Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 26, 2010

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UiTM 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kelantan buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Akhir UiTM Kali Ke-15 2010 pada 19-22 November 2010. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang konvensyen di URL http://www.kelantan.uitm.edu.my/kik2010

Sila war-warkan perkara ni...



"Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) sebelumnya dikenali sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). KMK telah diamalkan di UiTM sejak 1985 dan membuktikan kemampuannya untuk menghasilkan penyelesaian masalah kerja dan inovasi sistem kerja. Mulai 2006 KIK telah diterima sebagai salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat staf. Berbanding dengan KMK, tumpuan KIK tidak hanya menyelesaikan masalah jabatan tetapi juga penambahbaikan proses yang sedia melalui pengimplementasian proses, produk atau perkhidmatan baru. KIK selaras dengan strategi pembangunan ekonomi negara untuk melahirkan staf yang berpengetahu…

Bagaimana menjadi pelajar cemerlang??? 34 tips berguna pelajar cemerlang - Dr. Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum w.b.t.
Perjalanan semester bagi pelajar universiti Rata-rata IPTA/IPTS sudah semakin hampir ke kemuncaknya.  Bagi pelajar UPSR, saat-saat getir menghadapi sudah berlalu meninggalkan pergi.  Pelajar PMR masih lagi berdebar-debar kencang menanatikan kelibat peperiksaan yang bakal muncul tak lama lagi... Pelajar-pelajar SPM bertungkus lumus membuat persiapan yang terbaik.  Dan ramai lagi....
Semuanya kerana peperiksaan.  Peperiksaan merupakan salah satu kaedah penanda arasan bagi mengukur tahap kecekapan, kemahiran, pengetahuan, dan lain-lain untuk sesuatu tahap.  Kejayaan seseorang menempuhi peperiksaan akan melayakkan dia ke tahap yang seterusnya.  Secara dasarnya pemikiran individu normal akan berfikiran begitu atau mungkin ada idea yang lebih bernas dari itu. Rujuk objektif peperiksaan: Klik sini.

Namun, sekiranya kita lihat pada sudut lain pula, peperiksaan boleh disama ertikan dengan ujian-ujian yang kita tempuhi setiap masa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Peperiks…

Salam Aidilfitri - Ikhlas dari Bahagian Hal Ehwal Akademik Uitm Kelantan(geng laki-laki)

Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum sambutan hari raya tempoh hari dalam seminggu lagi nak habis puasa, bahagian Hal Ehwal Akademik sempat lagi posing di Pusat Islam UiTM Kelantan.

Masing-masing dah berangan nak melaram baju raya...

Thanks to "Pudin" as a jurukamera dan "Hanif" tukang edit gambar-gambar nih....




 p/s: gambar-gambar kenangan yang bakal menjadi sejarah nanti..

umpama mimpi dalam mimpi

Korang Pernah tengok Kereta Drift tahap ganas ker....- Gymkhana THREE, Part 2; Ultimate Playground; l'Autodrome, France

Mula-mula ingatkan iklan kasut sukan extreme DC...yang biasa-biasa jer..
saja-saja nak tengok apa yang menarik..

rupanya video kereta drift....sukar untuk aku bayangkan kalau aku jadi penumpang sebelah driver....

termuntah hijau rasanya....



p/s: kalau Myvi buat macam ni boleh ke ar?

umpama mimpi dalam mimpi

Inspirasi Jenama Proton Baru

Assalamualaikum w.b.t

Jom...kita dapatkan.....
Cantik jugak design proton baru ni...




 p/s: macam Toyota Camry pun ada jugak...tengok sekali lagi..macam Mitsubishi pun sebijik..

umpama mimpi dalam mimpi

Ibu-bapa perlu berhati-hati dengan anak-anak. kecil...jangan sampai...........

Assalamualaikum w.b.t.

Pilu ranya bila tebaca berita ni..................
Bayi kena patuk ular tedung lumpuh kekal
Oleh Ahmad Fayadh Abdul Manap
bhnews@bharian.com.my
2010/08/18
MOHD ASRI kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Kangar. Mohd Asri turut mengalami kegagalan fungsi saraf

KANGAR: Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang terlantar sejak lebih tiga bulan lalu selepas kepalanya dipatuk ular tedung ketika bermain di rumah neneknya di Kampung Bukit Merah, dekat Beseri, di sini disahkan mengalami lumpuh kekal.

Mohd Asri Mohd Indrasuadi, anak bongsu daripada tiga beradik bukan saja disahkan lumpuh, malah turut mengalami masalah kegagalan fungsi saraf, selepas bisa ular tedung terbabit dikatakan merebak ke otaknya.

Mohd Asri Mohd Indrasuadi, anak bongsu daripada tiga beradik bukan saja disahkan lumpuh, malah turut mengalami masalah kegagalan fungsi saraf, selepas bisa ular tedung terbabit dikatakan merebak ke otaknya.

Keadaan itu menyebabkan Mohd Asri sebelum …

Tak ada drama/filem lain ke? asyik-asyik cerita pembunuhan..jer...........

Lepas berita tadi saja lepak-lepak depan Astro layan movie..

Mula dengan Channel MAX, TV3 sampailah sekarang TV2 pulak..

Dah tak ada cerita lain ke? Semuanya cerita kes pembunuhan, penyiasatan dan kematian... yang peliknya bukak TV3 nak layan drama melayu pun kes pembunuhan...Norman Hakim dan Rosyam Noor berlakon... Aku sempat tengok part Norman Hakim kena tangkap kat rumah dia bawak masuk dalam kereta Waja polis jer..

Sekarang ni, layan TV2 puan cerita pembunuhan jugak..agak menyeeramkan jugak.....layan je lah..sok nak kerja....The Hunt for the BTK Killer

The Hunt for the BTK Killer
Info Year:2005
Cast: Robert Forster, Michael Michele, Maury Chaykin, Mimi Kuzyk, Gregg Henry
Directed By: Stephen T. Kay


For 31 years, the serial killer known as BTK raised terror in the small town of Wichita, Kansas. Starting in 1974 and ending in 1991, BTK killed 10 people and resurfaced in 2005, in which the BTK killer was captured. This is the story of how police found, captured, and convicted the viciou…

Hati-hati.. main kutu, nanti kena jel..

Risau jugak...bahaya betul kalau join sistem-sistem yang tak berlesen...

Kalau nak main kena siasatu dulu...tetapkan niat dan jangan lari landasan yang lurus..takut nanti kerana duit tak pasal-pasal menyusah diri pulak.... mulanya nak hidup senang... alih-alih merana badan....sapa yang cari?

Apa-apa pun setiap yang terjadi mesti ada hikmah disebaliknya...tunggu dan lihat..mungkin ada yang tak kena disebalik sistem kutu nih....


Baca selanjutnya di My Metro : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KautRM30jutaanjurskimkutu/Article

p/s: hati-hati dengan setiap langkah dan tindakan..

umpama mimpi dalam mimpi

Pendaftaran Kursus Semester Januari - April 2011 UiTM (UiTM Kelantan)

Entry khusus untuk semua pelajar UiTM sahaja:
Seperti yang kita sedia maklum, mulai semester lepas, pelajar-pelajar UiTM tidak perlu lagi membuat Pra-Pendaftaran Kursus.  Tetapi terus membuat pendaftaran kursus yang tetap.

Amaran:  Sekiranya pendaftaran kursus tidak dibuat oleh Pelajar-pelajar, keputusan peperiksaan akhir akan disekat.  Maknanya, tak boleh tengok keputusan exam la...sampai semester baru dibuka...dan selepas pendaftaran kurusus dibuka..

Tambahan untuk semester ini, pelajar juga perlu membuat penilaian pensyarah secara online.  Sekiranya tidak, still tak boleh tengok result exam....

UiTM Kelantan ada create banner untuk makluman kepada semua pelajar-pelajar:


 PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER JANUARI - APRIL 2010 (NO REGISTRATION & SUFO, NO RESULT ) - NRSNR
04-22 OKTOBER 2010
Exam result can only be viewed when students have complete: Courses registration online now for next semesterStudent Feedback Online (SuFO) For Each LecturerPayment of College fees (if applicable)Banner in…

Betul lah "benda" tu akan keluar tepat pukul 12 tengah malam kata en. Ben Ashaari - "Kena ushar @ update blog pukul 12 tengah malam

Assalamualaikum w.b.t.

Ramalan Bro Ben Ashaari memang tak dapat nak di sangkal lagi...tepat pukul 12 tengah malam benda alah tu akan muncul secara tiba-tiba..

Terus dengan rajinnya ku update blog...

Kalau Ben Keluar Awek kuning..

Aku pulak keluar Awek KFC... rasa lapar lah pulak...
So..tunggu apa lagi..check it out kat blog bro Ben Ashaari... http://www.benashaari.com/2010/09/kul-12-malam-wahai-blogger-sila-tengok_28.html

Klik jer kat link atas nak tau Ben Ashaari cerita apa..

Dia akan terangkan dengan lebih detail lagi... Lepas ni rajin-rajin lah update pada waktu yang sewaktu dengan nya....

Chow....



umpama mimpi dalam mimpi

ADUN Galas selamat dikebumi

Al-Fatihah untuk arwah...

Dah berapa kali pilihan raya kecil diadakan untuk musim ini??? Sepatutnya dah ada altenatif lain untuk mengelakkan pembaziran...

From Drop Box
ADUN Galas selamat dikebumi

p/s: sedar tak sedar rasanya dah hampir 2 tahun aku menjadi rakyat Kelantan.

umpama mimpi dalam mimpi

Andai Dunia Tanpa Sempadan - Raya di New Delhi pun boleh..

Assalamualaikum w.b.t.

Tadi staff aku, Hanif...mencuba-cuba edit gambar kitorang guna Adobe Photoshop...
Dia main crop jer... aku? mana lah pandai guna adobe photoshop...

From Drop Box
Sebenarnya gambar untu hari raya ni kitorang posing kat dalam Pusat Islam UiTM Kelantan..

From Drop Box
Last-last kelihatan macam kat oversea lah pulak....

umpama mimpi dalam mimpi

Baru tahu....rupanya...kegemukan terbahagi kpd 3 jenis

Assalamualaikum w.b.t

Saja nak share ngan korang..rupa-rupanya gemuk ada 3 jenis...
Aku tahu pun lepas baca satu majalah semalam...

Gemuk AirGemuk AnginGemuk DagingMaklumat lanjut lagi berkaitan semua jenis kegemukan tersebut, boleh lah ziarah blog member kita nih: http://citeworlds.blogspot.com/2010/04/kenali-jenis2-gemuk.html
Semua maklumat-maklumat sama sebijik dengan dalam majah yang aku baca...

Memang aku tak dapat nafikan, semenjak berkhidmat dalam jabatan kerajaan berat badan aku bertambah.  Takut betul dengan gejala diabetis yang banyak menyerang golongan-golongan yang tidak bersenam.

Aku dan rasa badan aku semakin hari, semakin gemuk...nak kata banyak banyak tak jugak.  Mungkin kerja dalam air-cond dan langsung tak bersenam.

p/s: Zaman study dulu-dulu makan banyak-banyak pun tak memberi kesan kepada bagan

umpama mimpi dalam mimpi

Ponni??? aku ingat kan ape lah...

Assalamualaikum w.b.t

Mahkamah larang guna nama ‘ponni’Korang nak tahu apa benda ni?? baca selanjutnya kat sini : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mahkamahlaranggunanama__8216_ponni__8217_/Article/index_html p/s: Kadang-kadang tajuk akhbar agak mengelirukan..tapi itulah yg buat aku nak baca...kannnn.....


umpama mimpi dalam mimpi

Tips-tips Memilih Kursus Pengajian ke IPTA/IPTS

Assalamualaikum w.b.t.

Beberapa hari lepas aku dah janji untuk berkongsi teori teknik memilih program.  Teori diperkenalkan oleh En. Imran Mohamed@Ismail Penolong Pendaftar Akademik UiTM Kelantan.  Teori ini diberi nama A.I.M.

Setakat ini, teori A.I.M banyak membatu pelajar-pelajar yang ingin memilih program ke IPTA/IPTS. Sememangnya kita sedia maklum yang pada peringkat umur pelajar lepasan SPM semua masih tercari-cari identiti diri.  Masih lagi teragak-agak dan tidak tetap pendirian.  Sebab aku pun pernah menghadapi perkara yang sama dulu.

A.I.M

A - Ability (Kemampuan, kebolehupayaan)
I - Interest (Minat, kecenderungan)
M - Market (Pasaran)

Apa kaitan A.I. M dengan pemilihan kursus pengajian ke IPTA/IPTS?
Nanti aku akan terangkat dengan lebih lanjut.

p/s: Teringat lagi dulu, cukup sukar nak buat pemilihan kursus terutama masa nak isi borang UPU.... dulu-dulu borang manual memang susah...Alhamdulillah sekarang dah ada teknologi, boleh isi borang online..

umpama mimpi dalam mimpi

Hayati dan Fahami betul-betul lirik lagu nih - 1924: Soldiers of Allah

1924 - Soldiers of Allah Written by SOA Monday, 15 September 2008 16:39
The truth about the state
It wasn't always like this
Let us look back in time
History reminds us
One army
One land

One central authority
Crushing the romans
Persians put in fear
The Ummah like a Lion
No need to shed a tear
When the village was attacked by the kufar
The Khalife heard
The sister cry &
Prepared for war
Attacking the city
Destroying it
from existence
Lesson # 1
Don't ever
Mess with Muslims
The Imam of the Ummah is a shield where he protects the Ummah and where the Ummah fights behind him
Where is this shield today to protect the Ummah?? What happen to this shield to honor and dignify the Ummah???
In 1917 Prime Minister of Britain after entering Jerusalem stated the crusade war has ended
In the same year the French general, goro went to the grave of Salahudeen-Ayubi
Salahudeen-Ayubi, the one who 730 years prier crushed the crusades and liberated …

Teruja: Album Opick 2010 - Shollu Ala Muhammad

Assalamualaikum w.b.t. Memang aku tak dapat nafikan hati aku lagi... "Opick" Da' Best Singer Ever.............yang menghiburkan rohani aku...
Nak cari karya yang betul-betul berkualiti dan menepati cita rasa hati yang sepi memang susah dalam keadaan sekarang.  Tambah-tambah, kita kepung rapat dengan gejala hedonism (hiburan sia-sia yang melampau) yang menciplak dan menokok tambah baik budaya barat yang ditunjuangi yahudi demi melalaikan hati-hati umat islam.  
Kadang-kala, irama nasyid melayu yang mempunyai niat suci ingin berdakwah turut terjebak sama mengikut acuan barat.  Ada yang sampai tahap lari dari matlamat asal... Sehinggakan hati aku terkecewa dalam mencari hiburan yang terarah diatas landasan yang kukuh.
Namun, kehadiran penyanyi seberang "Opick" memberi sedikit cahaya untuk berhibur dan pada masa yang sama tidak melalaikan hati.  Malah karya-karya beliau membuka sedikit hati dan menambahkan lagi ingatan kepada Yang Maha Pencipta.
Kualiti lirik, muzik dan…

Dah Lahir Hero Pejuang Warisan - Usataz Miqdat Aswad Ahmad Da' Junior UiTM Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera....

Aku dengan ini berbesar hati untuk menghebahkan bahawa imam besar UiTM Kelantan telah dikurniakan seorang bayi lelaki semalam.  Nama tak pasti lagi.

SMS ringkat yang aku terima semalam cukup untuk menggambarkan kegembiran Ustaz Miqdat yang berada di Pulau Pinang kot sekarang.

"Segala puji bagi Allah, saya telah dikurniakan anak lelaki. (Miqdad)""Alhamdulillah semoga menjadi pewaris yang soleh.." aku balas simple jer....
Jelous betul.


 Sekian,

p/s: Bila lah pulak giliran aku....nih

umpama mimpi dalam mimpi

Al-Fatihah untuk Allahyarham Omar Mohd. Noor (Kakitangan UiTM Kelantan) dan Takziah untuk keluarganya

Assalamualaikum w.b.t.

Terpanggil untuk mewar-warkan berita berkaitan kematian beberapa hari lepas.  Beliau adalah salah seorang kakitangan UiTM Kelantan yang aku kenali.   Orang nya bersahaja dan beru sangat mengikuti aku dan kakitangan HEA UiTM Kelantan ke program motivasi dan pembangunan jiwa bahagian HEA UiTM KELANTAN di Mayang Sari Resort, Dungun.

Terasa baru sangat bergurau dan makan bersama-sama.  Masih terbanyang-bayang arwah menyertai kami beramai-ramai BBQ didepan chalet Mayang Sari Resort.

Al-Fatihah...

Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh..Ameen..



Sinar Harian Melaporkan:

Maut tertembak sendiri

MACHANG – Seorang pemandu dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan maut setelah tertembak diri sendiri dari senapang patah yang dipegangnya ketika berada di atas mesin penuai padi di Kampung Bukit, Ulu Sat, di sini semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Omar Mohd. Noor, 39, dipercayai berada di atas mesin …

Baru tahu: The Star Onlie -Maxis and DiGi start selling iPhone 4 in M'sia

Assalamualaikum w.b.t. Petang tadi, lepas habis program di PCB Resort sengaja aku menyimpang sebentar ke KB MALL, Kota Bharu.  Lama tak jalan-jalan window shoping sambil-sambil cuci mata.
Dalam duk merayau-rayau sorang, terdetik untuk aku ke kedai HandPhone nak trade-in HTC TOUCH ngn Sony Ericson C510i konon-kononnya.  Ingat lagi dulu aku beli HTC TOUCH tu, harganya RM1000, second hand pulak...dan Sony Erricson C510i RM530 dikedai yang sama.
Rasanya tak sampai setahun lagi aku guna.  Terejut beruk aku, HTC TOUCH dia just nak ambil RM400 dan Sony Erricson dia boleh bagi aku RM200 jer.
Cepat sungguh dunia teknologi.  Nak kejar? Jangan haraplah.  Orang banyak duit tak pe lah... Aku tengok orang yang kerja kedai HP tu pun pakai HP biasa jer. Dalam duk belek-belek HP lain, tiba-tiba pekerja kedai promote aku model samsung baru 4G.  
Terasa sungguh ketinggalan kebelakang.  4G dah masuk Malaysia? teruja tak tahu nak cakap.  Siap test software WORD lagi.  Belek punya belek, tanya harga, RM2499.  M…

Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W ikon terbaik kita masa kini dan generasi masa depan - Video Mesti Tengok Dan Hayati

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar berkongsi perasaan untuk bloger-blogger dan pembaca. Cuba hayati dengan sedalam-dalam jiwa kamu apa yang cuba disampaikan dalam video ni.  Adakah hati kamu benar-benar keras sekiranya tidak tersentuh dengan video ni.

Adakah kita masih lagi diatas landasan yang betul, adakah kita benar-benar mengenali diri kita ini.
Video yang membuatkan hati kita menangis....



p/s: Siapa yang Idola kita?

umpama mimpi dalam mimpi