Followers

Fan Page Facebook

Thursday, September 30, 2010

Korang Pernah tengok Kereta Drift tahap ganas ker....- Gymkhana THREE, Part 2; Ultimate Playground; l'Autodrome, France

Mula-mula ingatkan iklan kasut sukan extreme DC...yang biasa-biasa jer..
saja-saja nak tengok apa yang menarik..

rupanya video kereta drift....sukar untuk aku bayangkan kalau aku jadi penumpang sebelah driver....

termuntah hijau rasanya....



p/s: kalau Myvi buat macam ni boleh ke ar?

umpama mimpi dalam mimpi

Nak Cepat Sangat Kaya... Inilah akibatnya...

Banyak betul kereta mewah.. no. plat cun-cun semua..
Yang untung towkey kedai kereta...

Sekarang ni mudah sangat buat loan...



p/s: semoga lebih banyak yang dibongkarkan..

umpama mimpi dalam mimpi

Miyabi Maria Ozawa Mati??? Betul ker???

Masuk gengblogger tadi..terbaca satu info dari satu blog http://www.ishakhasimi.com ...beliau sendiri dapat dari blog dari seberang..

Korang bacalah sendiri...tak nak ulas panjang..nanti kena gam pulak..haha..(bukan nak promote...tapi isu kontroversi...

http://www.ishakhasimi.com/berita/miyabi-maria-ozawa-meninggal-dunia.php

p/s: hati-hati dengan perangkap dunia fana...silap langkah terpijak periuk api....tanya hati setiap masa..pegang pada yang Satu.. gunakan masa yang diperuntukkan sebaik mungkin...

umpama mimpi dalam mimpi

Inspirasi Jenama Proton Baru

Assalamualaikum w.b.t

Jom...kita dapatkan.....
Cantik jugak design proton baru ni...




 p/s: macam Toyota Camry pun ada jugak...tengok sekali lagi..macam Mitsubishi pun sebijik..

umpama mimpi dalam mimpi

Ibu-bapa perlu berhati-hati dengan anak-anak. kecil...jangan sampai...........

 Assalamualaikum w.b.t.

Pilu ranya bila tebaca berita ni..................

Bayi kena patuk ular tedung lumpuh kekal
Oleh Ahmad Fayadh Abdul Manap
bhnews@bharian.com.my
2010/08/18

MOHD ASRI kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Kangar.
MOHD ASRI kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Kangar.
Mohd Asri turut mengalami kegagalan fungsi saraf

KANGAR: Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang terlantar sejak lebih tiga bulan lalu selepas kepalanya dipatuk ular tedung ketika bermain di rumah neneknya di Kampung Bukit Merah, dekat Beseri, di sini disahkan mengalami lumpuh kekal.

Mohd Asri Mohd Indrasuadi, anak bongsu daripada tiga beradik bukan saja disahkan lumpuh, malah turut mengalami masalah kegagalan fungsi saraf, selepas bisa ular tedung terbabit dikatakan merebak ke otaknya.

Mohd Asri Mohd Indrasuadi, anak bongsu daripada tiga beradik bukan saja disahkan lumpuh, malah turut mengalami masalah kegagalan fungsi saraf, selepas bisa ular tedung terbabit dikatakan merebak ke otaknya.

Keadaan itu menyebabkan Mohd Asri sebelum ini koma selama 45 hari, mengalami kekejangan otot kekal, hanya mampu terbaring dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan ibunya, Noor Amali Ahmad, 27.

Noor Amali ketika ditemui, berkata anaknya itu bukan saja tidak boleh bergerak, malah dia juga tidak mampu menelan makanan dan hanya meminum susu melalui tiub yang disalurkan melalui hidung terus ke ususnya.

"Ibu mana yang tidak sedih melihatkan anak yang sihat dan baru saja boleh bertatih kini terlantar menderita. Saya tidak tahu apa lagi yang boleh saya ikhtiarkan untuk membantu Mohd Asri. Paling saya khuatir, dia akan terus terlantar begitu selama-lamanya, sedangkan usianya baru saja bermula,” katanya sebak.

Menceritakan kejadian malang itu, Noor Amali berkata, ketika itu Mohd Asri yang baru pandai berjalan sedang bermain seorang diri di dalam sebuah bilik di rumah neneknya, sebelum terdengar dia menangis.
Selepas diperiksa, katanya, kepala Mohd Asri didapati berdarah dan selepas tidak berhenti menangis, dia kemudian terus meminta bantuan jiran untuk membawa bayi itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

“Selepas menjalankan pemeriksaan, pihak hospital mengesahkan Mohd Asri dipatuk ular. Berikutan kejadian itu, Mohd Asri terlantar koma selama 45 hari, sebelum kembali sedar dan dibenarkan pulang ke rumah dua minggu lalu,” katanya ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kedah, Mansor Jusoh, semalam.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayikenapatukulartedunglumpuhkekal/Article/

p/s: terkenang lirik nyanyian Sifu M.Nasir - Anak-anak.
umpama mimpi dalam mimpi

Wednesday, September 29, 2010

Tak ada drama/filem lain ke? asyik-asyik cerita pembunuhan..jer...........

Lepas berita tadi saja lepak-lepak depan Astro layan movie..

Mula dengan Channel MAX, TV3 sampailah sekarang TV2 pulak..

Dah tak ada cerita lain ke? Semuanya cerita kes pembunuhan, penyiasatan dan kematian... yang peliknya bukak TV3 nak layan drama melayu pun kes pembunuhan...Norman Hakim dan Rosyam Noor berlakon... Aku sempat tengok part Norman Hakim kena tangkap kat rumah dia bawak masuk dalam kereta Waja polis jer..

Sekarang ni, layan TV2 puan cerita pembunuhan jugak..agak menyeeramkan jugak.....layan je lah..sok nak kerja....The Hunt for the BTK Killer


Year: 2005
Cast: Robert Forster, Michael Michele, Maury Chaykin, Mimi Kuzyk, Gregg Henry
Directed By: Stephen T. Kay


For 31 years, the serial killer known as BTK raised terror in the small town of Wichita, Kansas. Starting in 1974 and ending in 1991, BTK killed 10 people and resurfaced in 2005, in which the BTK killer was captured. This is the story of how police found, captured, and convicted the vicious killer named Dennis Rader.


p/s: tak tahu kenapa banyak sangat cerita kematian, pembunuhan.  Itu belum bukak channel lain lagi... Kill..Kill..Kill Die...Die...Die....

umpama mimpi dalam mimpiadi

Hati-hati.. main kutu, nanti kena jel..

Risau jugak...bahaya betul kalau join sistem-sistem yang tak berlesen...

Kalau nak main kena siasatu dulu...tetapkan niat dan jangan lari landasan yang lurus..takut nanti kerana duit tak pasal-pasal menyusah diri pulak.... mulanya nak hidup senang... alih-alih merana badan....sapa yang cari?

Apa-apa pun setiap yang terjadi mesti ada hikmah disebaliknya...tunggu dan lihat..mungkin ada yang tak kena disebalik sistem kutu nih....


Baca selanjutnya di My Metro : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KautRM30jutaanjurskimkutu/Article

p/s: hati-hati dengan setiap langkah dan tindakan..

umpama mimpi dalam mimpi

Pendaftaran Kursus Semester Januari - April 2011 UiTM (UiTM Kelantan)

Entry khusus untuk semua pelajar UiTM sahaja:

Seperti yang kita sedia maklum, mulai semester lepas, pelajar-pelajar UiTM tidak perlu lagi membuat Pra-Pendaftaran Kursus.  Tetapi terus membuat pendaftaran kursus yang tetap.

Amaran:  Sekiranya pendaftaran kursus tidak dibuat oleh Pelajar-pelajar, keputusan peperiksaan akhir akan disekat.  Maknanya, tak boleh tengok keputusan exam la...sampai semester baru dibuka...dan selepas pendaftaran kurusus dibuka..

Tambahan untuk semester ini, pelajar juga perlu membuat penilaian pensyarah secara online.  Sekiranya tidak, still tak boleh tengok result exam....

UiTM Kelantan ada create banner untuk makluman kepada semua pelajar-pelajar:


 PENDAFTARAN KURSUS
SEMESTER JANUARI - APRIL 2010
(NO REGISTRATION & SUFO, NO RESULT ) - NRSNR

04-22 OKTOBER 2010

Exam result can only be viewed when students have complete:
  1. Courses registration online now for next semester
  2. Student Feedback Online (SuFO) For Each Lecturer
  3. Payment of College fees (if applicable)
Banner ini direka oleh kakitangan HEA UiTM Kelantan - (Hasyyati) Untuk tempahan banner  sila hubungi: 010-9280356 (Hassyati)

umpama mimpi dalam mimpi

ANUGERAH MERDEKA - Menyanjung Pengorbanan Setiap Patriot

Assalamualaikum wbt..

"Saya bangga menjadi rakyat Malaysia, dan saat paling berharga adalah ketika lagu Negaraku berkumandang sambil Jalur Gemilang dinaikkan setiap kali saya menjuarai satu-satu kejohanan badminton," Kata Datuk Lee Chong Wei.

Jaguh perseorangan negara tersebut telah dikurniakan Anugerah Merdeka..setelah banyak kali menaikkan nama negera...

Aku baru jer baca surat khabar kat rumah jiran aku Che Deal...

Aku baru tau rupanya...surat khabar tersebut rupanya dah sebulan berlalu.. 18 Ogos 2010....

p/s: Semanggat Harumkan Nama Negara Malaysia setakat ni tak ada lagi yang dapat menandingi Dauk Lee Chong Wei..

umpama mimpi dalam mimpi

Betul lah "benda" tu akan keluar tepat pukul 12 tengah malam kata en. Ben Ashaari - "Kena ushar @ update blog pukul 12 tengah malam

Assalamualaikum w.b.t.

Ramalan Bro Ben Ashaari memang tak dapat nak di sangkal lagi...tepat pukul 12 tengah malam benda alah tu akan muncul secara tiba-tiba..

Terus dengan rajinnya ku update blog...

Kalau Ben Keluar Awek kuning..

Aku pulak keluar Awek KFC... rasa lapar lah pulak...
So..tunggu apa lagi..check it out kat blog bro Ben Ashaari... http://www.benashaari.com/2010/09/kul-12-malam-wahai-blogger-sila-tengok_28.html

Klik jer kat link atas nak tau Ben Ashaari cerita apa..

Dia akan terangkan dengan lebih detail lagi... Lepas ni rajin-rajin lah update pada waktu yang sewaktu dengan nya....

Chow....



umpama mimpi dalam mimpi

Tuesday, September 28, 2010

ADUN Galas selamat dikebumi

Al-Fatihah untuk arwah...

Dah berapa kali pilihan raya kecil diadakan untuk musim ini??? Sepatutnya dah ada altenatif lain untuk mengelakkan pembaziran...

From Drop Box

ADUN Galas selamat dikebumi

p/s: sedar tak sedar rasanya dah hampir 2 tahun aku menjadi rakyat Kelantan.

umpama mimpi dalam mimpi

Andai Dunia Tanpa Sempadan - Raya di New Delhi pun boleh..

Assalamualaikum w.b.t.

Tadi staff aku, Hanif...mencuba-cuba edit gambar kitorang guna Adobe Photoshop...
Dia main crop jer... aku? mana lah pandai guna adobe photoshop...

From Drop Box

Sebenarnya gambar untu hari raya ni kitorang posing kat dalam Pusat Islam UiTM Kelantan..

From Drop Box

Last-last kelihatan macam kat oversea lah pulak....

umpama mimpi dalam mimpi

Baru tahu....rupanya...kegemukan terbahagi kpd 3 jenis

Assalamualaikum w.b.t

Saja nak share ngan korang..rupa-rupanya gemuk ada 3 jenis...
Aku tahu pun lepas baca satu majalah semalam...

  1. Gemuk Air
  2. Gemuk Angin
  3. Gemuk Daging
Maklumat lanjut lagi berkaitan semua jenis kegemukan tersebut, boleh lah ziarah blog member kita nih: http://citeworlds.blogspot.com/2010/04/kenali-jenis2-gemuk.html
Semua maklumat-maklumat sama sebijik dengan dalam majah yang aku baca...

Memang aku tak dapat nafikan, semenjak berkhidmat dalam jabatan kerajaan berat badan aku bertambah.  Takut betul dengan gejala diabetis yang banyak menyerang golongan-golongan yang tidak bersenam.

Aku dan rasa badan aku semakin hari, semakin gemuk...nak kata banyak banyak tak jugak.  Mungkin kerja dalam air-cond dan langsung tak bersenam.

p/s: Zaman study dulu-dulu makan banyak-banyak pun tak memberi kesan kepada bagan

umpama mimpi dalam mimpi

Ponni??? aku ingat kan ape lah...

Assalamualaikum w.b.t

Mahkamah larang guna nama ‘ponni’

Korang nak tahu apa benda ni?? baca selanjutnya kat sini : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mahkamahlaranggunanama__8216_ponni__8217_/Article/index_html

 p/s: Kadang-kadang tajuk akhbar agak mengelirukan..tapi itulah yg buat aku nak baca...kannnn.....



umpama mimpi dalam mimpi

Monday, September 27, 2010

Tips-tips Memilih Kursus Pengajian ke IPTA/IPTS

Assalamualaikum w.b.t.

Beberapa hari lepas aku dah janji untuk berkongsi teori teknik memilih program.  Teori diperkenalkan oleh En. Imran Mohamed@Ismail Penolong Pendaftar Akademik UiTM Kelantan.  Teori ini diberi nama A.I.M.

Setakat ini, teori A.I.M banyak membatu pelajar-pelajar yang ingin memilih program ke IPTA/IPTS. Sememangnya kita sedia maklum yang pada peringkat umur pelajar lepasan SPM semua masih tercari-cari identiti diri.  Masih lagi teragak-agak dan tidak tetap pendirian.  Sebab aku pun pernah menghadapi perkara yang sama dulu.

A.I.M

A - Ability (Kemampuan, kebolehupayaan)
I - Interest (Minat, kecenderungan)
M - Market (Pasaran)

Apa kaitan A.I. M dengan pemilihan kursus pengajian ke IPTA/IPTS?
Nanti aku akan terangkat dengan lebih lanjut.

p/s: Teringat lagi dulu, cukup sukar nak buat pemilihan kursus terutama masa nak isi borang UPU.... dulu-dulu borang manual memang susah...Alhamdulillah sekarang dah ada teknologi, boleh isi borang online..

umpama mimpi dalam mimpi

Hayati dan Fahami betul-betul lirik lagu nih - 1924: Soldiers of Allah

1924 - Soldiers of Allah PDF Print E-mail
Written by SOA   
Monday, 15 September 2008 16:39

The truth about the state
It wasn't always like this
Let us look back in time
History reminds us
One army
One land

One central authority
Crushing the romans
Persians put in fear
The Ummah like a Lion
No need to shed a tear

When the village was attacked by the kufar
The Khalife heard
The sister cry &
Prepared for war
Attacking the city

Destroying it
from existence
Lesson # 1
Don't ever
Mess with Muslims

The Imam of the Ummah is a shield where he protects the Ummah and where the Ummah fights behind him
Where is this shield today to protect the Ummah?? What happen to this shield to honor and dignify the Ummah???
In 1917 Prime Minister of Britain after entering Jerusalem stated the crusade war has ended
In the same year the French general, goro went to the grave of Salahudeen-Ayubi
Salahudeen-Ayubi, the one who 730 years prier crushed the crusades and liberated Palestine & Syria
he went to his grave in Damascus and kicked it and said wake up oh Salahudeen we hare here

How did they do this
to you and me
We turn on the TV
and all we see
is a world full of casualties
a generation in agony
our Ummah is in misery
let us go back
to beginning of the century
and review our history

from one side
to the other side of the globe
the system of Islam
Ruled over the world
They went to the Muslims
for the all their solutions
from mathematics to biology
to the advancements in technology

the kafir women
use to imitate our women
they wanted the same respect
that the Muslims sisters were given while the enemies of Islam
were trying to twist the Quran
trying to write a Surah like Allah s they all failed miserably
& many of them responded with

Ashhadu -an la Ilaha Ilallah wa Ashhadu- anna Muhammadun rasullullah

Allah has challenged the humanity until the day of judgment to produce a Sura or an Aya like the Quran
And Allah assures that they will never be able to make an Aya like it
The kufar plan and work to destroy this Deen and Allah affirms that we too are planning
and if all the people of the world got together they still could not and will never be able to put even a scratch a side of a muster seeds on the throne of almighty Allah Subhanahu wa Ta'ala

After failing on the battlefield
they kufar got together
and they decided to yield
they said we must change
the way the Muslims think
and sure enough
the Muslim Ummah
began to sink


In 1917 John Belford
promised Palestine
to the jews 31 years later
his promise went through
brittan and france
split the Muslim lands
3 years later
Islam worst traitor
Mustafa Kamal
Brought the states fall

In 1920 s Mustafah Kammal with the help of the British becomes the hero
Hmm well this so-called hero cancels the authority of the most powerful system suitable for human beings
The khilafah!!!
he abandon all the rulings of Allah he did not stop there .
He banded the Adan in Arabic, he denied Muslim sister from obeying Allah (SWT) by abandoning the Hijab
All Islamic calendars and holidays were canceled
Yes brothers and sisters
he changes the Arabic alphabet to Latin
By doing so he made sure the next generation will be lost and have no connection to their Islamic roots
as they can not read or write all the Islamic culture that was recorded
This Islamic system sent by the Creator of alameen went from the application in life to be in museums for people to go and see in turkey

In 1924
Our state was demolished
Hundred years of planning And their plans were accomplished
Kafirs broke our bond
Contaminated our knowledge
Better listen up
because you won't learn this in college
Beginning of the end
and the divisions began
Step by step
they divided our lands
in 1921 Saudi Arabia & Iran next year Egypt &
In 32 Iraq
In 1945
Jordan Indonesia
Lebonen & Syria
Two years later
The division of India
the Muslims took a stand
and demanded
the ruling of Islam
so they gave them Pakistan
but it was only an illusion a false resolution
far from the solution
In 1948 The Jews establish their
Israeli state

In 1901 the kufar went to Sultan Abdull Hamid the II and offered to pay tremendous amount of money to the Islamic State for Palestine. Sultan Abdull Hamid the II replied:

"I am not going to give one inch of Palestine to the jews as Palestine is not mine give but it belongs to the Ummah and Ummah have shed blood to defend this land but if one day the Islamic State falls apart then you can have Palestine for free but as long as I am alive I would rather have my flesh be cut up then cut out Palestine from the Muslim land I will not allow any carving up while we are alive!!!!! "

In 1960's
Somolia & Nigaria
Kuwait & Algeria
In 1964 Came the PLO
Yasar Arafat
The US scarecrow
a great declined
In 1969
When the west was training Muslims scholars for hire
Jews were setting
Al-Aqsa mosque on fire!
Let us recall 1970
For those who don't remember
That was the year
That we had black September
The king of Jorden
& Yaser Arafat
Began their plot
Shot after shot
Muslim blood spilled
As innocent Muslims were killed
Communism attacked
but Muslims fought back

The sincere Mujahideen of Afghanistan fought and pushed back the Russians
and then They started to fight among themselves
Khomaine became in power with the promise of ruling and raising the Ummah to a level of dignity
But his promise never went through soon after Iran and Iraq went to war
And millions of innocent Muslims died for 10 years Muslims killing Muslims
Over what!!!??? What else !!! the agenda of the west!!! at the end there were no resolution
Today Iran is very much open to democracy and reformation
and the Muslims in Iraq continue to suffer .
SubhanAllah! . where is the Amir of the Ummah??!!!! ..

Another decade gone
But we still don't have Islam
Take a look at the gulf
And the killings of Sadam
Over million Muslims died
But no one answered their cries
In the 1990's
The Muslim genocide
Bosnia
Kosovo
Chechenya
Dagistan

Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!

It s year 2000
And nothing has changed
Past generation has aged
Let us write the next page
It s time for us to change
It s up to you & me
Either we make history
or we become history



1924 - Soldiers of Allah PDF Print E-mail
Written by SOA   
Monday, 15 September 2008 16:39

umpama mimpi dalam mimpi

Teruja: Album Opick 2010 - Shollu Ala Muhammad

Assalamualaikum w.b.t.
Memang aku tak dapat nafikan hati aku lagi... "Opick" Da' Best Singer Ever.............yang menghiburkan rohani aku...

Nak cari karya yang betul-betul berkualiti dan menepati cita rasa hati yang sepi memang susah dalam keadaan sekarang.  Tambah-tambah, kita kepung rapat dengan gejala hedonism (hiburan sia-sia yang melampau) yang menciplak dan menokok tambah baik budaya barat yang ditunjuangi yahudi demi melalaikan hati-hati umat islam.  

Kadang-kala, irama nasyid melayu yang mempunyai niat suci ingin berdakwah turut terjebak sama mengikut acuan barat.  Ada yang sampai tahap lari dari matlamat asal... Sehinggakan hati aku terkecewa dalam mencari hiburan yang terarah diatas landasan yang kukuh.

Namun, kehadiran penyanyi seberang "Opick" memberi sedikit cahaya untuk berhibur dan pada masa yang sama tidak melalaikan hati.  Malah karya-karya beliau membuka sedikit hati dan menambahkan lagi ingatan kepada Yang Maha Pencipta.

Kualiti lirik, muzik dan irama yang dihasilkan beliau bagi aku sukar untuk ditandingi penyanyi nasyid lain dalam merebut kekosongan hiburan dalam jiwa aku yang haru ini.  Jika tidak, tak lah aku sanggup untuk menempah 3 album dari seberang bagi melengkapkan koleksi kelima-lima album beliau sebelum ini.  

Bermula dengan album CAHAYA HATI yang aku dapatkan di KB MALL Kota Bharu, kemudian karya tahun lepas yang tidak mengecewakan album DI BAWAH LANGIT MU juga aku dapatkan di KB MALL Kota Bharu menambahkan lagi keyakinan dengan kualiti karya beliau.  Lontaran suara yang penuh syahdu OPICK lahir dari hati yang ikhlas berjaya mengikat hati aku untuk terus hanyut dengan lirik-lirik yang menyentuh terus kekalbu.  Sehinggakan aku tergerak untuk membuat tempahan secara online lagi 3 album sebelum ini yang agak sukar untuk ditemui dalam pasaran Malaysia.

Semalam aku teruja lepas membaca tentang beliau dalam blog Ust. Hasrizal (Saifulislam.com).
 Beliau turut meminati karya-karya agung Opick.  Secara tak sengaja juga, aku teruja dan terkejut dengan kelahiran album baru Opick dalam entry http://saifulislam.com/?p=8594.  Album 2010 yang bertajuk Shollu Ala Muhammad masih lagi karya asli dikarang sendiri yang mengandungi 10 buah lagu.

cover album terkini
  1. Shollu Ala Muhammad feat Finalis FLO
  2. Allahu Akbar
  3. Andai Waktu Memanggil feat. Fira FLO
  4. Dengan-Mu Aku Tenang
  5. Sholawat Muhammad
  6. Pengakuan (I’tiraf) feat.  Inggrid FLO
  7. Dunia Tanpa Cinta-Nya feat. Dian FLO
  8. Tiada Duka yang Abadi
  9. Nyanyian Sepi
  10. Istighfar
 Maklumat lanjut berkaitan album ini boleh lah layari laman web berikut:
 


Album-album lain opick:

Album ke-4

Album pertama

Album ke-5

Album ke-2

Album ke-3
p/s: Semua karya-karya Opick penuh dengan unsur-unsur kerohanian yang menyentuk kalbu yang menghayati lirik-lirik nya...

umpama mimpi dalam mimpi

Sunday, September 26, 2010

Dah Lahir Hero Pejuang Warisan - Usataz Miqdat Aswad Ahmad Da' Junior UiTM Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera....

Aku dengan ini berbesar hati untuk menghebahkan bahawa imam besar UiTM Kelantan telah dikurniakan seorang bayi lelaki semalam.  Nama tak pasti lagi.

SMS ringkat yang aku terima semalam cukup untuk menggambarkan kegembiran Ustaz Miqdat yang berada di Pulau Pinang kot sekarang.

"Segala puji bagi Allah, saya telah dikurniakan anak lelaki. (Miqdad)"
"Alhamdulillah semoga menjadi pewaris yang soleh.." aku balas simple jer....

Jelous betul.


 Sekian,

p/s: Bila lah pulak giliran aku....nih

umpama mimpi dalam mimpi

Al-Fatihah untuk Allahyarham Omar Mohd. Noor (Kakitangan UiTM Kelantan) dan Takziah untuk keluarganya

Assalamualaikum w.b.t.

Terpanggil untuk mewar-warkan berita berkaitan kematian beberapa hari lepas.  Beliau adalah salah seorang kakitangan UiTM Kelantan yang aku kenali.   Orang nya bersahaja dan beru sangat mengikuti aku dan kakitangan HEA UiTM Kelantan ke program motivasi dan pembangunan jiwa bahagian HEA UiTM KELANTAN di Mayang Sari Resort, Dungun.

Terasa baru sangat bergurau dan makan bersama-sama.  Masih terbanyang-bayang arwah menyertai kami beramai-ramai BBQ didepan chalet Mayang Sari Resort.

Al-Fatihah...

Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh..Ameen..



Sinar Harian Melaporkan:

Maut tertembak sendiri

MACHANG – Seorang pemandu dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan maut setelah tertembak diri sendiri dari senapang patah yang dipegangnya ketika berada di atas mesin penuai padi di Kampung Bukit, Ulu Sat, di sini semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Omar Mohd. Noor, 39, dipercayai berada di atas mesin penuai yang bergerak tersebut bagi menembak burung ‘ayaman’ yang terbang ketika kerja-kerja menuai dijalankan.

Isterinya, Rohani Shafie, 37 berkata, dia tidak mengetahui dengan tepat mengenai kejadian tersebut cuma diberitahu mangsa meninggal dunia akibat tertembak diri sendiri ketika menembak burung di atas mesin penuai.

Katanya, senapang tersebut mungkin disandarkan ke jentera tersebut ataupun ke badan arwah sebelum kejadian tersebut.

“Saya percaya getaran mesin tersebut menyebabkan senapang itu tertembak mangsa secara tidak sengaja dan terkena bahagian perut.

“Kira-kira jam 9 , arwah menghantar saya dan anak ke Klinik Banggol Judah kemudiannya mengambil saya kira-kira jam 11 lagi. Selepas itu dia memberitahu saya ingin keluar menembak burung dan selepas Zohor, saya dimaklumkan penduduk, arwah tertembak diri sendiri dan dihantar ke Hospital Machang,’’ katanya yang kini mengandung tujuh bulan.

Allahyarham mempunyai empat orang anak yang berusia antara dua hingga 11 tahun dengan tiga perempuan dan seorang lelaki.

Rohani berkata, arwah berkelakuan biasa dan tidak menunjukkan perilaku pelik cuma memaklumkan kepadanya tidak perlu menggosok baju kerjanya, malam semalam.

Katanya, arwah pernah memberitahunya ingin membeli baju Melayu berwarna putih sebagai baju raya.

“Namun saya melarangnya dengan memberitahu baju putih tak cantik tetapi dia kata boleh guna untuk pergi kerja.

“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan secepat mungkin dan dijangka pada malam ini (semalam) di Tanah Perkuburan Kampung Ulu Sat dekat sini,’’ katanya yang masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Ibu saudara arwah yang dikenali sebagai Mak Ngah berkata, arwah kelihatan letih dan lesu ketika berkunjung ke rumahnya kelmarin.

Katanya, arwah juga membasuh sendiri pinggan dan gelas yang digunakannya sebelum pulang.

“Pada mulanya kami ingat arwah diserang penyakit jantung apabila rebah secara tiba-tiba maklumlah bunyi jentera itu agak kuat dan menenggelamkan bunyi tembakan. Lagipun arwah mempunyai penyakit tersebut,’’ katanya.

Sumber berita: http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story8205199.asp

P/S: Tahniah! untuk Ustaz Miqdat Aswad imam UiTM Kelantan, Alhamdulillah isteri beliau telah selamat melahirkan hero penyambung warisan beliau. Semoga menjadi pewaris yang soleh seperti bapanya.

umpama mimpi dalam mimpi

Baru tahu: The Star Onlie -Maxis and DiGi start selling iPhone 4 in M'sia

Assalamualaikum w.b.t.
Petang tadi, lepas habis program di PCB Resort sengaja aku menyimpang sebentar ke KB MALL, Kota Bharu.  Lama tak jalan-jalan window shoping sambil-sambil cuci mata.

Dalam duk merayau-rayau sorang, terdetik untuk aku ke kedai HandPhone nak trade-in HTC TOUCH ngn Sony Ericson C510i konon-kononnya.  Ingat lagi dulu aku beli HTC TOUCH tu, harganya RM1000, second hand pulak...dan Sony Erricson C510i RM530 dikedai yang sama.

Rasanya tak sampai setahun lagi aku guna.  Terejut beruk aku, HTC TOUCH dia just nak ambil RM400 dan Sony Erricson dia boleh bagi aku RM200 jer.

Cepat sungguh dunia teknologi.  Nak kejar? Jangan haraplah.  Orang banyak duit tak pe lah... Aku tengok orang yang kerja kedai HP tu pun pakai HP biasa jer. Dalam duk belek-belek HP lain, tiba-tiba pekerja kedai promote aku model samsung baru 4G.  

Terasa sungguh ketinggalan kebelakang.  4G dah masuk Malaysia? teruja tak tahu nak cakap.  Siap test software WORD lagi.  Belek punya belek, tanya harga, RM2499.  Mahal giler... Tak pe lah, tunggu orang lain guna dulu. Tengok reveiw orang lain dulu.  HP ni, biasalah, mula-mula  je mahal, nanti dah keluar yang lain jatuh lah harga.  Padalnya tak ada duit, sebab nak kawin....hahaha....

Tapi ada kebenaranya jugak. Tengoklah HTC yang aku pakai ni, sekarang dah murah.  Puas dah pakai..selamat aku beli second dulu. Tengok jugak, Sony Ericson Xperia..tadi aku tengok harga dah jatuh jadi RM1499 jer...dulu mahal tau nak cakap...baik aku beli laptop sebijik lagi....

Apa-apa pun, aku tetap mengidam nak pakai iPhone 4G nanti.  Tapi, tunggu harga jatuh dulu la.....

Korang baca berita bawah ni, aku baru jer search kat google tadi:

Friday September 24, 2010

Maxis and DiGi start selling iPhone 4 in M'sia

By SHARIDAN M. ALI LEONG HUNG YEE


PETALING JAYA: DiGi.Com Bhd and Maxis Bhd will begin selling iPhone 4 from today, with DiGi.Com expecting encouraging iPhone 4 sales based on the 30,000 inquiries received prior to its launch in Malaysia.
“We are thrilled to bring iPhone 4 to our customers where Malaysians are fast becoming regular users of mobile Internet,” said DiGi head of marketing Albern Murty.
“Now, with the phone already available in the market, we expect to see strong uptrend,” told reporters after the launching of iPhone 4 monthly commitment packages yesterday.
Maxis Bhd chief executive officer Sandip Das (left) presenting the first iPhone 4 to the first owner from Maxis immediately after the launch of the latest iPhone on Thursday.
“All the buzz of the iPhone 4 on many social media sites may also help to promote it,” Murty added.
In a separate event early this morning, Maxis held a grand ceremony to launch the much anticipated iPhone 4 at midnight.
Maxis chief operating officer Jean-Pascal van Overbeke said the company strove to bring the latest technology to its customers.
Launch of Iphone 4 on Thursday by Digi. On the right is Renee Gan and left Eloise Low.
“Over the past 12 months, Maxis has more than doubled the data-carrying capacity of its mobile network, ensuring a truly optimised iPhone 4 experience with better speed and coverage.”
To date, mobile Internet users registered with DiGi stands at 2.8 millions.
On the iPhone 4 antenna-attenuation issue, Murty said Apple had addressed the problem and DiGi did not expect it to dampen the demand of the phones.
The newly launched iconic phone from Apple Inc features FaceTime for video calling and new retina display – the highest resolution display ever built into a phone – resulting in super crisp text, images and video.
The iPhone 4 also features a five-megapixel camera with LED flash, high-definition video recording and up to 40% longer talk time.
It also comes with iOS 4, the newest version of Apple’s mobile operating system.

Sumber:  http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/9/24/business/7094455&sec=business

umpama mimpi dalam mimpi

Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W ikon terbaik kita masa kini dan generasi masa depan - Video Mesti Tengok Dan Hayati

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar berkongsi perasaan untuk bloger-blogger dan pembaca. Cuba hayati dengan sedalam-dalam jiwa kamu apa yang cuba disampaikan dalam video ni.  Adakah hati kamu benar-benar keras sekiranya tidak tersentuh dengan video ni.

Adakah kita masih lagi diatas landasan yang betul, adakah kita benar-benar mengenali diri kita ini.
Video yang membuatkan hati kita menangis....



p/s: Siapa yang Idola kita?

umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, September 25, 2010

Ada apa di PCB Resort hari?

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera...

Penat badan pulan dari PCB masih belum hilang, namun hati berasa aman dan lega....  Betul kata Dato' Dr. Fadhilah Kamsah, bila kita memberi, kita akan berasa ceria. Tadi agak berdebar untuk menyampaikan taklimat yang bertajuk Syarat-syarat Kemasukan ke IPTA/IPTS dan Kolej untuk pelajar-pelajar HALUS (PELAJAR HARAPAN LULUS) yang dianjurkan oleh YKK dan diuruskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Kelantan.  Majoriti pelajar-pelajar yang hadir adalah dari kalangan pelajar yang kurang berkemampuan.  
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH KURSUS MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN MINDA PELAJAR2 SEKOLAH ALIRAN CINA - SMJK (C) SEBAGAI SAHUTAN 1 MALAYSIA BAGI PROGRAM AL-FALAH PESISIR 2010

25 SEPTEMBER 2010 (SABTU)
2.15 PETANG
PANTAI CAHAYA BULAN (PCB) KOTA BAHARU
TAJUK: SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE IPTA/IPTS DAN KOLEJ
Kebiasaannya, program YKK ini dianjurkan di UiTM Kelantan Sendiri, namun kali ni berubah tempat di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Resort. Kelainan yang menambahkan debaran jantung aku tadi bila melihat pelajar-pelajar berbangsa cina turut menghadiri program ini.  Selalunya aku sekadar menyampaikan taklimat kepada pelajar-pelajar bumiputera.

Alhamdulillah, lega kerana aku dapat memberikan sedikit sumbangan kepada hamba Allah berbangsa lain. Satu pengalaman yang cukup berharga.  Taklimat yang aku sampaikan tadi agak menyimpang jauh dari tajuk yang diberikan.  Aku lebih menekankan teknik-teknik dan kaedah yang perlu pelajar tahu untuk membuat pemilihan kursus.  Teori A.I.M. yang diperkenalkan oleh En. Imran Mohamed (Penolong Pendaftar HEA) aku huraikan selebar-lebar mungkin untuk pelajar faham betul-betul tentang kepentingan memilih program yang sesuai. Nanti, sekiranya berkesempatan, berkelapangan dan diizinkanNya aku akan huraikan lebih mendalam berkaitan Langkah-langkah pemilihan yang betul

Program MOTIVASI tersebut yang dijalankan selama dua hari adalah bertujuan untuk memberi semangat kepada pelajar SPM yang bakal menduduki peperikaan pada bulan November nanti.  Pelbagai tip-tips terakhir diberikan untuk pelajar-pelajar ini sebagai persediaan kepada perjuangan besar pada peringkat umur mereka ini.  Terkenang semula waktu aku dulu-dulu...bermacan-macam perasaan yang muncul sebelum menghadapi peperiksaan.

Terlupa, adik bongsu aku Nor Afiqah sedang bertungkus lumus membuat persediaan terakhir untuk menghadapi peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah). Adik! berusaha sungguh-sungguh, tanggungjawab mu sekarang adalah untuk berjuang menghadapi peperiksaan PMR.  Selesaikan amanah ini dengah penuh tangguhgjawab.

umpama mimpi dalam mimpi

Friday, September 24, 2010

Meniti Jejak-Jejak Dr. Haji Mohd Faizal Musa @ al-Haj Faisal Tehrani

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera Satu Dunia... kelmarin, telinga aku berulang kali didendangkan dengan lagu Barakallahulakuma  nyanyian - Maher Zain Artis dari Sweden yang lahir di Lebenon pada tahun 1982 (sama tahun dengan abanglong aku). Rujuk muzik video pada entry semalam : Maher Zain Barakallah - Thanks to all who wishing me

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
    وجمع بينكما في خير
~Maher Zain (Barakallah)

"Thanks" kepada kenalan yang banyak mencadangkan lagu ini dalam facebook sejak dua menjak ni yang lebih dianggap sebagi doa memohon keberkatan.  Hayati dan selami secara mendalam lirik yang digarap dalam Barkallah, sungguh menyentuh kalbu yang menggambarkan keikhlasan rakan-rakan yang mendoakan.  Terasa amat dihargai dan cuba memahami apa yang sahabat-sahabat ingin sampaikan....Tiada yang lebih bermakan dalam menghadapi dunia fana ini melaikan dengan doa-doa orang yang soleh.... Terima kasih semua...

Terasa baru sangat Dr. Haji Mohd Faizal Musa@ al-Haj Faisal Tehrani menamatkan dunia keterunaan beliau sehinggakan membuatkan aku terdetik untuk turut bersama merancang mengikut langkahnya..

"Dari Anas katanya, Nabi s.a.w. pernah melarang kami membujang; 'Kahwinlah kamu dengan perempuan penyayang lagi subur agar aku boleh berangga tentang kami di depan umat-mat yang lain pada hari kiamat kelak."
(Riwayat Ahmad)        

p/s: 
~Semakin hampir semakin dekat dengan cabaran dan dugaan... Syaitan sungguh bijak menginta kalbu-kalbu yang lalai...waktu "bercinta" dirapatkannya...bila cuba menggikut sunnah yang terang dihasutnya untuk berpisah... berpeganglah kepada yang Satu.
~Semoga kita semua mendapat barakah Nya..
~Mari berdoa berama-ramai untuk pengantin lama dan baru...

umpama mimpi dalam mimpi ~ menulis bila jiwa ini resah untuk menangis

Maher Zain Barakallah - Thanks to all who wishing me

RIS Canada 2009 Maher Zain Barakallah - Reviving the Islamic Spirit



BARAK ALLAHU LAKUMA

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, September 18, 2010

Video Motivasi Pelajar Cemerlang 2006 SPM - FATIMAH 18A

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama betul tak menatap saljuhumairah...maklumlah cuti raya sakan..2 minggu berturut-turut...

Terasa berat nak balik bertugas...

Next week hari yang berat aku nak selesaikan banyak perkara..terutama berkaitan dengan exam..

Bukan aku jer, tapi untuk semua pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tak kira lah UPSR (KHUSUS UNTUK ANAK PAK SU- AIMAN), PMR (ADIK AKU YANG KE-4)...SPM, STPM, IPT dan ujian memandu.

Kat sini just nak share sikit video motivasi seorang pelajar dari Kota Bharu Kelantan yang menjadi pelajar cemerlang tahun 2006. Mungkin tak ramai yang kenal berbanding Nor Madihah kerana beliau agak berada jika nak dibandingkan dengan Nor Madihah yang menjadi pelajar cemerlang tahun lepas.

Yang paling utama dan pelajar cemerlang yang bernama Fatimah ni dia tak ada "boyfriend". Bangsa melayu memang terbukti secara fizikalnya mempunyai akal yang bijak.

Hayati betul-betul video ni..



p/s: teringat zaman sekolahan dulu..apa kan daya semua dah berlalu..kena menghadapi apa yang ada sekarang...

umpama mimpi dalam mimpi

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger