku tak dapat hendak menafikan yang kaedah ini sangat berkesan dan cepat.  Lagipun, strategi ini digunakan secara atas talian.  Aku masih boleh lagi menerima hakikat ini....

Cuba kita baca makna MLM ni:
Multi-level marketing (MLM) merupakan suatu strategi pemasaran di mana kekuatan jualan pampasan tidak hanya untuk jualan mereka secara peribadi menghasilkan, tetapi juga untuk jualan orang lain mereka merekrut, menciptakan downline pengedar dan hirarki dari pelbagai peringkat pampasan. Other terms for MLM include network marketing , [ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] direct selling , [ 6 ] [ 3 ] and referral marketing . [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ] [ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] istilah lain untuk MLM termasuk pemasaran rangkaian, [1] [2] [3] [4] [5] jualan langsung, [6] [3] referral pemasaran dan. [7] [8] [9] [10] [11 ] [12] Sumber : Wikipedia<

Sebab aku meminati buku... Aku suka dengan buku.. Walaupun dulu-dulu zaman sekolah aku mempunyai hobi menconteng buku.  hehe... So..aku rasa perniagaan buku ini amat sesuai dengan jiwa aku... Lagipun syarat yang yang aku sertai ini mempunyai matlamat yang jelas dalam usaha membantu penyebaran dakwah serta berlandaskan syariah 100%.  Macam mana aku tahu ia betul-betul mengikut syariah?  Sebab terdapat 2 personaliti pakar dalam bidang ini yang memantau dan menjadi penasihat syariah untuk syarikat ini. Iaitu Ustaz Zahzan Mohamed & Ustaz Zaharuddin . Syarikat MLM ini diberi nama STORMREADERS.


Korang berminat? Nanti aku akan ceritakan lagi maklumat berkaitan Stormreaders atau korang boleh lawat link sini 


Sebelum ni pun aku dah post video-video berkaitan syarikat MLM yang berasaskan syariah ni klik sini : Mencari Sumber Pendapatan dalam Menyebarkan Ilmu bermanfaat dan sini: Korang Tahu Fenomena Stormreaders???
.

umpama mimpi dalam mimpi

Wednesday, October 27, 2010

Pengumuman: Iklan Jawatan Kosong Pensyarah (Tarikh Tutup 7 November 2010 - AHAD) UiTM Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.
Pengumumana.....


Iklan Jawatan Kosong (Tarikh Tutup 7 November 2010 - AHAD).

Iklan Jawatan, sila klik di sini.

Borang Pemohonan, silia klik di sini.



GUGUSAN SAINS & TEKNOLOGI


1.   Fakulti Sains Komputer & Matematik (Gred DM45 ke atas)
Ø  Matematik



GUGUSAN PENGURUSAN & PERNIAGAAN


1.  Fakulti Perakaunan (Gred DM45 ke atas)
Ø  Perakaunan

2.  Fakulti Pengurusan Perniagaan (Gred DM45 ke atas)
Ø  Ekonomi
Ø  Kewangan
Ø  Pengurusan
Ø  Pemasaran




GUGUSAN SAINS SOSIAL & KEMANUSIAN


1.  Akademi Pengajian Bahasa (Gred DM41 ke atas)
Ø  Bahasa Inggeris
Ø  Bahasa Mandarin

2.  Pengurusan Maklumat (Gred DM45 ke atas)
Ø  Pengurusan Sistem Maklumat
Ø  Pengurusan Maklumat & Perpustakaan

3.  Seni Lukis & Seni Reka (Gred DM45 ke atas)
Ø  Seni Halus
Ø  Pengajian Liberal


borang_Iklan Jawatan Kosong Pensyarah (Tarikh Tutup 7 November 2010 - AHAD)

iklan_pensyarah_17102010_Iklan Jawatan Kosong Pensyarah (Tarikh Tutup 7 November 2010 - AHAD)

umpama mimpi dalam mimpi

Monday, October 25, 2010

Sifu MUAY THAI yang FAIL!!!

Terasa macam nak menyorok bawah meja jer..

Layan je lah video nih...



p/s: Korang rasa apa perasaan instructor nih?hehehehe...

umpama mimpi dalam mimpi

Sunday, October 24, 2010

Kata-Kata Hikmah @ Saljuhumairah

Assalamualaikum w.b.t.
p/s: ramai dikalangan kita asyik nak menonjolkan kekuatan fizikal jer...kan..aku pun sama...

umpama mimpi dalam mimpi

DOWNLOAD LAGU FULL ALBUM MAHER ZAIN THANK YOU ALL 2009

Assalamualaikum wbt.

Tadi berjalan-jalan membuat terjahan dari blog ke blog...
Alih-alih terjumpa laman web yang membolehkan korang download lagu full album artis terkenal dari Lubnan Maher Zain.

Walaupun aku dah memiliki album original beliau, tapi saja aku nak share dengan korang download link beliau.

Download Link Full Album Maher Zain kat sini: http://fenomenasyid.blogspot.com/2009/11/maher-zain-thank-you-allah-full-album.html

p/s:  Album Maher Zain Thank You Allah adalah best selling album yang boleh mengatasi album-album artis terkenal lain...msg dakwah yang ingin beliau sampaikan betul-betul menyentuh jiwa dan sangat jelas.

umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, October 23, 2010

Kata-Kata Hikmah @ Saljuhumairah

Assalamualaikum w.b.t

p/s: Sukarnya menjadi diri sendiri...

umpama mimpi dalam mimpi

Mencari Sumber Pendapatan dalam Menyebarkan Ilmu bermanfaat

Assalamulaikum w.b.t.

Korang kenal dengan Ustaz Ismail Kamus? Penyampaian kuliah beliau yang bersahaja menarik ramai pendengar dalam memuhasabah diri kita.

Beliau juga turut menulis banyak karya dalam mengebangkan usaha dakwah yang tak pernah berhenti. Selain beliau, ramai lagi tokoh-tokoh terkenal yang terlibat dengan perniagaan Stormreaders Network, Perniagaan 100% Berteraskan Syariah.


p/s: Maklumat lanjut berkaitan perniagaan internet ini sila layari: http://www.mystormwarrior.com/hisham 
Irfan Khairi jutawan internet pun turut bersama-sama mengembangkan rangkaian ini.  InsyAllah maklumat lanjut akan diceritaka di masa hadapan..
Salah satu altenatif perniagaan bagi umat islam yang mudah dan jelas.

umpama mimpi dalam mimpi

Friday, October 22, 2010

Korang Tahu Fenomena Stormreaders???

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama aku meneliti dan membaca berkaitan perniagaan internet.  Walaupun dah lama aku menceburi arena blogging...sampai sekarang aku masih belum memulakan sebarang jenis perniagaan internet.  Cerewet sungguh! Ya..memang aku sangat cerewet berkaitan dengan hal-hal sumber pendapatan nih...

Mendaftar dengan nuffnang pun aku belum pernah cash kan duit... Tapi aku tertarik betul dengan satu pernigaan internet yang semakin mendapat tempat ke dalam hati usahwan-usahawan internet.  Korang pernah dengar stormreader.net?

Aku sangat berminat dengan perniagaan ini kerana ia menjalakan perniagaan nyata menjual buku-buku agama dan motivasi  yang membantu menyampaikan dan menyebarkan ilmu bermanfaat dalam usaha berdakwah.

Perniagaan MLM berlandaskan syariah yang dipantau oleh pakar-pakar seperti Ust. Zaharuddin yang terkenal dengan blog beliau http://zaharuddin.net

Sebelum aku ceritakan dengan lebih lanjut hayati betul-betul video ini.  Bukan promosi, tetapi sekadar berkongsi maklumat.


p/s: Maklumat lanjut berkaitan sumber pendapatan ini sila layari http://www.mystormwarrior.com/hisham 
InsyaAllah, aku akan ceritakan dengan lebih lanjut berkaitan perniagaan internet ini dimasa akan datang.  Sama-samalah kita berkongsi maklumat yang bermanfaat.

umpama mimpi dalam mimpi

Adegan Lawak di Masjid yang tak sepatutnya

Assalamualaikum w.b.t.

Gengblogger sekaliannya. Hari ini adalah penghulu segala hari. Hari jumaat, majoriti semua golongan lelaki melangkah ke Masjid bila tiba waktu zohor. Sebab nak solat jumaat..Sejak kebelakangan ni, waktu zohor masuk agak awal... So agak kelam-kabut sikit suasana sebab tak macam biasa...Selalunya zohor pukul 1.30 baru masuk.. Selamat di Kelantan hari Jumaat talah ditetapkan cuti hari minggu. Dapatlah semua orang lelaki menunaikan solat jumaat dengan selesa...

Apa-apa pun, sebelum korang pegi solah jumaat, hayati lawak dari majalah ujang ni. Kartunis Lambok nih memang sempoi habis idea dia....

Layan jer... Selamat ber jamaah dan berkhutbah..

p/s: Klik gambar, kalau tak jelas nak baca


umpama mimpi dalam mimpi

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger